Kenapa Wanita Tak Bertudung Sebagai Watak Filem/Drama Islamik

Jul 26, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 11:43 PM
Biasa tengok rancangan drama atau Filem di TV mahupun pawagam berkisahkan Islamik. Ada yang mempeersoalkan, "Kenapa wanita yang asalnya tidak bertudung menjadi watak utama atau pelakon dalam rancangan berkenaan? Kenapa tidak mengambil wanita yang sedia ada bertudung menjadi watak?" [Terbaca dari satu blog pasal persoalan ini]
Aku tidaklah 100% menyokong/membangkang pembabitan wanita tidak bertudung secara realiti menjadi watak Islamik.
Menurut pandangan aku, pembabitan wanita yang tidak bertudung secara realiti di dalam filem/drama lebih menjurus kepada sumber ekonomi. Ini kerana supaya 'scenes' di dalam rumah atau di dalam bilik atau mungkin 'scenes' di mana pembabitan ragut tudung dapat di laksanakan untuk tatapan penonton. Bagi aku secara ekonominya memang untuk menarik minat penonton di Malaysia yang majoritinya Islam. 

Tapi PERLU di TEKANKAN bahawa ISLAM itu AGAMA. Kita sebagai penganutnya PERLU menghormati tuntuannya dengan IKHLAS. Rancangan Filem/Drama ini mungkin untuk menarik minat penonton, tetapi berapa banyakkah NILAI ISLAM yang di terap di dalam FILEM/DRAMA tersebut?
Kita sentiasa ada PILIHAN.
Adakah matlamat menghalakan Cara?

Nota : Wahai Wanita yang bertudung, Janganlah kamu menganggap ia sebagai Suatu beban kerana Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk Ciptaan-Nya. Yakinlah dengan sepenuh hatimu.

"Islam itu datang sebagai Ganjil, Ia juga akan berakhir dengan suatu yang Ganjil"