Layan 'Yogi Bear' sambil Tidy-up

Feb 21, 2011 - ♛Posted by : Mr.IX at 9:37 PM
Melihat bilik aku agak memang bersepah bak orang-orang tua kata macam tempat kucing nak beranak... AKu pun cuba merajinkan diri untuk mengemas skit bilik... Dan habit aku juga takleh nak fokus klu mengemas jer..so, aku decide untuk menonton movie yang aku download kat www.syok.org ni sambil mengemas skit...
Release kat Malaysia 3rd February lepas
 'Yogi Bear' mengisahkan beruang yang boleh bercakap dan boleh berfikir (cara nak curi bakul picnic orang dan amik perhatian orang lain) bernama Yogi dan kawannya, Boo Boo yang tinggal di Jellystone Park, bersama petugas taman itu ialah Ranger Smith. Kemudian Datuk Bandar tu yang gila-duit mula rancangannya untuk amik alih taman tu demi duit! Yogi, Boo Boo, Ranger Smith dan sorang awek ni mula untuk menggagalkan rancangan Datuk Bandar ni apabila mendapati seekor Kura-Kura Bermulut-Katak yang di katakan pupus di rakam oleh kamera semasa perbikinan dokumentari oleh awek Ranger tu...

Komen : Setelah aku Google baru aku tau bahawa aku pernah tengok Cite kartun Yogi Bear ni rupanya....patutlah movie dia macam 80's-90's gitu... Maybe movie ni di khaskan untuk 3D, jadi di galakkan untuk tengok 3D la kalau ada watak kartun camni, berbeza skit ngan Narnia : The Voyage of the Treader tu yang kesan 3D nya tak berapa menonjol. Masa aku tengok Trailer Yogi Bear 3D sebelum tayangan Narnia 3D dulu pun memang cambest jer...Masa dia tunjuk trailer masa Yogi dan Boo Boo naik bot kat tasik tu....Trasa dia punyer 'splashhh...'!

p/s: aku memang mengemas sikit pu..sikit jer....haha...pastu tertido ..