Balik Kampung Ganung Kiter!

May 14, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 1:14 PM
Aku kat Ganung Kiter! dah~~ Abang aku bertolak dari Kota Damansara ke Raub sekitar jam 8.30 malam, lepas tu amik aku dan Bertolak dari Raub sekitar jam 11 malam. Sampai lah di Manir, Kuala Terengganu ni sekitar jam 4 pagi lebih.. Aku sepanjang perjalanan majornya tidur jer.. (Biasa tidur awal jer kan...)
Agak secara spontan aku balik Ganu ni, tengahari Jumaat sementara tunggu untuk Solat Jumaat abang aku call bagitau nak balik Ganu! pelawa aku balik sekali...hehe! Dengan tak lepas peluangnya aku terus setuju!!

Nak cari Bundle skit ler.. Kebetulan Kawan aku wat majlis kesyukuran rumah baru keluarga beliau..

Nota : Hari Isnin kerja, so bertolak tengahari esok balik ke Raub. bawak balik stock Kepok Lekor!!
Nota : Orang dah nak kawin, kena selalu balik kampung nak setelkan untuk Majlis Perkahwinan pada 2hb Jun (Pihak Perempuan) dan 6hb Jun (Pihak Lelaki) ni.. Aku rasa aku dapat cuti untuk Majlis di Pihak Perempuan jer... Nak jadi Videographer dan Photographer kan...hehe