Buka Puasa sambil Tengok Bulan Terbit!

Aug 16, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 4:25 PM
 14 Ogos 2011 Bersamaan dengan 14 Ramadhan 1432H, Hari di mana bulan mula mengambang (pada setiap 14,15 dan 16 Bulan Islam, Bulan Mengambang dan dikenali sebagai Hari Putih)
Aku pernah berbuka Puasa di Pantai tahun lepas secara kebetulannya bulan mengambang, dan satu suasana yang cantik melihat Bulan Terbit! (Biasa dengar Matahari terbit kan..)

 Permandangan Bulan Terbit (MoonRise) menjadi motif utama aku untuk berbuka puasa kat Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Memang agak ramai family, sahabat handai, kekasih yang berbuka di pantai ni.. (Tak pasti diorang nak enjoy Moon Rise atau sesaja jer kebetulan...)
 Selepas jer gi beli makanan kat Bazaar Taman Shahbandar, kitorang pun mula mencari port kat pantai. Bulan mula terbit sekitar jam 7.45-8.00++ Malam.. Pada masa ni, cahaya matahari mula memantulkan kepada bulan dan mengeluarkan cahaya Merah-Jingga (Gelombang Warna yang paling laju sampai ke bumi..)
 Testing Night Mode Kamera Fujifilm JV250 (Slow Shutter pe ntah istilahnya..).. 
Kagum btol! kamera murah camni leh gak erk...
 Di edit dari Photo di atas jer.... 

Hari ni 16 Ogos 2011/ 16 Ramadhan 1432H, Hari terakhir untuk Bulan Mengambang sebelum ke Fasa lain...