Tea Ginseng+Tongkat Ali+Mahkota Dewa+TemuLawa=...

Jul 28, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 12:49 AM
Sedang berusaha menyiapkan Video Montage STCA HERBS untuk Final Presentation esok! di hadapan VIP TPM Biotech Sdn. Bhd serta staff terlibat.... Lepas ni nak gabungkan slides lak..huhu... Esok jugak la kena bertolak ke Negeri Sembilan lak dari Raub, Pahang ni untuk menghadiri temuduga....huhu
Point sini nak bagitau jer, tengah minum Tea Ginseng Amerika campur dengan Kopi Bara (Campuran Tongkat Ali, Mahkota Dewa dan Temu Lawak); Produk dari Pusat Biotek Herba ni.
Aiseyy~~ tak mujarah Tea Ginseng ni, maybe coz aku minum separuh dan campur kot.. Makin minum, makin mengantuk ni.. Tapi video montage dan gabungan slide tak siap lagi ni... Jia yo!! Berusaha!!

p/s: Temuduga kat Negeri Sembilan tu company yang proses Stevia, Kontrak Training 2 tahun! huhu..

Kenapa Wanita Tak Bertudung Sebagai Watak Filem/Drama Islamik

Jul 26, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 11:43 PM
Biasa tengok rancangan drama atau Filem di TV mahupun pawagam berkisahkan Islamik. Ada yang mempeersoalkan, "Kenapa wanita yang asalnya tidak bertudung menjadi watak utama atau pelakon dalam rancangan berkenaan? Kenapa tidak mengambil wanita yang sedia ada bertudung menjadi watak?" [Terbaca dari satu blog pasal persoalan ini]
Aku tidaklah 100% menyokong/membangkang pembabitan wanita tidak bertudung secara realiti menjadi watak Islamik.
Menurut pandangan aku, pembabitan wanita yang tidak bertudung secara realiti di dalam filem/drama lebih menjurus kepada sumber ekonomi. Ini kerana supaya 'scenes' di dalam rumah atau di dalam bilik atau mungkin 'scenes' di mana pembabitan ragut tudung dapat di laksanakan untuk tatapan penonton. Bagi aku secara ekonominya memang untuk menarik minat penonton di Malaysia yang majoritinya Islam. 

Tapi PERLU di TEKANKAN bahawa ISLAM itu AGAMA. Kita sebagai penganutnya PERLU menghormati tuntuannya dengan IKHLAS. Rancangan Filem/Drama ini mungkin untuk menarik minat penonton, tetapi berapa banyakkah NILAI ISLAM yang di terap di dalam FILEM/DRAMA tersebut?
Kita sentiasa ada PILIHAN.
Adakah matlamat menghalakan Cara?

Nota : Wahai Wanita yang bertudung, Janganlah kamu menganggap ia sebagai Suatu beban kerana Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk Ciptaan-Nya. Yakinlah dengan sepenuh hatimu.

"Islam itu datang sebagai Ganjil, Ia juga akan berakhir dengan suatu yang Ganjil"

Welcoming STCA Tissue Culture (Go-go Jungle Trekking)

Jul 24, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 12:19 AM
 20 Julai 2011
Hari tarikh ni kami, STCA HERBS di khabarkan bahawan rakan STCA Tissue Culture yang berpusat di TPM Biotech Bukit Jalil datang ke Pusat Biotek Herba TPM Biotech Raub ni. Diorang nak ber'Jungle Trekking' kata pegawai sini, al-maklumlah pada minggu pertama orientasi STCA HERBS, kami semua sudah di bawa Jungle Trekking (Perkenalan Habitat Semulajadi Herba) di hutan TPM Biotech ni.
Team STCA Tissue Culture dan Team STCA HERBS (Berbaju biru-kelabu)
Biasalah apabila STCA HERBS berjumpa dengan rakan STCA lain, semua agak TERUJA! Berkongsi cerita! Bebudak STCA HERBS ni siap-siap hantar mereka nak gi Jungle Trekking ni~
 Bebudak STCA Tissue Culture mendengar penerangan daripada En.Hassan sebelum Jungle Trekking.

Jadi, sementara bebudak STCA Tissue Culture pergi ber'Jungle Trekking' sambil mengumpul beberapa jenis pokok herba untuk mereka menjalankan experimen Tissue Culture kot, kami bebudak STCA HERBS berada di dalam classroom untuk belajar secara basic berkenaaan 'Tissue Culture'!  
Suasana pembelajaran topik 'Tissue Culture' di dalam kelas amat 'meriah' dengan pelbagai persoalan di ajukan kepada Trainer Tissue Culture ni.
Selepas jer rehat tengahari, kemudian sambung kelas skit, Bebudak STCA Tissue Culture dah berjaya dengan selamat dari Jungle Trekking dan mengumpul pelbagai jenis pokok herba untuk di bawa ke TPM Bukit Jalil. STCA Tissue Culture mula berangkat pulang menaiki bas TPM. Nota : Masih banyak yang ingin di ceritakan di dalam Blog STCA HERBS ni sebagai tatapan pembaca! Pelbagai aktiviti kami adakan!  

Tagline STCA HERBS :  
KERANA KITA BERSAMA  
BECAUSE WE ARE TOGETHER
因为我们在一起 (Yīnwèi wǒmen zài yīqǐ)

BeST Garden Graduation di Sheraton Imperial Hotel, KL

Jul 20, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 8:43 AM
Kelmarin (18/07/2011) telah berlangsung BeST Garden Graduation bertempat di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur. BeST (Biotechnology Entrepreneurship Special Training) merupakan program graduan kelolaan Malaysia BiotechCorp. Pagi tu aku sampai di Stesen Monorel Medan Tuanku dalam jam 7.30 pagi, jalan kaki jer nak ke Hotel ni. Pendaftaran bermula sekitar jam 8.00 pagi. Mula-mula aku sorang jer yang datang dari Center TESDEC, bila sudah masuk ke dewan utama, di ikuti dengan 4 orang lelaki Batch Junior aku dan seorang lagi lelaki dari Center TESDEC.
Sebelum majlis bermula, semua hadirin di sajikan dengan sarapan dulu, yogurt, roti croissant, coffee, orange juice dan beberapa menu lagi. Selepas semua VIP, Tetamu hadir, barulah MC (Master of Ceremony) memulakan majlis, Ucapan VIP, wakil BeST dan Wakil BiotechCorp. Barulah bermula Sidang 1 penyerahan sijil kepada 80 orang Graduan BeST dari 3 Centers.
BiotechCorp Members
Selepas habis Sidang 1, satu detik membanggakan Wakil STCA (Specific Training in Critical Area) di Pusat Bioteknologi Herba TPM Biotech apabila hasil kerjasama pembikinan Video Montage STCA Pioneer STCA HERBS di tayangkan di dalam dewan di saksikan oleh VVIP, VIP dan semua hadirin di dalam dewan tersebut!!
Wakil STCA HERBS yang hadir di BeST Garden Graduation ialah Iqbal, Nazreen, Adibah dan Farhana.
Wakil BeST TESDEC Batch 3 2010
Di sambung kembali Sidang 2 penyerahan sijil kepada 86 Graduan BeST dari 3 Centers termasuk TESDEC Batch 3 dan 4. Sesudah selesai, aktiviti santai BioRunway; Pertunjukkan Fesyen dari Student UiTM Perak bermotifkan 'Bioteknologi'.
Sesi Soal-jawab BioCareer (Soalan dari STCA HERBS, Nazreen)
 Majlis berehat seketika dengan makan tengahari 'Buffet' sebelum Ceramah BioCareer yang di sampaikan oleh Professor Warga Mesir dari UTM, Prof.Hesham.
STCA HERBS mula beredar selepas Tea Break untuk berangkat ke Pusat Biotek Herba TPM Biotech Raub.

Keseorangan Sendiri

Jul 17, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 12:09 AM
Berseorang itu bagus.
Masa sendiri itu kita mula terlintas benda-benda lampau.
Benda yang pernah di simpan oleh minda.
Bagaimana kita bertindak setelah di ingati memori tersebut?
Jika ia benda berguna, tanpa buang masa catatlah pada kertas agak kita tidak lupa kembali.
Jika ia sesuatu yang kita tidak ingin mengingatinya.. tindihkan memori tersebut dengan memori lain. Maksudnya, fokus pada memori yang indah/sibuk.
Jika ia memori yang kusut, jangan terlalu memikirkannya..Kerana ia hanya membuatkan hatimu resah gelisah.
Last, fokuskan minda dengan kerja-kerja yang perlu pemikiran minda. Jangan fikir benda seram-seram yer kerana ia akan mengakibat ketidakstabilan cas positif-negatif dalam badan (teori amatur..huhu..)

p/s: kerana aku sorang jer dalam bangunan yang terdiri dari 4 buah rumah ni.. jangan fikir macam-macam yer.. laptop ada..tv ada..astro ada.. fokus..fokus..fokus...haha!

Teen Wolf–Wolfeeling-

Jul 16, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 11:01 PM

Macam biasa kalau nak men’download’ ni kat www.syok.org la.. Dan tertengok satu link pasal cerita Series terbaru ni, baru Season 01 dan Episod 01.. Testing la men’downloadseries ni..

“TEEN WOLF” 

Teen-Wolf-2011

Rupanya ni series baru lagi, di ‘released’ 05 June 2011 dah.. Dalam www.syok.org pun sudah ada Link sampai Episode 06 (Episode 05 download guna Utorrent jer)

Review : [Wiki Teen Wolf Info]

Series ni mengenai seorang highschool student dan kawannya yang agak understanding nak mencari separuh badan wanita yang kena bunuh yang jadi kes polis. Pastu Sorang ni kena gigit ngan serigala jadian. Kehidupannya pun mula lah jadi bla..bla…bla… bercinta ngan anak pemburu serigala jadian..bla..bla…bla….

Akan mula di tayangkan di ASTRO Beyond, Animax dan AXN mula 17/07/2011

Dah download sampai Episode 06 dah, tapi takde ‘wolfeeling’ lagi nak nonton..

Rate (For Now) : 3.5/5 –Boleh tahan la-

Video Promo Graduan Aspire 2011 (Exclusive to 1tube.my)

Jul 13, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 5:36 PM

Pada suatu hari aku mendapat emel daripada 1tube.my. berkaitan dengan Graduan Aspire 2011 yang bakal diadakan Kuala Lumpur Convention Centre pada 16-17 Julai 2011 bermula jam 9:00 pagi. 1tube.my telah menganjurkan satu Pertandingan Video Promo 1tube GRADUAN - Kita Jumpa Di Sana!

Jom tengok Video Promo yang di hasilkan oleh aku dan di bantu oleh kawan-kawan STCA HERBS!!

Video ini di taja oleh RHB BANK – We’ll Get You ThereRHB_Bank-logo-B3C21C5E92-seeklogo.com

09 Julai : Ulangtahun Kelahiran ke-24 yang bersih.

Jul 12, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 11:08 PM
09 Julai lepas merupakan Hari Ulangtahun Kesyukuran Kelahiran aku yang ke 24.. Dah makin meningkat usia aku. Biasanya aku yang over skit untuk menyambut Hari Ulangtahun kelahiran ni bermula 09 Julai sehinggalah 31 Julai bermula dari tahun lepas aku menyambutnya. Aku mempunyai alasan tersendiri KENAPA aku menyambut hari ulangtahun kelahiran ni walaupun orang cakap-cakap,"Dah besar-besar watpe nak sambut hari lahir lagi"
Bagi aku, semakin berusia, semakin perlu untuk menyambut Hari Ulangtahun Kesyukuran Kelahiran supaya kita tidak melupakan hari kelahiran kita..
Semakin jauh jarak masa KELAHIRAN, semakin dekat masa kita dengan KEMATIAN.

Aku sambut Hari Ulangtahun Kesyukuran Kelahiran kerana setelah bermuhasabah diri, dengan menyambut hari ini, aku bersyukur kepada Tuhan melanjutkan umurku setahun lagi, dan pada masa yang sama aku sempat mengenali pelbagai kawan Maya dan Realiti. Dapat mengenal pelbagai ragam kehidupan.
Jadi secara tidak langsung, hari ulangtahun kelahiran merupakan Hari Kesyukuran dengan apa yang kita nikmati sepanjang setahun sebelumnya. Semoga tahun selepasnya masih berkesempatan. AMIN.
TERIMA KASIH SEMUA KERANA KITA SEMPAT SALING MENGENALI. SEMOGA SETAHUN AKAN DATANG AKU MASIH BERPELUANG UNTUK MENIKMATI KEHIDUPAN. AMIN.

Nota : Jika kita tidak mensyukuri kehidupan sendiri, siapa lagi yang bersyukur untuk diri ini?

GMP dan HACCP. (STCA HERBS)

Jul 7, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 12:31 PM
28-30 June 2011.
Pada minggu ini STCA HERBS di dedahkan dengan latihan Good Manufacturing Practices (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) di Pusat Bioteknologi Herba, TPM Biotech Raub, Pahang.
GMP di sini lebih kepada tempat pemprosesan kapsul herba untuk kegunaan kesihatan secara tradisionalnya (Oleh kerana tiada kajian saintifik bagi herba tersebut untuk di jadikan testimonial kukuh.)

HACCP mula di perkenalkan oleh NASA untuk makanan para angkasawan kemudian di adaptasi oleh seluruh dunia.

Jadi STCA HERBS di Pusat Bioteknologi Herba TPM Biotech Raub amat bertuah sekali kerana di dedahkan secara Teori dan sesetengahnya Praktikal bagi ISO, GMP dan HACCP. Harga untuk setiap Kursus di alam sebenar agak mahal kerana memerlukan Consultant dan Pakar berkaitan.

Nota : Jika lihat pada Produk di pasaran,  di samping lihat tanda HALAL, cuba lihat Logo GMP / HACCP / ISO , bermakna Produk itu boleh di yakini la... Jika ada semua LOGO, Produk tersebut boleh di kagumi la...

Lagu Tema STCA HERBS : Nidji - Arti Sahabat

Jul 2, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 2:18 PM
"Montage (English pronunciation: /mɒnˈtɑːʒ/) is a technique in film editing in which a series of short shots are edited into a sequence to condense space, time, and information" -Wikipedia-
[Copy-Paste dari STCA HERBS BLOSPOT]
Satu awal pagi sekitar ± Jam 1:00 pagi sesambil meng'edit' Video Montage untuk STCA HERBS TPM BIOTECH RAUB (PUSAT BIOTEK HERBA) dan sedang mencari lagu Video Montage ni, aku terjumpa satu lagu via Youtube bertajuk "Nidji - Arti Sahabat". Aku terus tertarik dengan lirik dan Irama lagu tersebut (terasa macam di takdirkan lak ;-P )
Persembahkan Lagu Tema STCA HERBS oleh NIDJI - ARTI SAHABAT
Tak mudah untuk kita
Hadapi perbedaan yang berarti
Tak mudah untuk kita
Lewati rintangan silih berganti

[C/o]
Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat

Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku

Tak mudah untuk kita
Sadari saling mendengarkan hati
Tak mudah untuk kita
Pahami berbagi rasa di hati

[C/o]
Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat

Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku

Kau adalah
Tempat ku membagi kisahku
Kau sempurna
Jadi bagian hidupku
Apapun kekuranganmu
[C/o]
p/s: Lagu lama (2008) tapi baru jumpa..
Editing berhenti sekejap ± Jam 4:00 pagi dan bersambung next ± Jam 8:30 pagi dan SIAP!! Satu hasil yang agak berpuas hati.

Video Montage STCA HERBS (ver. TPM & BiotechCorp). DONE!
Next : Video Testimonial STCA HERBS (ver. TPM & BiotechCorp). DONE!
 Untuk Public Publish kena edit lain lak.
Quote : 'Maklumat di hujung jari', Tapi jika kita tidak masukkan 'maklumat' dalam internet, bagaimana jari-jari mereka pengguna internet dapat mencari 'Maklumat' itu?? Harap usaha ini dapat memberikan "Maklumat" kepada semua. Tunjukkan pada Dunia!!