Biotech Corp, Hybrid Seed dan Harry Potter Finale

Aug 6, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 10:30 PM
 Semalam (050811), Aku ngan kawan-kawan STCA HERBS; #Siti Haliza dan #Liza pergi ke Pejabat BiotechCorp ni untuk sesi interview 6 Bulan Training (macam Specific Training in Critical Area) gak cuma yang ni di fokuskan kepada Hybrid Seed dengan kerjasama Malaysian BiotechCorp. dan Syarikat Green World Genetics ni.
Bagi aku, ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di pejabat Malaysian Biotech Corp. ni. Aku tunggu diorang kat Stesen Ampang Park, tak sangka lak dekat jer Pejabat Biotech Corp dengan KLCC rupanya...
 Kami datang interview training ni suka-suka jer, ingin bertanya lebih skit la pasal training ni pada Biotech Corp dan Green World Genetics ni since, kami baru jer habis STCA (Specific Training in Critical Area) Bahagian Herbal Plant Extraction and Prodution di Pusat Biotek Herba, TPM Biotech Sdn. Bhd pada 02 Ogos lepas.
 Walaupun ni adalah 1st time aku sampai di sini, tapi tak rasa asing lak coz dari BeST (Biotech Entrepreneurship Special Training) hinggalah ke STCA ni, semua di bawah Malaysian Biotech Corp. (Dengan peruntukan oleh MOSTI)
 Group interview oleh wakil Green World Genetics ni sambil ditemani oleh Wakil Biotech Corp ni berjalan dengan okay-nya. Ia lebih kepada penerangan dan soal-jawab mengenai training ni. Yang hadir pda interview session ni juga graduan dari UMK (Universiti Malaysia Kelantan). Dan perlu di sebut kot.. Lelaki yang hadir 3 orang jer dan selebihnya Perempuan; daripada total lebih kurang 22 orang yang hadir.
 Then! Selepas selesai semuanya, aku pun di kirakan Musafir pada hari jumaat tersebut.. Kami pun lepak-lepak di KLCC (jalan kaki jer...), dan menonton wayang! (Nasib ler puasa..takleh nak makan Popcorn dalam tu...)

 Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 (Finale!)
 
Since, aku dah follow citer ni bermula dari Buku-buku pada 2003 dan seterusnya movies bermula dari Bahagian 1.. Memang tak boleh lepaskan peluang untuk menyaksikan FINALE Harry Potter ni!! Memang Best! Gambar pun gempak gak... cuma macam biasa.. subtitle font tu mengurangkan image gambar wayang..boleh lah layan....Pape pun Best! Awesome! Cool!
RATE : 4.8/5

nota: [AutoPublish] Balik Terengganu malam ni!! (060811)