Blog Bioskill STCA: Pusat Bioteknologi Herba

May 30, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 8:47 PM
Di dalam Blog Utama aku (www.homosapiensz.com), aku ada menceritakan kepada Readers/Viewers tentang Industrial Training Peserta Bioskill STCA (Specific Training on Critical Area) bertempat Pusat Bioteknologi Herba, TPM Biotech Sdn. Bhd, Raub, Pahang. Untuk lebih terperinci dan pelbagai pandangan dari Peserta masing-masing, Blog Khas STCA telah di wujudkan atas idea santai Liza dan Nana bertempat di tebing sungai yang airnya cukup dingin dan segar!
Untuk lawati Blog STCA TPM Raub, Boleh klik Imej di atas.

Blog STCA telah menjemput semua Peserta STCA Pusat Bioteknologi Herba TPM Raub (tajaan Malaysian BiotechCorp dengan kerjasama TPM Biotech Sdn. Bhd.) menjadi 'Invited Author'. Jadi semua pembaca/Viewers akan dapat melihat pelbagai penulisan dan pandangan dari Peserta itu sendiri.

Fakta STCA TPM Raub (Pusat Bioteknologi Herba) :
  • Seramai 10 Orang peserta dari Pelbagai negeri (3 Lelaki dan 7 Perempuan).
  • Nama Kursus STCA : Herbal Plant Extraction and Production.
  • Tempat tinggal yang amat selesa dan amat cantik di sediakan.
  • Latihan Intensif 3 bulan ini sehingga 02 Ogos 2011.
  • Tajaan Malaysian BiotechCorp dengan kerjasama TPM Biotech Sdn. Bhd.
  • Pelbagai jenis herba di proses di sini untuk Usahawan.

Praktis Jadi Orang Bujang ☺

May 28, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 9:05 PM
Sedang melatih diri menjadi SEORANG BUJANG! haha~ 
Maklumlah, kedua-dua hosmate aku; Nazreen dan Wan balik kampung weekend ni. Tinggallah aku yang keBUJANGan yang SINGLE.
Ciri-ciri seorang BUJANG :
  • Dinner makan Maggi depan TV (Mee Kari Ibumie)
  • Minum air kopi instant (Indocafe)
  • Melayan TV di atas Sofa sorang-sorang (Astro Ceria : Doraemon)
  • Handphone di atas meja yang takde bunyi SMS dan CALL.
  • Membela Ikan Laga dalam Bilik
  • Tanam Pokok dalam plastik pokok hitam di luar umah.
  • Satu Baldi Baju yang belum basuh dalam dalam Bilik air masa Weekend.
Praktikal di Pusat Bioteknologi Herba, TPM Raub bukan sahaja memberi latihan STCA dalam Herbal Plant Extraction and Production, tapi juga melatih untuk hidup berdikari la sangat  menjadi seorang Bujang yang Single. (Nanti aku balik Terengganu pun kemungkinan besar hidup Bujang sepenuh masa sesorang gak. Parent-Sibling nanti pindah ke rumah baru lak)

Nota : Nobita : "Esok Hari Ahad kan... ^__^"

Kandungan Ujian Fizikal Leftenan Maritim. Mampukah?

May 27, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 8:53 PM
Sejak dalam seminggu ni, aku asyik update pasal fizikal test SPA Leftenan Maritim ni jer. Aku pun tak fikir sangat pasal Test ni, nak harapkan Lulus apatah lagi, tapi atas Sokongan kawan-kawan yang jitu dalam memberi rangsangan, aku cuba juga la. Aku menerima E-mail pasal Fizikal Test ni dulu, kemudian pada satu hari Mama aku call dari Terengganu bagitau pasal Surat Test SPA dah sampai rumah.
So, boleh la tengok kandungan pemeriksaan pada Ujian Fizikal untuk Leftenan Maritim nanti.
  • Larian 2.4 KM dalam masa 12 Minit (Lelaki); 15 Minit (Wanita)
  • Bangun Tubi dalam masa 2 Minit; 30 Kali (Lelaki); 28 Kali (Wanita)
  • Lari Ulang Alik Sejauh 10 Meter dalam masa 10 Saat (Lelaki); 12 Saat (Wanita)
  • Lompat Jauh Berdiri sejauh 215cm (Lelaki); 162cm (Wanita)
  • Berkawad
*Sigh~ Camne-lah si Aku yang Nerd dan Geek handsome ni. Dah la tak reti kawad, stamina pun kurang. Ada masa 1 minggu untuk memulihkan stamina demi Fizikal Test ni. Atas sokongan kawan-kawan, terutamanya kawan-kawan STCA TPM Raub, (serta sudi VOTE aku dalam DiGi WWWOW Awards; Kategori 'Blogger of the Year'! dah Ranking 29 ni.. Vote lah lagi yer...)

Nota : Banyak jer jawatan dalam SPA, Masalahnya layakkah? Ini adalah 1st surat SPA yang aku terima sepanjang 2 tahun Isi SPA ni...

P/S : Aku cakap,"Sebenarnya aku tak minat langsung nak jadi Leftenan Maritim ni.."
Kawan aku cakap,"Mungkin benda yang kita tak minat tu jadi nasib kita"

Kaki Ais!!

May 26, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 8:35 PM
Setelah aku mendapat email daripada SPA berkaitan dengan Ujian Fizikal Leftenan Maritime ni. Aku pun mula menguji stamina aku ni. Memang FAILED! kalau bab stamina ni.. Huhu~ Aku ni dah la seorang yang pasif, tidak bersukan, nak exercise apatah lagi.. Jadi seorang GEEK dan NERD yang Comel SKEMA jer...

Aku mintak pendapat kawan-kawan STCA, Blog, Facebook dan kebanyakkannya memang semua kawan-kawan ni support Aku dan memberi semangat untuk menjalani Ujian Fizikal Leftenan Maritime ni.. SYUKUR ALHAMDULILLAH kerana mempertemukan aku dengan kawan-kawan yang amat supportive!

Aku pun mulalah Ujian stamina personal ni dengan Semput-semput-nya.. Akibatnya setelah sekian lama tak ber-jogging. Sakit sendi-sendi pergelangan kaki aku ni.. Huhu~~ Dan sambil update Blog ni, aku merendamkan kaki ke dalam baldi berisi air dan ais. Harap malam ni reda la skit. Pagi esok boleh ber-jogging lagi untuk kuatkan Stamina yang LEMAH ni!

P/S: Aku tak harapkan semua 'WISH ME LUCK' coz aku pun 'Not really Wish me Luck'.. Aku cuma berusaha dan Tawakkal jer kepada Allah. 
Sentiasa aku ingat,"Jika ini adalah yang Terbaik untuk Diri aku, Maka permudahkanlah bagi aku untuk menghadapinya"

Exam Leftenan Maritim X17 SPA!!

May 22, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 7:09 PM
Semalam ada BBQ di Pusat Biotek Herba TPM ni. Jadi kami sebagai pelatih mestilah wajib tolong-tolong persediaan pada petang tu.. Tolong ber-BBQ jer semua ayam, sotong, ikan, daging..

Tu bukan tajuk utama post ni.. Tapi di mana ia bermula. Selepas jer selesai bakar ayam tu, kami naik lah ke rumah untuk siap-siap acara malam ni. Online sudah menjadi kewajipan aku. Kemudian Check Blog, Email, Facebook.
Kemudian aku menerima satu email yang memang aku tak pernah dapat sepanjang mendaftar SPA beberapa tahun dulu. 
"
Tuan/Puan,
PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN LEFTENAN MARITIM X17
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah menjemput untuk menghadiri peperiksaan yang tersebut di atas. Butir-butir peperiksaan adalah seperti berikut:

TARIKHPEPERIKSAANBAHAGIANSEKSYENDARIHINGGA
05/06/2011LEFTENAN MARITIME X171A08:00 AM10:00 AM

TEMPAT : AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA
DAERAH MARITIM (9) KUALA TERENGGANU
NO.2, 20 & 21 BESTARI CENTRE
JALAN HILIRAN
KUALA TERENGGANU

Ada sesiapa yang Sudah dapat atau Dapat juga atau ada kenalan yang dapat atau Pernah lulus  peperiksaan ni leh tolong aku tak? Macam mana Peperiksaan Bahagian satu tu? Kalau ikut SPA, cuma pemeriksaan fizikal jer tinggi, berat, penglihatan. Takde lak lari-lari. Atau ada Bahagian lain lak?

Nota : Aku rasa aku takdelah minat sangat ngan Badan Uniform ni.. Tapi ntah la.. Apa pendapat Korang pasal ni? Perlu aku wat sungguh-sungguh atau cuma attend jer? Orang  cakap susah nak dapat ni... Orang je la cakap...
 Monolog : Ala.. peperiksaan jer.. Belum tentu ko dapat.. Pergi jer la! Esoknya (6/6) Majlis sambut menantu abang. Alang-alang dah ada kat Ganu... Macam la ko bagus sangat..

Vlog# Instant Herbal Drink - Ekstrak Goji dan Ekstrak Ubi Jaga

♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 6:08 PM
Update kat tempat kerja...
Vlog pada suatu pagi sebelum ke tempat kerja, menikmati Sample percuma Instal Herbal Drink - Pra Campuran Cappucino + Extract Goji + Ubi Jaga yang di hasilkan di Pusat Biotekologi Herba TPM, Raub, Pahang.


Fakta Pemakanan Buah Goji (Lycium barbarum)   [Sumber : Web The Goji People]
Goji Ningxia mengandungi:
    • 19 asid amino termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
    • 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan
    • 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
    • Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)
    • Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
    • Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
    • Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
    • Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
    • Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
    • Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
    • Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
    • Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
    • Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
    • Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
    • Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!

      Khasiat Ubi Jaga (Smilax Myosotiflora) : [Source : PDF Ubierect]
      Kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk meransang
      seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya digunakan.
      Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis
      dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum. Ia
      juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.


    63% Viewers dari United States. Kenapa?

    May 21, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 9:06 AM
    Just something out of norma.
    Berdasarkan pie chart daripada Nuffnang hari ini 21 Mei 2011 menunjukkan Major Viewers 63+% (setakat jam 8:00) adalah daripada United States!! Manakala viewers dari Malaysia hanya 19+% !!
    Ia bukanlah bermakna Blog aku ni tahap International. Tapi cuma ada 2 Post berkaitan dengan Palestine Map (Cuma Post memaparkan perbezaan Peta Palestine-Israel pada 1946-2000) dan Save Palestine Wallpaper (Wallpaper Save Palestin edit sendiri menggunakan burung Merpati putih hasil photo sendiri) yang menjadi Keywords, Backlinks dan sebab utama kenapa terdapat Viewers daripada Luar Negara.

    P/S: That is showing that People in this World still concern about Palestine (positively!). One of the help that we can donor is Do'a .
    p/s : Semalam pecah rekod Blogging Page Viewers melebihi 1000+ (dan separuh daripadanya adalah berkaitan dengan Palestine)

    Idea Contest?? Anyone?

    May 19, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 11:50 PM

     Vote..Vote..Vote...Vote..Vote...
     
    Mari lah mari...mari mengundi...Undi Blog aku yer dalam DiGi WWWOW AWARDS ni... KLIK UNTUK VOTE via FACEBOOK!

    Since aku tak brapa nak update blog aku ni... Jadi, dengan mengisi ruang masa yang ada.. Aku ingin membuat satu Contest!! (ataupun Give Away... atau apa-apa lah melibatkan penglibatan Blogger)

    Maybe Contest + Give Away + Apa-apa = Con-Way-Apa!!??

    Tak best..tak best....
    Mungkin Elementnya : Creative + Photo + Entries + Hobi

    Hadiah yang mungkin : Topup + Hasil Kraf aku +Promote + etc. kot...

    Ermmm... So, nanti la Official Release Con-Way-Apa?! ni....

    Tutorial#25 :Code Tambah Image+URL Iklan

    May 17, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 10:39 AM

    Intro Tertangguh : Ahad malam lepas aku sampai di Pusat Biotek Herba TPM Raub jam 9.00mlm lebih. Bertolak dari Kuala Terengganu jam 3.40 ptg. Sampai sini terus singgah ke Rumah ‘jiran’ bawah ni sambil bawah Ole-Ole Kerepok Lekor Losong dan Home-Made Kordial Roselle khas dari Terengganu.

    Kerepok Losong memang dah identiti Terengganu (asal dari Kampung Losong, K.Terengganu). Roselle lak merupakan minuman Rasmi Negeri Terengganu tapi kurang exclusive skit coz memana pun boleh dapatkan Roselle ni..

    Step #1 : Login Blog -- Buka Dashboard – Design – Page Elements --- Add a Gadget --- Amik HTML/JavaScript

    Step #2 : Copy Paste Code di bawah ke dalam Add a Gadget – HTML/JavaScript tu.

    <a href="LINK PROMO1" target="_blank"><img width="100" height="100" src="LINK IMAGE1"/></a> :
    <a href="LINK PROMO2" target="_blank"><img width="100" height="100" src="LINK IMAGE2"/></a>
    <a href="LINK PROMO3" target="_blank"><img width="100" height="100" src="LINK IMAGE3"/></a>
    <a href="LINK PROMO4" target="_blank"><img width="100" height="100" src="LINK IMAGE4"/></a>
    <a href="LINK PROMO5" target="_blank"><img width="100" height="100" src="LINK IMAGE5"/></a>

    Nota :

    LINK PROMO = Cth : http://www.churpchurp.com/homosapiensz/share/thegreatrace

    LINK IMAGE = Cth : http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/186058_1320225273_7490975_q.jpg

    Nota : Saiz telah di tetapkan 100 x 100px.. jadi, saiz sama la… Depends la nak saiz brapa pun..

    Vote for Me! DiGi WWWOW AWARDS!

    May 14, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 9:34 PM
    10 May lepas aku dengan spontaneously masuk DiGi WWWOW Awards ni.. iaitu Malaysia's 1st by the people for the People Internet For All Awards! (copy dari banner DiGi)

    Kategori yang aku join ialah "Blogger of the Year", Humbly, i know that my Blog not so Awesome but by entering this kind of Awards, i would like to appreciate this 3 years of Blogging experiences and spread the words more about my Blog! 

    Kindly, VOTE for me ya!!


    Nota : Lambat betul aku join, Tarikh Tutup 20 June 2011; 11:59PM ni dah... Quote : Never Too Late

    Balik Kampung Ganung Kiter!

    ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 1:14 PM
    Aku kat Ganung Kiter! dah~~ Abang aku bertolak dari Kota Damansara ke Raub sekitar jam 8.30 malam, lepas tu amik aku dan Bertolak dari Raub sekitar jam 11 malam. Sampai lah di Manir, Kuala Terengganu ni sekitar jam 4 pagi lebih.. Aku sepanjang perjalanan majornya tidur jer.. (Biasa tidur awal jer kan...)
    Agak secara spontan aku balik Ganu ni, tengahari Jumaat sementara tunggu untuk Solat Jumaat abang aku call bagitau nak balik Ganu! pelawa aku balik sekali...hehe! Dengan tak lepas peluangnya aku terus setuju!!

    Nak cari Bundle skit ler.. Kebetulan Kawan aku wat majlis kesyukuran rumah baru keluarga beliau..

    Nota : Hari Isnin kerja, so bertolak tengahari esok balik ke Raub. bawak balik stock Kepok Lekor!!
    Nota : Orang dah nak kawin, kena selalu balik kampung nak setelkan untuk Majlis Perkahwinan pada 2hb Jun (Pihak Perempuan) dan 6hb Jun (Pihak Lelaki) ni.. Aku rasa aku dapat cuti untuk Majlis di Pihak Perempuan jer... Nak jadi Videographer dan Photographer kan...hehe

    Batch #2 : Kordial Roselle Home-Made

    May 11, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 7:04 AM

    Sebelum aku mula berangkat ke Bukit Jalil untuk orientasi dan seterusnya ke Raub, Pahang untuk full training; pada pagi 2hb Mei dengan semua pakaian belum berkemas dan stok Roselle yang aku beli dengan Usahawan Madik sebanyak 5kg belum di gunakan. Jadi pada pagi tu aku sempat membuat Kordial Roselle menggunakan 2kg Frozen Roselle dan ada perubahan dari kandungan Asid Sitrik, kandungan air dan gula. Bahan pengawet makanan masih mengikut formula Food Technologist MARDI.

    DSC00001 (3)

    Nota : Side-Product; Dried Roselle tak dapat buat coz cuaca mendung (jemur bawah matahari jer…)

    Hasil pemprosesan ‘Home-MadeKordial Roselle buatan Bumiputra Syarikat-takde-lagi, CEO Mr.Ix untuk Market Sample di kalangan kawan-kawan jer… Setakat ni baru sorang wat Official Response via Facebook (Sofi) dan harap dapat response dengan lebih details la.. Yang lain camtu jer la.. Hope I’m not gave free samples for nothing…Memang lah bagi ikhlas tapi sekurangnya bagi lah response untuk aku memartabatkan lagi Roselle ni… Sebagai Motivasi aku sendiri.

    Nota : Tak dapat nak bawak sampel Kordial Roselle ke Raub coz beg dah penuh, padat dengan barangan untuk 3 Bulan ni… So, kena tinggalkan untuk ‘tester’ jer la…

    Di Pusat Biotek Herba, Raub, Pahang

    May 8, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 4:47 PM
    Program STCA (Specific Training Critical Area) selama 3 bulan yang di anjur oleh Malaysian Biotechcorp dengan kerjasama bahagian MOSTI serta TPM Biotech Sdn. Bhd bermula pada 03.05.2011 dengan orientasi serta lawatan di HQ TPM Bukit Jalil. STCA Trainee di bawah TPM Biotech ni ada 22 orang; 12 orang di TPM Bukit Jalil dengan Kursus Bio Analytical camtu la. Manakala 10 orang Trainee di TPM Raub, Pahang dengan kursus ‘Herbal Plant Extraction and Production’.
    [Updated via Windows Live Writer. Try clik kat ‘View Slide Show’ jadi camne…]
    Pada 04.05.2011 lak kitorang semua bergerak dengan bas TPM Biotech menghala ke TPM Raub untuk sesi lawatan dan perkenalan oleh semua trainee, So, kami yang ditempatkan di TPM Raub ni di tinggalkan la di sini.
    Memana tempat ada kelebihan dan kekurangan. Syukur alhamdulillah la, tempat ni 90 darjah berbeza dengan bayangan aku terutamanya tempat stay yang di sediakan yang cukup lengkap dengan hot shower, peti sejuk, aircond (walaupun aircond bilik aku cooling system down!!), dapur (tapi takde gas), TV (takde Astro Card lak, tapi tumpang umah pompuan klu nak tengok Astro) dan paling utama sekali WiFi !! Bilik satu sorang yer…
    So, pic yang last tu adalah merupakan Housemates aku; Nazreen dan Redzuan. Rumah tingkat atas skali. yang 7 lagi Trainee perempuan tinggal di tingkat bawah.
    p/s: lama tak merasa basuh pakaian guna tangan. huhu! Tadi kitorang gi jogging (jalan jer..), lepastu singgah sungai seberang jalan sana.. Fuhh! sejuk dingin jer.. Insyallah petang ni nak berendam kot..

    Hi! Salam Jumaat dari Perantau Raub

    May 6, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 2:26 PM
    Salam Jumaat semua! Agak lama aku tak update Blog ni dalam 4 hari jer…haha! Aku ingatkan nak hibernating terus daripada Dunia Blog ni, Since, kat kawasan pendalaman Raub, Pahang ni mempunyai kemudahan WiFi percuma untuk staff dan tetamu TPM Biotech Sdn. Bhd Raub, Pahang.. So, amik kesempatan ini untuk mengupdate blog jika terdapat sebarang kelapangan masa.
    Itu saja untuk masa ni kot.. kena masuk kerja 2.45 ptg untuk hari Jumaat ni.. Minggu ni masih MInggu orientasi First Batch STCA. (STCA Trainee cuma 10 Orang jer.. 3 Lelaki + 7 Perempuan.)
    Details akan di update akan datang.. Petang ni ingat nak explore skit sungai depan tu.. Ntah camne rupanya.. Kena familiarize la area sekitar ni since stay sini untuk next 3 Months walaupun aku memang orang kampung pun.
    p/s : Aku suka guna Windows Live Writer coz ia tak perlu tunggu New Post loading dan  nak upload Image pun cepat.. Sesuai untuk yang mempunyai Internet Connection yang slow. Dan nak update blog dengan cepat.

    Mamee Perasa Itik??!!

    May 2, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 3:22 AM

    Pernah makan Daging Itik tak? Maybe sesetengah orang bila dengar ‘Itik’ macam…’Euww~~’.. Seingat aku ler tak pernah makan lagi Daging Itik secara rasmi. Petang tadi aku gi singgah Mydin mencari barang keperluan untuk berpindah ni.. Tetiba teringat lak sepupu aku pernah tanya,”Pernah makan Mamee Itik tak??”.. Mamee Itik??? Camne tu?? So, ternampak lak Mamee Itik!! kat Mydin tadi.. terus ingin mencuba….

    DSC00003 (2)

    Aku masak Mamee Itik ni kul 2.30pg tadi.. Tetiba lapar lak, dinner makan Roti jer.. Saiz badan aku pun dah makin bertambah.. Biasalah sajer jer nak Praktis BreakFast..Haha!

    Bahan Tambahan : Kobis, Sawi dan Left-over Gulai Dagin….

    DSC00007

    Tada~ dah siap, dan aku dah rasa skit.. Mee Kering nya berwarna lebih kekuningan berbanding Mamee biasa.. Perencah lak ada perencah minyak dan serbuk tu. Rasa dia …………………. ermmm….. agak pelik skit dari Mamee biasa.. Maybe coz tak pernah try kot…

    p/s : Aku lebih suka Tulis Blog dalam Windows Live Writer walaupun ada Line Internet, coz taip sini lebih laju dan ruang lebih besar.

    p/s : Quack! Quack! Itik Sekati;  Lebih kurang jer ngan Itik kami; Jom layan Lion King Movie;  Sambil makan Mee..

    p/s : Pasni maybe akan kuar Perisa Arnab, Rusa, Lembu, Kambing

    ‘Singer’nya Aku

    May 1, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 12:38 AM

    Hari ni (30/04/11) genaplah 5 hari aku berkerja Part-time di khemah barangan Singer (dengar kata ia kali pertama wat jualan camni..). Not bad jugak la dengar kata KT Section Manager tu dengan jualan sini, target market yang utama adalah penduduk kampung.. Dengan pembayaran deposit yang murah, cara pembayaran bulanan pun mudah, syarat pembelian yang tidak rumit.

    DSC00015

    Mission Accomplished!

    List-To-Do-kot :

    Boleh lah ringankan beban skit untuk berbelanja untuk ke Kursus tu nanti… Jom Shopping!! (sesorang jer.. Usha—Beli—Balik; no window shopping)

    Dan; aku nak gunting rambut aku yang ikal mayang ni..huhu! (tak seswai rambut panjang..)

    Copy/Download software/movies/games untuk wat stock.

    Seswai tak aku nak cari ‘Pet’, sekor dua buat peneman? ingat nak try ‘The Bettas’ a.k.a Ikan Laga jer.. lagi…

    p/s; rasanya takde per untuk komen kot..haha!