Blog Bioskill STCA: Pusat Bioteknologi Herba

May 30, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 8:47 PM
Di dalam Blog Utama aku (www.homosapiensz.com), aku ada menceritakan kepada Readers/Viewers tentang Industrial Training Peserta Bioskill STCA (Specific Training on Critical Area) bertempat Pusat Bioteknologi Herba, TPM Biotech Sdn. Bhd, Raub, Pahang. Untuk lebih terperinci dan pelbagai pandangan dari Peserta masing-masing, Blog Khas STCA telah di wujudkan atas idea santai Liza dan Nana bertempat di tebing sungai yang airnya cukup dingin dan segar!
Untuk lawati Blog STCA TPM Raub, Boleh klik Imej di atas.

Blog STCA telah menjemput semua Peserta STCA Pusat Bioteknologi Herba TPM Raub (tajaan Malaysian BiotechCorp dengan kerjasama TPM Biotech Sdn. Bhd.) menjadi 'Invited Author'. Jadi semua pembaca/Viewers akan dapat melihat pelbagai penulisan dan pandangan dari Peserta itu sendiri.

Fakta STCA TPM Raub (Pusat Bioteknologi Herba) :
  • Seramai 10 Orang peserta dari Pelbagai negeri (3 Lelaki dan 7 Perempuan).
  • Nama Kursus STCA : Herbal Plant Extraction and Production.
  • Tempat tinggal yang amat selesa dan amat cantik di sediakan.
  • Latihan Intensif 3 bulan ini sehingga 02 Ogos 2011.
  • Tajaan Malaysian BiotechCorp dengan kerjasama TPM Biotech Sdn. Bhd.
  • Pelbagai jenis herba di proses di sini untuk Usahawan.