First Job (Official) : Selamat Datang Dunia Kerja

Oct 12, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 8:40 PM
Setelah sekian lama menunggu! Akhirnya terima jawapan gak daripada Technology Park Malaysia (TPM) [Interview Express yang aku telah Post haritu]
Selepas ni dengan bangganya menjadi sebahagian daripada Staff (walaupun kontrak jer since tidak mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan) TPM ni! Syukur alhamdulillah! Lepas ni Selamat Tinggal Terengganu Kiter! Berhijrah lah ke negeri lain la menjadi seorang yang bermastautin.
Aku syukur sangat-sangat dan semua ini adalah hasil internship tajaan Malaysian BiotechCorp iaitu STCA (Special Training in Critical Area), satu program extension julung kali diadakan daripada BeST (Biotechnology Entrepreneurship Special Training). Program Internship ni memang bagus untuk fresh graduate coz ia dapat mendedahkan fresh graduate yang 'blurr' macam aku ni ke dalam situasi kerja yang sebenar.
(Aku belum baca lagi Bajet 2012, tapi sepintas lalu ada kalau tak silap sebut pasal Program Intership ni, jadi ia memang suatu yang bagus la.)
Update before naik bas ke KL tonight! Jumaat ni akan ambil offer letter dan lapor diri di Head Quarter (HQ) Bukit Jalil dan dengar kata akan diperkenalkan kepada semua staff. So Exciting kan.. 
My First Official Job!! 
(setelah sekian lama graduate~kawan lain dah konvo habis master dah, aku baru jer nak kerja.)

Nota : Klik SINI nak baca Catatan Praktikal di MARDI (Program BeST)

p/s : Naik Bas Transnasional Jam 10 Malam; 12/10/2011. Dari Kuala Terengganu ke Hentian Putra, Kuala Lumpur. Harga Tiket RM40.20.