Kandungan Ujian Fizikal Leftenan Maritim. Mampukah?

May 27, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 8:53 PM
Sejak dalam seminggu ni, aku asyik update pasal fizikal test SPA Leftenan Maritim ni jer. Aku pun tak fikir sangat pasal Test ni, nak harapkan Lulus apatah lagi, tapi atas Sokongan kawan-kawan yang jitu dalam memberi rangsangan, aku cuba juga la. Aku menerima E-mail pasal Fizikal Test ni dulu, kemudian pada satu hari Mama aku call dari Terengganu bagitau pasal Surat Test SPA dah sampai rumah.
So, boleh la tengok kandungan pemeriksaan pada Ujian Fizikal untuk Leftenan Maritim nanti.
  • Larian 2.4 KM dalam masa 12 Minit (Lelaki); 15 Minit (Wanita)
  • Bangun Tubi dalam masa 2 Minit; 30 Kali (Lelaki); 28 Kali (Wanita)
  • Lari Ulang Alik Sejauh 10 Meter dalam masa 10 Saat (Lelaki); 12 Saat (Wanita)
  • Lompat Jauh Berdiri sejauh 215cm (Lelaki); 162cm (Wanita)
  • Berkawad
*Sigh~ Camne-lah si Aku yang Nerd dan Geek handsome ni. Dah la tak reti kawad, stamina pun kurang. Ada masa 1 minggu untuk memulihkan stamina demi Fizikal Test ni. Atas sokongan kawan-kawan, terutamanya kawan-kawan STCA TPM Raub, (serta sudi VOTE aku dalam DiGi WWWOW Awards; Kategori 'Blogger of the Year'! dah Ranking 29 ni.. Vote lah lagi yer...)

Nota : Banyak jer jawatan dalam SPA, Masalahnya layakkah? Ini adalah 1st surat SPA yang aku terima sepanjang 2 tahun Isi SPA ni...

P/S : Aku cakap,"Sebenarnya aku tak minat langsung nak jadi Leftenan Maritim ni.."
Kawan aku cakap,"Mungkin benda yang kita tak minat tu jadi nasib kita"