Kita Kan Kawan.. Kawan kan? Kan? Kan?

Sep 24, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 3:07 AM
 Awal pagi ni tetiba jer terlintas pasal Kawan. 
Kawan di Facebook, Kawan di Youtube, Kawan Blogger, Kawan Twitter. Pendek kata Kawan Maya lebih banyak dari Kawan Realiti. Huhu~~
 Nak berkawan Maya tu boleh tapi berpada-pada la yer. Kita tau apa yang mereka tulis jer. Tak pasti apa yang di tulis tu berdasarkan Akal Fikiran atau berdasarkan hati yang ikhlas atau berdasarkan Perasaan untuk menghampiri orang lain semata-mata walaupun ia bukannya benar.

Nota : Pernah dengar satu quote ni, "Nak kenal seseorang, kenallah melalui kawannya", Kalau kat Facebook tu aku biasa tengok gak kawan-kawan diorang ni camne, mana ler tau ada 'Mutual Friends' kan..Kalau kawan-kawan letak gambar tak elok sebagai gambar Profile, Sure aku delete punyer*

 Semasa aku menghadiri satu sesi interview di suatu syarikat, aku di kehendaki menjawab soalan berkaitan personaliti (Personaliti Test) selepas sahaja selesai interview. Personality Test ini adalah untuk mengenalpasti personaliti seseorang. (Ada sesetengah perkara yang mungkin kita tak sedar ia ada dalam diri kita..Jadi aku cadangkan sesiapa buatlah Personality Test ni ...rasanya ada je Online Test kot pasal ni..)

 Salah satu soalan (Lebih kurang macam ni) : Yang mana satu anda pilih :-
(A) Mempunyai ramai kawan tapi kurang mengenali.
(B) Mempunyai sedikit kawan tapi amat mengenali.
Nota : Aku menjawab (B).. Korang lak jawab per?
RASULULLAH bersabda yang bermaksud: “Seseorang itu (dinilai) dengan siapa dia duduk bersama dan seseorang itu (diukur) dengan siapa dia berjalan. Oleh itu, hendaklah engkau memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan.”

Dalam hadis lain, Baginda bersabda: “Duduk dengan orang soleh lebih baik daripada duduk sendirian dan duduk sendirian lebih baik daripada duduk bersama kawan yang jahat.” -Sumber : Hidayah Net-

Nota : Masa sekolah menengah dulu aku terfikir satu Quote ni (dan Kemudian aku mendengar Quote yang lebih kurang daripada Cikgu Bahasa Melayu)
Quote : Kawan itu Teman, Tidak Semestinya Sahabat

Tolong Review Blog Saya di Alexa~
 Review http://www.homosapiensz.com/ on alexa.com