Petronas-Merdeka-Raya-Ads!

Aug 28, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 6:26 PM



Salam Aidilfitri 1432H dari ♕ MR.IX ♂

♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 6:17 PM
..::Salam Aidilfitri 1432H::....::Maaf Zahir Batin::..
Raya tahun ni kemunculan Lelaki Malaya Berbaju Melayu Merah (Tahun lepas punyer...)

Nota : Sun-less Sunday (Hujan kat Terengganu ni...-mendung-)
'Haters' taknak mintak maaf ngan aku ker? bwahaha! dah wat salah kan....

Vlog# Super! Worms!

Aug 27, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 10:48 PM

Subject : Superworm (Zophobas morio)
Title : My observation on Superworm metamorphosis stages
Duration : About 1 month

Sound: From Pan's Labyrinth Soundtract '07 - Navarrete - Guerrilleros'
From Album 不能說的秘密-電影原聲帶 Soundtrack from 'Secret' Movie

Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/MrIx-The-VBloggie/114843215250404?ref=ts

Toothless Thursday#1 : Lipton

Aug 25, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 12:46 AM
Nota : Orang lain wat entry Wordless Wednesday, Aku nak wat Toothless Thursday lak...hahahha~~

Jom BerZakat Fitrah! Kita Mampu Sebenarnya.

Aug 24, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 1:41 AM
Harini dah 24 Ramadhan 1432H (24 Ogos 2011), Masih tinggal lebih kurang 1 minggu lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H. Sudah siap beli barangan raya? Mesti raya tahun ni meriah kan....

Jadi, dengan rezeki kita yang mencukupi untuk menyambut Aidilfitri itu, sudah jadi kewajiban kita untuk menunaikan Zakat Fitrah pada tahun ni...Tak banyak pun.. Tengok senarai jumlah zakat di seluruh Malaysia tahun 2011/1432H ni. Sudah mesti kita mampu kah... Kalau seorang pelajar pun agaknya mampu untuk bayar ni, apakan lagi orang yang sudah bekerja....
Kalau takde masa sangat nak gi jumpa wakil pengutip zakat, Malas nak beratur panjang-panjang...Sekarang teknologi makin canggih, lagi memudahkan umat islam kini. Boleh bayar zakat fitrah melalui SMS jer, jangan bimbang, kredit akan dipotong melalui jumlah zakat jer..Setiap SMS yang kita reply tu takkan di charge!

Kalau benda dah mudah camni, takde alasan lagi untuk tidak membayar zakat fitrah. Pelajar IPT pun mampu untuk bayar  zakat fitrah sendiri. Anggap jer Bayaran zakat fitrah ni sebagai 'TopUp' kita untuk bulan Ramadhan ni..Tak sampai RM10 pun.. Kita mampu untuk TopUp Handphone bulanan, Bayar Broadband, beli pakaian berjenama, Makan sedap-sedap..

Nota :
Zakat Fitrah di tunaikan jika rezeki kita untuk aidilfitri melebihi bagi tanggungan kita.
Jika mampu pakai pakaian berharga puluh-puluh, ratus-ratus ringgit di pagi raya, takkan zakat tak sampai RM10 tak mampu.

Link :
Wikipedia Zakat Fitrah
Zakat Fitrah Celcom
Maidam Terengganu

Tutorial : Buat Avatar Sendiri [Muka Kartun]

Aug 22, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 4:19 PM
Semasa ber'blogwalking' beberapa hari lalu, terjumpa satu entriy yang tak ingat dari blogger mana pasal 'Create Own Avatar' sendiri ni....Tunjukkan skill wat avatar korang sendiri *kalau nak wat bajet hensem/cun ker leh la ni...

1# Klik LINK ni...Face Your Manga
2# Pilih Gender : Male/Female
3# Teruskan pilih bentuk, gaya, dan lain-lain untuk avatar anda
4# Bila dah siap, isikan form dulu. *ia akan hantar satu download link pada e-mail anda.
5# Klik Link dan Download jer..
Sama tak ngan 'abang botak' kat header tu??? huhuhu~~ Cam tak ngamm jer...

Nota : Internet kena potong!! Pinjam internet makcik sebelah rumah jer...huhuh~~

Bye-Bye ♫ Shout! ix! ッ

Aug 20, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 5:56 PM
Dah lama aku tak cek ShoutBox ni (♫ Shout! ix! ッ), jadi harini decide untuk DISABLED la shoutmix ni....
Buat apa letak kalau tak guna kan....
Pinjam Gambar dari Zombi
 Okay!! Takde dah ShoutBox..pape hal , rajin-rajinkan lah comment yer....(Comment pun aku tak brapa rajin nak reply...huhu~)

 Nota : Pernah nampak ker shoutbox kat Blog aku ni?? Heheh...Dulu ada jer aku letka Backlink yang bahagian pages tu....

Contest Gaya Awesome!!! Meoww~~

Aug 19, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 12:25 PM
contest haiwan peliharaan...Tak tau la awesome ke tidak gaya ni, tapi bagi aku agak jarang di lihat kot....

Gambar Meoww dari Mr. Ix~~
Kucing ni memang nakal, baru jer beli ikan hiasan dah nak main2 lak,,
Letih main2, minum lak dier..
Dua-dua dalam kenangan.. suka.suka.
JOM JOIN CONTEST GELAGAT HAIWAN PELIHARAAN NI!
Klik banner kalu nak join...
1.  korang follow blog FOF and SHE WINTER
bukan pe.. sng tok tau update psl contest ni...
tol x? tp klu xmau. pon xpela.. its ok..
tidak memaksa korang memfollow...
2. like fanpage ni: SINI
3. letak tajuk entry tu "Contest Gaya Awesome"
4. korang letak banner atas tu kat blog korang and linkkan ke blog FOF
then letakla gmbr2 pet korang yg comey2 tu..
korang nk letak byk2 pon boleh.. tp nnt FOF n she winter akan pilihla
yg mana lgi awesome.. k?
4.  then tinggalkan url korang kat bhgian comment k?
hah lgi 1, kalau korang nak tag spe2, tag la..
xwajib pon   :)

tu je. senang jekan?? hehe.. 
mehla reramai join ye contest yg tak seberapa ni..

closing date:  26 ogos 2011  (11:59 pm)

hadiah lak:
1>  adiah rahsia dari FOF and shewinter
2> topup rm30 from miecyber


[Reply Comment] Url Gambar (Tutorial 'Tambah 'Reply Comment' Button')

Aug 18, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 4:11 PM
Reply Button pada Comment! Baru jer tukar imej....

Sebelum ni...Image yang skema dan Biru skali....

Selepas di ubah image, warna merah menyala gitu..bwahaha!!
UntukTutorial 'Tambah [Reply Comment] Button"; Sila Klik di SINI !

 P/S :  Leh edit sendiri jer Button [Reply Comment] ni....Standard size : Height : 15pixels .. Yang aku wat (100px-130px )

[Video Blog] Berbuka Puasa di Pantai

♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 7:07 AM
Tajuk : Berbuka Puasa di Pantai.
Lokasi : Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu
Tarikh : 14 Ogos 2011 bersamaan 14 Ramadhan 1432 H

Header Blog IX Baru...

Aug 17, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 7:09 PM
Lama dah Blog ni takde header...
Nah! sejibik!
Header yang simple, warna warni dan description blog
"Bual bicara bersama IX??"  (poyo!.....)

Nota : Gambar di amik masa kat Cameron Highland bersama Bebudak STCA HERBS! dan Trainers...
Tak ingat nama pokok atas meja tu, Pokok White Dusk, Start Dust, Snow Dusk ke pe ntah.. daun dia warna putih!!

Buka Puasa sambil Tengok Bulan Terbit!

Aug 16, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 4:25 PM
 14 Ogos 2011 Bersamaan dengan 14 Ramadhan 1432H, Hari di mana bulan mula mengambang (pada setiap 14,15 dan 16 Bulan Islam, Bulan Mengambang dan dikenali sebagai Hari Putih)
Aku pernah berbuka Puasa di Pantai tahun lepas secara kebetulannya bulan mengambang, dan satu suasana yang cantik melihat Bulan Terbit! (Biasa dengar Matahari terbit kan..)

 Permandangan Bulan Terbit (MoonRise) menjadi motif utama aku untuk berbuka puasa kat Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Memang agak ramai family, sahabat handai, kekasih yang berbuka di pantai ni.. (Tak pasti diorang nak enjoy Moon Rise atau sesaja jer kebetulan...)
 Selepas jer gi beli makanan kat Bazaar Taman Shahbandar, kitorang pun mula mencari port kat pantai. Bulan mula terbit sekitar jam 7.45-8.00++ Malam.. Pada masa ni, cahaya matahari mula memantulkan kepada bulan dan mengeluarkan cahaya Merah-Jingga (Gelombang Warna yang paling laju sampai ke bumi..)
 Testing Night Mode Kamera Fujifilm JV250 (Slow Shutter pe ntah istilahnya..).. 
Kagum btol! kamera murah camni leh gak erk...
 Di edit dari Photo di atas jer.... 

Hari ni 16 Ogos 2011/ 16 Ramadhan 1432H, Hari terakhir untuk Bulan Mengambang sebelum ke Fasa lain...

[Video Clip] Maher Zain - Ya Nabi Salam Alayka

♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 7:32 AM
[Video Clip] Maher Zain - Ya Nabi Salam Alayka (International Version) 
(Uploaded by on Aug 13, 2011)

"Keep spreading the love and keep sharing the video :)... Thank you all for your support.."-Maher Zain..

Video klip terbaru Maher Zain untuk lagu Ya Nabi Salam Alayka dari Album Thank You Allah

Puasa dan Sains : Bakar Lemak!!

Aug 15, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 2:31 PM
Puasa dari segi syaraknya ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Antara perkara membatalkan ialah makan dan minum. Jadi kebarangkaliannya ialah lapar.
Sumber Gambar (Sel Lipocytes) : Health Guide: How Stuff Works. (Bayangkan banyak-banyak sumber lemak terkumpul dalam badan)
Berbalik kepada tajuk, Puasa dan Sains; Bagaimana ia dapat mengurangkan lemak.
Kita bersahur pada awal pagi untuk membekalkan tenaga sepanjang hari semasa berpuasa. Makanan yang kita makan tersimpan di dalam perut seketika sebelum penyerapan nutrient berlaku pada usus kecil dan usus besar yang panjang!
Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.
Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak, protein pula akan digunakan sebagai sumber tenaga. Pada ketika ini, ia tidak disebut sebagai puasa tetapi kebuluran.”
Bajet dalam waktu tengahari tu, makanan ‘on the way’ ke usus dah ler…Mula lah perut terasa kosong, lapar, jer… Dah agak sumber karbohidrat korang yang masa sahur tu dah nak kosong tu, bayangkan ler sumber tenaga lemak la digunakan, lemak daripada makanan atau lemak simpanan dalam badan. Kalau plan nak diet bulan Puasa, kurangkan makanan berlemak yer!
Menurut cikgu aku, exercise 20 minit (atau lebih) adalah masa yang baik untuk menggunakan lemak coz pada 15 minit pertama sumber karbohidat di gunakan, dan selepas itu sumber tenaga lemak lak.. Jika bulan puasa sumber karbohidrat kita dapat masa bersahur. Jadi, anggarkan pada petang tu karbohidrat hampir habis digunakan, dan lemak di gunakan. Inferensnya, untuk memaksimumkan penggunaan lemak, lakukan exercise beberapa minit pada waktu petang mungkin mampu mencairkan lemak dan di singkirkan!
Sumber dan Bacaan Tambahan :

[Photos] Pokok Setawar (Cyrtandromoea grandis)

Aug 14, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 3:19 PM
 Testing Kamera Digital Fujifilm JV 250 + Photoshop edit
Subjek : Pokok Setawar Belakang Rumah.



Spesis yang hampir dengan Setawar ni ialah Kalanchoe pinnata.

Pokok setawar ni amat mudah tumbuh dan membiak. Ia boleh di jadikan hiasan dan juga rumpai coz anak pokok tumbuh pada setiap daun yang matang dan jatuh sendiri.

Layan Movie di Tempat Duduk dalam Bas!

Aug 13, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 2:46 PM
Okay! Kita buka cerita lama... Minggu lepas (6/8/11 kot..), bermula lah perjalanan balik menaiki bas dari Stesen Bas Shah Alam ke Kuala Terengganu. Ni adalah 1st time aku naik Bas Sani Ekspress ni.. Kagum dowh!! (sama ada aku yang Jakun...)
Siap ada Touch-Screen lagi kat seat tu! Leh tengok Movies!! Layan...(Fine! Aku yang Jakun!) Tapi memang super Cool! Banyak gak pilihan movies; seperti Harry Potter 1-6, 1000 B.C, Cun! dan beberapa lagi ler...
Tapi aku layan citer Melayu Komen-Cinta : CUN! Lakonan Maya Karen & Remy Ishak... Memang komedi....

Nota : Tambang Bas dari Shah Alam ke Kuala Terengganu dalam RM45...2+1 Seat..huhu~~

[Vlog] Kamera Baru! (Go HD Movie!!)

Aug 12, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 1:02 AM
Dari Blogging ke Vlogging!! Thanks UMVC!
Entry Vlog sebelum tidur. Sambungan Entry  "Kamera Baru". Testing HD Movies Kamera Digital Fujifilm JV250, 16 Megapixels,

  
Vlog masih banyak kelemahan dan kekurangan lagi... Sentiasa berusaha yer...Go-go Mr.IX!

"I am UMVC Vlogger"

Alahai! Hujan Lebat, Laptop Rosak

Aug 10, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 2:46 PM
(Pantun 2 kerat) Hujan sangat lebat sekali, Laptop aku rosak sekali lagi! Alahai dah nasib kan. laptop Ter-rosak skali lagi. Kali ni rosaknya...masa nak on laptop, ia akan shutdown secara terkejut beruknya...Mana tak sentap jiwa raga tuan empunya laptop tersayang bila ia jadi gitu.... Baru je plan nak gi kedai laptop 'Dynabytes', nak berbuka puasa kat tepi pantai dan membotakkan kepala. Hujan lebat la plak! (Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di petang hari!) -via sony ericsson p1i-

Repair Kamera Lama Dapat Kamera Baru!!

Aug 9, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 1:46 PM
Assalamualaikum dan Selamat pagi (dah petang dah) Semua!! Hehe.. dengan tanda seruan tu dah bajet citer gembira ni..well..It is!!
Semalam 08/08/11, selepas baru jer balik merantau bermastautin di negeri orang. Aku segera menuntut hak milik 'under warranty' dari Kedai Fujifilm ni setelah beberapa bulan di hantar untuk repair. Jadi ada berita kurang baik dan menjadi BAIK!
Aku mendapat Ganti Kamera Model Baru!! Bye bye kamera lama!! Bwahahahahhaha!!

Al kisah nya camni, kamera lama aku J38 rosak bahagian lensa dia, jadi masih dalam warranty lagi (Pheww! nasib baik!), jadi alang-alang aku balik Terengganu sempena pernikahan abang aku tu, aku hantar ke kedai untuk menuntut warranty tersebut.
Setelah beberapa ketika di perantau, mula-lah berpijak di kampunng halaman ni semula..dan terus menuntut ke kedai tu semula... Oleh kerana Model lama J38 tu takde spareparts (kalau ada tapi lama nak menunggu), jadi pihak KILANG Fujifilm tu dengan mudahnya mengganti kepada Pengguna (iaitu Aku) dengan Model Kamera Fujifilm baru JV250 ~the end~#new story!

Cuma agak tak berapa okay-nya : Model ni takde casing underwater.. Harga market pun lebih murah rm70 daripada jer dari model lama..tapi tak kisah la..Dah jadi barang second-hand..

p/s : Grid background tu dalam maintenance lagi untuk edit background baru.....

Biotech Corp, Hybrid Seed dan Harry Potter Finale

Aug 6, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 10:30 PM
 Semalam (050811), Aku ngan kawan-kawan STCA HERBS; #Siti Haliza dan #Liza pergi ke Pejabat BiotechCorp ni untuk sesi interview 6 Bulan Training (macam Specific Training in Critical Area) gak cuma yang ni di fokuskan kepada Hybrid Seed dengan kerjasama Malaysian BiotechCorp. dan Syarikat Green World Genetics ni.
Bagi aku, ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di pejabat Malaysian Biotech Corp. ni. Aku tunggu diorang kat Stesen Ampang Park, tak sangka lak dekat jer Pejabat Biotech Corp dengan KLCC rupanya...
 Kami datang interview training ni suka-suka jer, ingin bertanya lebih skit la pasal training ni pada Biotech Corp dan Green World Genetics ni since, kami baru jer habis STCA (Specific Training in Critical Area) Bahagian Herbal Plant Extraction and Prodution di Pusat Biotek Herba, TPM Biotech Sdn. Bhd pada 02 Ogos lepas.
 Walaupun ni adalah 1st time aku sampai di sini, tapi tak rasa asing lak coz dari BeST (Biotech Entrepreneurship Special Training) hinggalah ke STCA ni, semua di bawah Malaysian Biotech Corp. (Dengan peruntukan oleh MOSTI)
 Group interview oleh wakil Green World Genetics ni sambil ditemani oleh Wakil Biotech Corp ni berjalan dengan okay-nya. Ia lebih kepada penerangan dan soal-jawab mengenai training ni. Yang hadir pda interview session ni juga graduan dari UMK (Universiti Malaysia Kelantan). Dan perlu di sebut kot.. Lelaki yang hadir 3 orang jer dan selebihnya Perempuan; daripada total lebih kurang 22 orang yang hadir.
 Then! Selepas selesai semuanya, aku pun di kirakan Musafir pada hari jumaat tersebut.. Kami pun lepak-lepak di KLCC (jalan kaki jer...), dan menonton wayang! (Nasib ler puasa..takleh nak makan Popcorn dalam tu...)

 Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2 (Finale!)
 
Since, aku dah follow citer ni bermula dari Buku-buku pada 2003 dan seterusnya movies bermula dari Bahagian 1.. Memang tak boleh lepaskan peluang untuk menyaksikan FINALE Harry Potter ni!! Memang Best! Gambar pun gempak gak... cuma macam biasa.. subtitle font tu mengurangkan image gambar wayang..boleh lah layan....Pape pun Best! Awesome! Cool!
RATE : 4.8/5

nota: [AutoPublish] Balik Terengganu malam ni!! (060811)

Bila 500GB External Hardisk Kena Shortcut Virus/Worm.. Lifesaver!

♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 4:11 PM
Semalam aku punyer 500GB External Hardisk kena Virus/Worm!!  
Virus/Worm/Malware yang create semua Files menjadi Shortcut dan Original Files jadi Hidden!

Hampir 300GB of Priceless Memories; Gambar masa Kampus Life, Videos yang belum di edit (Movies dan Dramas je yang banyak kot...)
Okay! Jangan menggelabah tak tentu pasal... Google jer cari solution (Nasib la time ni ada internet P1 W1Max yang boleh tahan la..)
  • Method pertama yang aku jumpa kat internet yang kena wat Manual; Command Prompt dan Regitry (Pekebenda tu!! ). Yang ni FAILED!
  • Method kedua la, nak try konon-konon nya nak System Restore.. FAILED!
  • Method ketiga, Shortcut Virus Removal .. oookaayy.. Shorcut files dah hilang.. Mana Original Files nya??? Masih Hidden lagi ni..!! Dah try Folder Option; Show Hidden Files... 1/2 FAILED!
  • Final Method! Download Smadav Antivirus! YESS!! SUCCEED! Simple jer..cuma Scan satu laptop ni .. Pastu Bahagian Hidden tu .. UNHIDE ALL!  
LIFESAVER!!

Saya Malas

Aug 4, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 11:27 PM
Saya malas nk tulis Blog.

Bye!

Selamat Menyambut Ramadan dari STCA HERBS & Mr.IX

Aug 2, 2011 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 5:45 AM
Tika Ramadan membuka tirai, STCA HERBS pula berlabuh kenangan di Pusat Bioteknologi Herba, TPM Biotech Sdn. Bhd, Raub, Pahang ni..
Sempena bulan yang penuh keberkatan, STCA HERBS mengucapkan :
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK 1432H
kepada semua terutamanya STAFF TPM BIOTECH RAUB, MALAYSIAN BIOTECHCORP dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan STCA HERBS ini...
E-Card 'Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak' dari STCA HERBS
Di sini STCA HERBS menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir batin kepada semua andai ada tersalah kata, tutur bicara dan tingkah laku sepanjang kursus ini berjalan lebih kurang 3 Bulan. Semua itu mungkin kelemahan kami semua.
Semoga semua dapat menjalani Ibadah Puasa dengan jiwa yang tenang.
Nota : Secara sainsnya :
  • Puasa dapat merehatkan organ dalaman daripada mencerna makanan yang berterusan.
  • Puasa dapat membantu pembakaran lemak sebagai sumber tenaga badan.
  • Puasa membantu menyingkirkan toksin dalam badan.
Lagi info berkaitan Puasa dan Sains di SINI dan SINI.