Exam Leftenan Maritim X17 SPA!!

May 22, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 7:09 PM
Semalam ada BBQ di Pusat Biotek Herba TPM ni. Jadi kami sebagai pelatih mestilah wajib tolong-tolong persediaan pada petang tu.. Tolong ber-BBQ jer semua ayam, sotong, ikan, daging..

Tu bukan tajuk utama post ni.. Tapi di mana ia bermula. Selepas jer selesai bakar ayam tu, kami naik lah ke rumah untuk siap-siap acara malam ni. Online sudah menjadi kewajipan aku. Kemudian Check Blog, Email, Facebook.
Kemudian aku menerima satu email yang memang aku tak pernah dapat sepanjang mendaftar SPA beberapa tahun dulu. 
"
Tuan/Puan,
PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN LEFTENAN MARITIM X17
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah menjemput untuk menghadiri peperiksaan yang tersebut di atas. Butir-butir peperiksaan adalah seperti berikut:

TARIKHPEPERIKSAANBAHAGIANSEKSYENDARIHINGGA
05/06/2011LEFTENAN MARITIME X171A08:00 AM10:00 AM

TEMPAT : AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA
DAERAH MARITIM (9) KUALA TERENGGANU
NO.2, 20 & 21 BESTARI CENTRE
JALAN HILIRAN
KUALA TERENGGANU

Ada sesiapa yang Sudah dapat atau Dapat juga atau ada kenalan yang dapat atau Pernah lulus  peperiksaan ni leh tolong aku tak? Macam mana Peperiksaan Bahagian satu tu? Kalau ikut SPA, cuma pemeriksaan fizikal jer tinggi, berat, penglihatan. Takde lak lari-lari. Atau ada Bahagian lain lak?

Nota : Aku rasa aku takdelah minat sangat ngan Badan Uniform ni.. Tapi ntah la.. Apa pendapat Korang pasal ni? Perlu aku wat sungguh-sungguh atau cuma attend jer? Orang  cakap susah nak dapat ni... Orang je la cakap...
 Monolog : Ala.. peperiksaan jer.. Belum tentu ko dapat.. Pergi jer la! Esoknya (6/6) Majlis sambut menantu abang. Alang-alang dah ada kat Ganu... Macam la ko bagus sangat..