Di Pusat Biotek Herba, Raub, Pahang

May 8, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 4:47 PM
Program STCA (Specific Training Critical Area) selama 3 bulan yang di anjur oleh Malaysian Biotechcorp dengan kerjasama bahagian MOSTI serta TPM Biotech Sdn. Bhd bermula pada 03.05.2011 dengan orientasi serta lawatan di HQ TPM Bukit Jalil. STCA Trainee di bawah TPM Biotech ni ada 22 orang; 12 orang di TPM Bukit Jalil dengan Kursus Bio Analytical camtu la. Manakala 10 orang Trainee di TPM Raub, Pahang dengan kursus ‘Herbal Plant Extraction and Production’.
[Updated via Windows Live Writer. Try clik kat ‘View Slide Show’ jadi camne…]
Pada 04.05.2011 lak kitorang semua bergerak dengan bas TPM Biotech menghala ke TPM Raub untuk sesi lawatan dan perkenalan oleh semua trainee, So, kami yang ditempatkan di TPM Raub ni di tinggalkan la di sini.
Memana tempat ada kelebihan dan kekurangan. Syukur alhamdulillah la, tempat ni 90 darjah berbeza dengan bayangan aku terutamanya tempat stay yang di sediakan yang cukup lengkap dengan hot shower, peti sejuk, aircond (walaupun aircond bilik aku cooling system down!!), dapur (tapi takde gas), TV (takde Astro Card lak, tapi tumpang umah pompuan klu nak tengok Astro) dan paling utama sekali WiFi !! Bilik satu sorang yer…
So, pic yang last tu adalah merupakan Housemates aku; Nazreen dan Redzuan. Rumah tingkat atas skali. yang 7 lagi Trainee perempuan tinggal di tingkat bawah.
p/s: lama tak merasa basuh pakaian guna tangan. huhu! Tadi kitorang gi jogging (jalan jer..), lepastu singgah sungai seberang jalan sana.. Fuhh! sejuk dingin jer.. Insyallah petang ni nak berendam kot..