Berendam di Pusat Akuatik Kuala Terengganu

Sep 25, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 4:37 PM
 Dah lama dah aku tak berenang-renang ni sejak Pusat Akuatik Batu Burok MBKT yang bernilai RM18 Juta ni di arah tutup (Link Berita) akibat kes bocor sampai ker kedai (stall) tepi pusat tu. Pada suatu hari tu aku pergi la singgah sini.. Bayarannya RM4 (dulunya RM5) dan tambah RM5 deposit loker (akan di beri bali bila pulangkan kunci loker tu...)
 Aku gi berenang sorang-sorang jer since swimming buddy ada hal lak...huhu~ Oleh kerana lama tak berenang, maka stamina berenang aku dah berkurang dah. Nak menyelam dalam pun dah tak brapa tahan water-pressure. baru jer menyelam 2 meter sekejap dah sakit telinga..huhu

MASA OPERASI
AHAD - KHAMIS 2.00 Petang - 4.00 Petang
4.30 Petang - 6.30 Petang
JUMAAT 9.30 Pagi - 11.30 Pagi
3.00 Petang - 4.30 Petang
5.00 Petang - 6.30 Petang
SABTU 9.30 Pagi - 11.30 Pagi
2.00 Petang - 4.00 Petang
4.30 Petang - 6.30 Petang
BAYARAN
Dewasa : RM 4.00
Kanak-Kanak : RM 2.00

 Kuala Terengganu ni tak banyak kolam renang tapi di Pusat Akuatik Batu Burok ni lebih murah berbanding dengan TER (Terengganu Equestrian Resort dan Hotel/Resort lain ).

 Nota : Aku suka Skin Diving (Free Diving) iaitu menyelam dalam air dengan tahan nafas.

p/s: Walaupun dah lama tak berenang, tapi bila masuk jer dalam air, badan automatik boleh berenang...

 Review http://www.homosapiensz.com/ on alexa.com