Tips Komputer : Format Komputer Guna Pendrive (Win 7/Vista)

Mar 26, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 12:01 AM
Dah 2,3,4 hari dah aku terkuciwa dengan laptop ni asyik problem jer...so, dalam 1,2,3 hari lepas aku mula operasi membersihkan Partition C: masuk ke Partition D:, Pendrive, CD dan dalam Memory Card Handset Sony Ericsson P1i aku tu...Maklumlah takde External Hard-Disk yang saiz besar nak Backup..HDD Laptop ni model 2,3 tahun lepas 120GB jer..Mana cukup nak simpan Movie...Okay! Solution-nya.. Aku dah Burn Installer Windows 7 dalam DVD tapi takleh nak format gitu jer (coz tak kuar format), So, aku Google dan jumpa satu link 'Format Laptop Menggunakan Pendrive' daripada Blogger ITs, Kiki De Tinker (Post 21 Okt.2010 dah...). Dah mintak izin so, aku share sini la yer...

p/s: aku masukkan Win 7 Ultimate x32/x86bit...Sebelum ni, Win 7 Home Premieum x64bit, Aku perasan dalam Partition C: ada dua folder Program Files dan Program Files (x86)=(x32bit), jadi aku assume, kebanyakkan software yang aku guna compartible dengan 32bit jer, so guna Win 7 Ultimate x32 bit...

Walaupun nampak serabut, banyak tulisan, coding pe semua tapi sebenarnya Senang jer walaupun anda rabun IT boleh buat! hanya ikut langkah dengan betul yer...

Keperluan : 
*USB Flash Drive (Minimum 4GB)
*Windows 7 or Vista installation files.

1. Cucukkan Pendrive dan kosongkan pendrive anda.
2. Buka Command Prompt. Gunakan mana2 cara di bawah untuk buka Command Prompt.
*taip cmd dalam Start menu search box dan tekan Ctrl+ Shift+ Enter.
atau
*klik Start menu > All programs > Accessories, right click atas Command Prompt dan klik run as administrator.
3. Taipkan command yang berikut di dalam command prompt:

mula mula sekali type DISKPART dan tekan enter untuk melihat mesej seperti di bawah.


Seterusnya taipkan command LIST DISK dan catatkan nombor Disk (ex: Disk 1) Pendrive anda. Seperti imej di di bawah, no. pendrive saya ialah Disk 1.

4. Seterusnya taipkan semua command di bawah satu demi satu. Di sini saya assume bahawa no. disk drive kamu ialah "Disk 1".

SELECT DISK 1
CLEAN
CREATE PARTITION PRIMARY
SELECT PARTITION 1
ACTIVE
FORMAT FS=NTFS
(Mungkin mengambil masa beberapa saat atau minit)
ASSIGN
EXIT

jangan tutup command prompt anda kerana anda memerlukannya sekejap lg, minimizekan sahaja.

5. Seterusnya masukkan CD/DVD windows7/Vista ke dalam rom anda (jika DVD rom anda rosak, sila buat di laptop/PC rakan anda). Dalam guide ini, saya assume DVD drive anda ialah "D:" dan USB drive anda "H:", (buka My Computer untuk lebih pasti).
6. Sekarang buka smula command prompt td. taipkan:
D: CD BOOT dan tekan enter. Di mana “D:” ialah DVD drive letter anda. 
kemudian taip lagi CD BOOT dan tekan enter untuk melihat mesej di bawah.
7. taip command seterusnya untuk menhasilkan BOOTMGR compatible code dalam pendrive.
BOOTSECT.EXE /NT60 H:
p/s :(Sila taip dengan betul termasuk 'Space')
di mana H: ialah huruf utk USB drive

8. Copy file windows 7/Vista dari DVD kedalam pendrive.
9. Pendrive skrg sudah bersedia utk digunakan, cuma perlu tukarkan Boot priority dalam BIOS, USB drive diletakkan di ats skali. slmt mencuba..=)
[Penjelasan Langkah-langkah Oleh Blogger ITs, Kiki De Tinker (Post 21 Okt.2010 dah...)]