Kerja Sampai Umur 70 Tahun. Layak ker??

Sep 28, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 1:55 AM
 Jika anda seorang pekerja. Mungkin baru mendapat kerja. Atau baru sahaja setahun bekerja. Mungkin 2 tahun bekerja. Korang dah berfikir ke belum pada umur berapa mungkin anda bersara? Sampi umur 70 Tahun tak? Kalau berkemampuan apa salahnya kan. Mungkin cucu cicit dah masing-masing besar, tak comel dah nak main-main. Agak-agak bosan tak duduk umah je..
Mungkin menghampiri 70 tahun ni masa untuk berehat di rumah, mula nak ke masjid, baru nak pergi haji, umrah bagai kan..

MEF: Pekerja swasta boleh kerja hingga 70 tahun jika ‘layak’

 Petikan Yahoo News:
Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Majikan sektor swasta boleh menggaji seseorang sehingga umur 70 tahun jika pekerja terbabit memenuhi keperluan organisasi masing-masing walaupun undang-undang baru, yang sedang digubal bakal menetapkan had persaraan mandatori 60 tahun, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).
Pengarah Eksekutifnya Shamsuddin Bardan berkata, undang-undang baru itu menetapkan umur persaraan mandatori 60 tahun berbanding 55 tahun sekarang tetapi pekerja-pekerja yang diperlukan boleh berkhidmat selagi berupaya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut kontrak perkhidmatan.
“Undang-undang baru ini hanya menyediakan had mandatori bersara 60 tahun, tetapi jika ada  yang boleh bekerja sehingga 65 atau 70 tahun, masih boleh... bersandarkan kesediaan dan keperluan pekerja dan majikan masing-masing,” kata Shamsuddin kepada The Malaysian Insider hari ini. (Bacaan Lanjut)

 Kita tak tahu bagaimana masa depan kita. Mungkin sudah boleh bayangkan la. Apa pun dengan skrip yang biasa "Kita Hanya Merancang, Tuhan Yang Menentukan". Tapi kena ingat jugak, Tuhan juga menentukan perancangan kita berdasarkan usaha, amalan kita. Takdir ni ada dua; Satu Takdir yang tetap (seperti Maut) dan satu lagi Takdir yang boleh berubah (seperti Masa Depan yang berlaku atas usaha, amaln kita)

 
Klik Memana Iklan untuk sumbangkan pada www.homosapiensz.com