Puasa dan Sains : Bakar Lemak!!

Aug 15, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 2:31 PM
Puasa dari segi syaraknya ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Antara perkara membatalkan ialah makan dan minum. Jadi kebarangkaliannya ialah lapar.
Sumber Gambar (Sel Lipocytes) : Health Guide: How Stuff Works. (Bayangkan banyak-banyak sumber lemak terkumpul dalam badan)
Berbalik kepada tajuk, Puasa dan Sains; Bagaimana ia dapat mengurangkan lemak.
Kita bersahur pada awal pagi untuk membekalkan tenaga sepanjang hari semasa berpuasa. Makanan yang kita makan tersimpan di dalam perut seketika sebelum penyerapan nutrient berlaku pada usus kecil dan usus besar yang panjang!
Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.
Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak, protein pula akan digunakan sebagai sumber tenaga. Pada ketika ini, ia tidak disebut sebagai puasa tetapi kebuluran.”
Bajet dalam waktu tengahari tu, makanan ‘on the way’ ke usus dah ler…Mula lah perut terasa kosong, lapar, jer… Dah agak sumber karbohidrat korang yang masa sahur tu dah nak kosong tu, bayangkan ler sumber tenaga lemak la digunakan, lemak daripada makanan atau lemak simpanan dalam badan. Kalau plan nak diet bulan Puasa, kurangkan makanan berlemak yer!
Menurut cikgu aku, exercise 20 minit (atau lebih) adalah masa yang baik untuk menggunakan lemak coz pada 15 minit pertama sumber karbohidat di gunakan, dan selepas itu sumber tenaga lemak lak.. Jika bulan puasa sumber karbohidrat kita dapat masa bersahur. Jadi, anggarkan pada petang tu karbohidrat hampir habis digunakan, dan lemak di gunakan. Inferensnya, untuk memaksimumkan penggunaan lemak, lakukan exercise beberapa minit pada waktu petang mungkin mampu mencairkan lemak dan di singkirkan!
Sumber dan Bacaan Tambahan :