[Failed!] Ujian Fizikal Leftenan Maritim X17

Jun 9, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 11:48 PM
5/6/2011 lepas ialah hari untuk aku menjalani Ujian Fizikal bagi Leftenan Maritim  X17 (satu-satunya panggilan SPA yang aku terima selepas bertahun-tahun aku isi dalam website www.SPA.gov.my! Aku tetap hadir ujian ni walaupun hampir 95% yakin yang aku TAKKAN lulus. Tapi dengan cadangan kawan-kawan, aku gi la jugak..
Kawan aku cakap,"Pergi jer la, nanti lepas ni ko leh citer kat orang pasal ujian tu dalam Blog ko"
Selepas aku dapat tau pasal Ujian ni, aku terus Google pasal pengalaman orang yang telah menghadiri Ujian Fizikal ni, tapi keputusan cariannya agak terhad.
So, Tidak Mengapa jika Kita Gagal, Yang penting apa yang kita tahu/dapat daripada Kegagalan.Pengalaman?
 Kisah bermula masa jam lebih kurang jam 7.15 pagi aku bertolak dari rumah ke Bangunan APMM (Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia), Daerah Maritim 9, Kuala Terengganu yang berhampiran Stesen Minyak SHELL Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Sampai sana sekitar jam 7.45 pagi (coz tersesat mencari bangunan APMM ni untuk 1st time). 

Calon yang hadir seramai 31 orang. Selepas sedikit taklimat daripada Anggota APMM, isi borang, semua calon berbaris mengikut ketinggian tanpa kasut serta di beri nombor. (Aku no.17 dari 31 orang)
Calon di kumpulkan di dalam bilik dan beratur mengikut nombor untuk ujian fizikal di luar bilik. Bila tiba no. aku, tanpa kasut, lipatkan seluar trex dan buka baju. Aku keluar dari bilik dan mengikut arahan anggota.
 Mula-mula berjalan ke Pegawai APMM dari HQ Putrajaya, "Saya Muhammad Iqbal Abdullah. IC 87070946xxxx. Alamat. Melaporkan diri untuk Leftenan Maritim X17.". Kemudian, timbang berat (61kg), tinggi (168.5cm), ukur lilit dada (81.5cm keadaan Biasa, 86+ Tarik nafas), BMI (22+) dan seterusnya ujian mata.

 Bahagian ni la aku tak lepas dan beberapa 8 orang sebelum aku tak lepas. Ujian mata adalah MANDATORI! Ada yang tak lepas tinggi (Min. Lelaki 163cm), ada yang tak lepas ukur lilit dada (Min. 81cm Keadaan biasa, 86 Keadaan tarik nafas). Seterusnya mungkin bahagian fizikal jer la. Keadaan kaki, tangan, bahu, cara jalan. 
Ujian seterusnya (mengikut borang tersebut walaupun aku dari awal-awal lagi tak lepas)
Lari 2.4KM dalam 14 Minit (dalam surat panggilan tulis 12 Minit untuk Lelaki)
Bangun Tubi 30 Kali dalam 2 minit
Lari Ulang alik X 4 sejauh 10 Meter dalam 11 saat.
Lompat berdiri sejauh 2.16meter
dan tak ingat lak.

 Dah tak lepas, kira gagal la... Sebenarnya pegawai tu tak katakan GAGAL, cuma ayat dia, "Ini bukan rezeki awak, ujian mata ni memang MANDATORI, mungkin boleh cuba pada bidang lain"
Jadi, aku yang mendengarnya tak tersentap la.. Hormat jika Pegawai pandai bermain kata-kata agar tidak mengecewakan calon. Baru lah sesuai dengan Pangkat Pegawai  dan pemikiran nya. Ada orang cakap lepas, tak jaga hati dan tak pedulikan kata-kata terhadap perasaan orang lain. Walaupun setinggi mana tahap pendidikan, hilang hormatnya jika tiada adab dan budi bahasa.

Nota : 
Post "Exam Leftenan Maritim X17' : Pageviews : 799
Tahniah! jika ada calon yang dapat lepas Ujian Fizikal ni..Nanti diorang akan ditemuduga dan bagi yang lulus akan menjalani latihan selama 9 Bulan kalau tak silap dengar la.