[Review] J-Movie : Gantz Live Action. Best gak!

Feb 22, 2011 - ♛Posted by : Mr.IX at 1:26 AM
Pasal Cerita yang aku download kat www.syok.org lagi...Sajer jer wat entry camni coz lebih simple berbanding entries yang ada dalam Folder Blog Update bergambar tu.. Cerita ni daripada Jepun berdasarkan manga/komik jepun 'Gantz'.. Aku pernah nampak komik ni coz masa muda-muda dulu slalu layan Kreko... Sekarang tak layan dah... huhu! Kali ni 'Gantz' Live Action...!!
Oleh kerana aku tak brapa layan, adalah jugak beberapa episod aku TERbaca ... Ceritanya agak menarik  dengan teknologi pembikinan  bahagian 'suit' tu pun cool.. Nampak 'real gak

Cerita ni mengisahkan, watak utamanya Kurono dan Kato yang mati dilanggar keretapi semasa menyelamatkan sorang pemabuk. Selepas di langgar keretapi, mereka dapati berada di sebuah bilik yang ada beberapa orang dan bebola hitam yang besar di panggil 'Gantz' mengawal mereka. Bola Hitam/Gantz memberi mereka satu 'suit' yang leh bagi kuasa 'super-human', senjata canggih untuk misi yang diberi. Tujuan misi tu untuk membunuh alien dan mendapatkan mata bagi setiap misi.. Jika mencapai 100 mata, mereka ada di bagi pilihan:1-erase memory and set free, 2-hidupkan semula orang dari ingatan.

Komen : Cerite ni di alih suara kepada English, malas dan tak jumpa lak subtitle english tu... Total duration 2 jam 10 Minit jadi aku pun tengok kejap2 jer... 
Play-pause-amik air-play-pause-gi kuar jap-play-pause-pusing dalam umah-play-pause-play forward klu babak bosan-play-end...haha!