Live:Travel Dengan Wonder-Pet

Dec 25, 2012 - ♛Posted by : Ismiqbal Abdullah at 1:51 AM

Seperti tajuk di atas. Satu entry lagi secara langsung dari tempat duduk G3 dalam Bas SP Bumi dari K.Terengganu ke Kangar, Perlis.

Dan buat kali keduanya aku travel bersama wonder-pet!! Cuba wonder, pet apa aku travel? Aku tak perkenalkan lagi pet terbaru ni.. agak exotic gitu...

Saspens yang tak berapa skit... pet ni aku letak dalam beg galas je.. tapi bila dah tengah malam ni makin tak senang duduk lak dia ni... biasala haiwan nocturnal (aktif waktu malam)...sabar...sabarr.. lagi 5 jam lagi...huhu...

Live :(Banjir) Bas K.Terengganu ke Kangar,Perlis

Dec 24, 2012 - ♛Posted by : Ismiqbal Abdullah at 11:11 PM

Baru jam 9 malam tadi aku bertolak dari kuala terengganu ke kangar,perlis pada malam krismas ni....Bas SP Bumi.

Dalam bas musim hujan sejuk ni. warghhh! Macam winter sonata musim salju...bayangkan 1 titik cecair hujan = 1 pepejal frost ais.. kalau tidak boleh buat SNOWMAN, so sekarang tukar jadi RAININGMAN...

Baru je sejam lebih gerak dari kuala terengganu, setibanya di bandar permaisuri,setiu.. bas berhenti dan pemandu bas meminta penumpang membawa beg masing2 yang ada dalam tempat simpanan bawah supaya alih ke atas bagi mengelakkan terkena air banjir..

Biasanya aku duduk tepi tingkap, sekarang duk seat tengah, jadi tak tahu apa terjadi pada jalan raya musik hujan ni....tapi sempat intai bila bas ni lalu merentasi jambatan..memang menakutkan!! Air deras melepasi jambatan, air yang keruh pekat, pastu ada kereta tunggu di seberang... nampak juga rumah kecil ditenggelami air....

Doakan aku dan seluruh perantau selamat sampai merantau ke negeri orang yer... aminnn

P/s

Advertorial: GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Collagen Marine

Dec 23, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 1:13 AM
Sejak akhir-akhir ini pelbagai produk berdasarkan Kolagen menjadi perhatian dan di hasilkan. Ada produk kolagen yang di campur dalam minuman harian seperti coklat, kopi, teh dan minuman campuran kesihatan lain. Namun adakah peratusan Kolagen di dalam pra-campuran Kolagen tersebut mencukupi untuk memenuhi keperluan harian seorang manusia? Mungkin harga produk pra-campuran Kolagen ini agak tinggi di samping peratusan kolagen yang rendah sebagai ‘syarat’ untuk mengelarkan sesuatu produk tersebut mempunyai Kolagen. Jadi penulis, Ixbarr Abdullah (Ix) ingin memperkenalkan produk GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen. Ia adalah 100% Kolagen dalam bentuk sedia untuk di ambil bersama makanan kegemaran, minuman atau sebagai topeng muka (mask). Bebas gula, tanpa pewarna dan pengawet tambahan serta tidak mempunyai rasa!
INGAT! GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen ini bukan khas untuk wanita sahaja, ia adalah untuk pelbagai golongan; Lelaki, Wanita, Tua, Muda kerana Kolagen adalah sejenis protein yang memang di perlukan oleh badan manusia!!
574535_299126156871592_1189416278_n
Sebelum membeli produk GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen ini, sila baca terlebih dahulu kenapa ia adalah pilihan yang tepat!
Kenapa Perlu Kolagen?
Protein dalam badan manusia mempunyai pelbagai fungsi seperti menggantikan sel yang rosak, menggantikan rambut yang gugur, menguatkan tulang, kuku dan pelbagai lagi. Kolagen adalah sejenis protein yang wujud secara semula jadi dalam badan manusia yang menyokong struktur kulit, tulang, sendi, gigi dan otot. Ia juga berfungsi menjadikan kulit anjal, gigi dan tulang yang kuat serta cecair pada sendi. Pada sekitar umur 25 tahun, Kolagen dalam badan manusia hilang fungsi untuk di hasilkan dan mengakibatkan garisan halus pada kulit, kedut, masalah sendi dan tulang lemah. Manusia memerlukan Kolagen tambahan seperti suntikan Kolagen, kapsul Kolagen dan  GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen untuk mengurangkan simptom-simpton seperti di atas.
Kelebihan Kolagen Marin
Antara sumber tambahan Kolagen yang biasa di temui adalah daripada tulang, kulit dan tisu daripada haiwan Lembu, Ikan, Arnab, Kuda dan Khinzir. Namun, selain daripada Ikan, sumber lain mempunyai isu was-was dari segi cara penyembelihan dan membabitkan isu Halal-Haram. Tetapi Kebaikan GlowBro ini adalah 100% sumber Marin Kolagen asli adalah daripada sumber marin iaitu sumber pemprosesan extrak Kolagen Ikan. Oleh itu isu was-was dan risiko penyakit haiwan yang di dapati daripada sumber haiwan lembu dan kuda adalah tiada, di samping GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen disahkan Halal dari segi sumber dan cara pemprosesan.
Kebaikan ‘Hydrolyzed’ Kolagen
Sudah mendapat idea tentang serba sedikit tentang Kolagen? Tentang kebaikan GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen ini adalah perkataan “hydrolyzed”!. Kolagen daripada sumber haiwan mengambil masa untuk di serap oleh kulit manusia. Namun, proses “Hydrolized” menyelesaikan masalah ini. Proses “Hydrolized” atau Hidrolisis ialah satu proses untuk memecahkan struktur Protein Kolagen kepada struktur yang lebih kecil di panggil ‘Peptide’ untuk memudahkan di serap oleh penghadaman manusia. Terdapat elemen dalam proses ini mempunyai nutrisi 20 kali ganda lebih banyak daripada sumber makanan protein lain! Kajian telah di buat pada tikus menunjukkan kadar penyerapan dan pencernaan Kolagen Hidrolisis ini lebih 90% dalam masa 6 jam. Dengan itu, Kolagen yang telah melalui proses hidrolisis dapat diserap lebih mudah oleh badan manusia dan membaiki struktur kulit, tulang dan sendi. Kajian klinikal juga menunjukkan pengambilan Kolagen yang telah diHidrolisis dapat mengurangkan sakit sendi.
Jadi, apabila usia makin meningkat dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam badan semakin berkurang. Oleh itu dengan pelbagai cara pengambilan GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen dapat menambah keanjalan kulit, mengurangkan kedut dan mengurangkan masalah sendi.
GlowBro 100% Pure Hydrolyzed Marine Collagen bukan khas untuk golongan wanita sahaja, ia sesuai untuk semua golongan kerana Kolagen adalah semulajadi wujud dalam badan manusia dan semakin lama semakin berkurang seperti tersebut di atas.
Cara Pengambilan (Disarankan) : Ambil satu scoop/ sudu besar dan campur dalam minuman kegemaran, sekali atau dua kali sehari.
Cara Penggunaan Mask : Ambil satu sudu besar dan pekatkan dengan sedikit air untuk buat topeng muka (mask). Biarkan seketika selama 10-15 minit untuk penyerapan kulit dan basuh.
GlowBro Izzat ads banner
Hubungi/ Whatsapp : Mr.Izzat Zin (Bob) : 010-2204 776
Facebook (FB) : Glowbro Collagen
Lokasi : (HQ) Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur . Delivery di seluruh Malaysia
Kos Produk & Penghantaran :
Semenanjung Malaysia : RM150 (Termasuk Pos)
Sabah/Sarawak : RM160 East Malaysia Termasuk Pos (tidak termasuk kawasan pendalaman) 

(untuk advertorial secara percuma di www.homosapiens.com.. sila emelkan detail di homosapiensz@yahoo.com)

Lepak@Water Front Kuala Terengganu

Dec 22, 2012 - ♛Posted by : Ismiqbal Abdullah at 9:55 PM

Dah lama tak lepak kat Water Front Kuala Terengganu ni.. Dah la balik kampung ganung kiter ni setahun 4 kali. sabar jer la yer..dah nasib perantau muda mencari rezeki..

Watee front Kuala Terengganu atau Pulau Kambing. Tempat yang wajib singgah bagi perantau jauh macam aku yang jarang-jarang balik kampung ni. Water front kuala terengganu atau pulau kambing (bukan pulau sangat) merupakan identiti kuala terengganu yang menarik untuk singgah.

Boleh lepak kat belakang Hotel Felda Residence atau sekitar taman permainan atau singgah makan malam di zies corner @ kedai sebelah tu..walaupun makanan tak tiptop sangat, tapi boleh rehat nikmati permandangan K.T..nanananan ganung kiterrrr..!!

Live Update: "...Terengganu aku datang!!" Dengan Bas

Dec 20, 2012 - ♛Posted by : Ismiqbal Abdullah at 10:37 PM

Asal nak update live je mesti nak dalam bas la..dalam hotel la...ishk! Mamat ni..jakun bebenor nampoknya!!  Well, masa duk dalam bas yang xde hiburan, smartphone la jadi permainannya walaupun melantun-lantun bas ni...Masa duk hotel update coz boring...

Episod "...Terengganu Aku Datang...". Amboii.. kita dalam negeri jer.. passport takde nak gi sampai Istanbul....Kali ni aku sedang..maksudnya update blog live dalam bas menggunakan smartphone feveret..htf wildfire dengan applikasi blogger untuk android 2.x.x dan subscribe celcom broadband 1malaysia yang hanya rm25/sebulan....

Sebenarnya ini bukan bas pilihan..tapi kawah aku yang tolong belikan... Bas Transnasional 1 Tingkat. Sebelum ni semasa aku merantau dari Kangar-KL dengan Bas Intercity...Ohhh..Bas Intercity... aku dah letak ia sebagai bas 1st choice untuk travel...huhu..tp bas ke k.terengganu tak banyak yang best....

Sepatutnya bas trans ni di beli tiket untuk bas 2 tingkat tapi yang datangnya 1 tingkat.. jadi "pakat ikut dang r" @ suka hati je... tempat dudui 2+1..aku duduo di single seat..agak sempit.. harap2 boleh tidur nyenyak untuk 6 jam sampai di kuala terengganu...zzzzzzz

Live-Outstation: Bas Intercity Kangar-Puduraya

Dec 17, 2012 - ♛Posted by : Ismiqbal Abdullah at 5:13 PM

Hari ni hari isnin bekerja dan takde Monday's Blues sebab hari ni bermula perjalanan outstation lagi.. Outstation kali ini adalah ke UKM-UNIPEQ, Bangi sempena latihan pengenalan Mikrobiologi.

Bas pilihan kali ini pula ialah Bas Intercity. Bukan semua negeri ada Bas ni. Sekarang Bas Intercity ada promosi; Dari Kangar-KL Hanya RM29. Dari Alor Setar-KL Hanya RM25. murah betul..Kelebihan Bas ni ialah dia ada wifi, ada plug, ada tv dan tempat duduk 2+1. Jadi, aku dapatlah update blog ni secara Live dari dalam bas ni guna application Blogger dari Google, tak perlu bimbang hqbis bateri sebab boleh cas kat plug bawah kerusi ni.. cuma tv tak pasang lagi.. Kerusi memang lebih besar berbanding bas lain..Tapi kelemahan memana bas, terhuyung hayang; letih sebab asyik duduk jer...

Satu lagi kelebihan Bas Intercity ialah boleh nak pos motor! Atau barangan yang besar lain. tapi ada dia punya caj la.

Timeline Backpacking:
Kangar --> Puduraya --> KL Sentral --> UKM, Bangi --> Shah Alam --> Kuala Terengganu!!

Outstation Lagi:Perlis-KL-Melaka

Nov 30, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 11:56 PM

Bila aku mendapat tahu yang aku kena outstation,dalam fikiran,"sigh..outstation lagi...".Tetiba badan merasa malas untuk travel..banyak dokumen masih belum siap sepenuhnya untuk mohon ISO 22000. Maybe coz malas naik bas kot (takde kereta nak travel..'sila nyanyi lagu Jimmy Palikat - Anak Kampung..chorus#Kereta...)

Dari Perlis aku tempah tiket  Bas Sani Ekspress melalui Maybank2U Online di eTicketing.my dan dah kali kedua sertai Peraduan Beli Tiket Online & Menang di eTicketing.my sampai 30 Disember ni..Harap2 bertuah la ye...

Setelah penat hanya duduk dalam bas sahaja selama 8 jam, sampai di tepi jalan berhampiran Stesen Puduraya pada 6 pagi terus mencari hotel bajet berhampiran. Aku plan nak amik hotel bajet ikut jam, tapi dah check in selepas 6 petang, kira check out sepatutnya 12 hari keesokkan harinya... dengan kadar rm45, katil double, aircond tapi bilik air di luar.

Sebenarnya banyak hotel bajet sekitar stesen puduraya dengar kadar under bajet rm100..Kena cepat pilih baru boleh dapat bilik berbaloi... kalau tak, dapat bilik biasa dengan kipas.

Nota: dah la update via bloggerdroid...Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rise of the Guardians @ Alor Setar Mall

Nov 25, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 8:05 PM

Aktiviti hari ahad, dari Perlis ke Kedah.. Asyik terperap kat Negeri Perlis yang kecik comel tu boleh mendatangkan tekanan jiwa raga.. so, untuk melepaskan sedikit tekanan tu, orang perlis 'celup' ni turun la ke Alor Setar...

Alor Setar Mall macam biasa ada lot2 yang barang berjenama, ada booth2 kecik, ada tangga bergerak dan yang penting ada wayang!! Wayang sini brand dia Big Cinema..walaupun aku tak pernah dengar brand wayang ni, tapi layan la...

Ohh..berbalik kepada tajuk..tak boleh nak taip panjang lebar coz update via HTC Wildfire apps Bloggerdroid..jadi agak, l.e.c.eh..

Big Cinema memang quality wayangnya superb!! berbanding dengan wayang lain yang pernah aku tengok..Jadi, Ohsemmm!!

Kali ini aku tengok RISE OF THE GUARDIANS..movie kartun yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur..Tapi lebih kepada dongeng barat, kristian..jadi hold your faith and just enjoy the awesome video quality & story-telling... Aku sampai agak lambat, beli tiket dah 2.20 ptg..wayang start kul 2 ptg..jadi permulaan cerita aku terlepas...Kisah yang menceritakan dongeng barat seperti Santa Clause, Easter Bunny, Tooth Fairy, Sandman, Jack Frost dan Boogeyman..Ianya konflik antara baik dan jahat (Boogeyman je yang jahat, yang bagi mimpi ngeri pada kanak2 yang menyorok bawah katil). Semua mengisahkan kepercayaan kanak2 terhadap dongeng ini semua..

Kesimpulan:
Videi kualiti di Big Cinema = 9/10
Jalan Cerita = 9/10 (Rasa tak puas tengok benda magik ni bagi yang enjoy).
Lawak/Kelakar/Seronok = 8/10 (walaupun ia movie kartun, ada jalan cerita yang serius tapi ada watak sampingan seperti elf membuatkan penonton ketawa..

Update Blog Live @ Alor Setar Mall, atas bangku, Depan Watsons sambil tunggu kawan yang siap appointment dia...

Published with Blogger-droid v2.0.9

TQ! Bookmark Dari Turkey :)

Nov 22, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 6:27 PM

Big thanks to Blogger Fauzee Musa for this rare, unique Turkey Bookmark and Thailand coin as a souvenier for me from his wonderful journey!

Sebagai "Pengumpul", ia adalah cenderahati yang jarang sekali perolehi untuk di tambah dalam koleksi seumur hidup!! (koleksi la sangat kalau ada 2,3 keping je)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Published by BloggerDroid

Nov 10, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 12:22 PM

Beberapa entry sebelum ini aku meng'update' blog menggunakan applikasi android yang di panggil 'BloggerDroid' di install di dalam Smartphone HTC Wildfire ni..Walaupun agak kecil, cepat habis bateri tapi terpaksa lah meng'update guna phone coz laptop aku rosak!!!!

Situasi Laptop Rosak: sedang asyik melayan drama Korea "Fugitive Plan B" Episod 15.. tup..tup..laptop terpadam sendiri... oleh kerana menggunakan Laptop acer processor intel celeron yang tidak tahan panas, aku sedapkan hati; "ahh biar dulu la...".
Kemudian On skali lagi di tulis "Cable not Detected", "Operating System not Found"... huhu...kemudian aku bawak pergi ke kedai komputer minta cek, dia bagitau "ini hardisk dah kong! Memang tak detect power, data tak boleh amik, kena tukar baru ..."
Internal Hardisk 320GB = RM210; 500 GB = RM250.

Oleh kerana adik aku nak bertukar dari Notebook ke Laptop Netbook, jadi dia trade-in la notebook dia pada aku.. jadi terpaksa la aku bersabar menunggu notebook tersebut... Dan sementara itu, aku update la menggunakan app bloggerdroid ni... cuka search keyword "blog @ blogger" di Google Store, Install dan Guna...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Outstation. Hari 2 Mardi Johor Bharu.

Nov 7, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 6:29 PM

Hari kedua di Johor Bharu. 7hb.Nov.12.
Latihan dari Utara Ke Selatan bertempat di Stesen Mardi Johor Bharu.

Setibanya di tempat latihan, sebelum 'kelas' bermula; kami cek tahap kemasinan jeruk- jeruk betik, nanas dan mangga supaya memastikan proses untuk pengurangan air di dalam buah berkurang dan untuk tahan lama. 

Kemudian di teruskan dengan kelas tentang biotek makanan, teknologi makanan, akta dan peraturan makanan.

Selepas makan tengahari,program di teruskan dengan buat sos cili, sos tomato dan membuat semula jem nanas yang tak berapa menjadi semalamnya...setelah berhempas pulas mengupas nanas, memasak, akhirnya jem kali ini menjadi dengan agak jayanya...

Nota: Apa yang nak di cari?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Outstation:1st Day di MARDI JOHOR

♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 8:12 AM

Salam. Syukur alhamdulillah pada 10 malam semalam, kami selamat tiba di Hotel Seri Malaysia, Johor Bharu.. Kami akan bermalam di sini selama 3 hari.. setelah berurusan di receptionist sambil memberi kad pengenalan, aku ambil bilik keluarga yang dapat memuatkan 3 orang dengan kadar RM150 termasuk cukai apa2 ntah..maybe sebab staff berkaitan kerajaan kot dapat diskaun skit (Rate biasa RM160).. Nasib baik dapat guna Kad ATM Maybank a.k.a Kad Debit yang ada Visa, mana ada cash nak bawak untuk bayar sewa 3 hari ni....

Setibanya mendapat kunci, masing2 menghala ke bilik masing2 untuk beristirehat.. Ada 1 queen size dan 1 single size.. TV agak usang dengan plug yang hanya 1 berfungsi.. itulah plug tv, tu juga plug nak caj telefon..

Keesokan (hari ini) jam 8.30 pagi, kami berenam bergerak ke Stesen Mardi Johor Bharu.. Setelah ber'siar-siar' mencari, akhirnya tiba lah di Stesen Mardi ni yang berhampiran Pejabat Pos, di Kawasan Perindustrian Larkin..

Di sana, kami di ketuai oleh Puan Misnah. Untuk sepanjang 1 hari pertama latihan kami di mulao dengan sedikit pengenalan dan kemudian amali untuk Jeruk Nanas, Betik dan Mangga; Jem Nanas! Tengok la esok camne hasil kami membuat jem nanas spesis 'josephine'!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Outstation: Dari Utara ke Selatan[Live]

Nov 5, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 9:08 AM

Bertolak 5 pagi tadi, bermula al kisah perjalanan kami berempat bertugas luar (menghadiri latihan pemprosesan makanan di Mardi Johor Bharu). Semoga selamat perjalanan kami. amin.
Dari Perlis, singgah di HQ KL dan ke Johor!

Nota: update via blogger-droid, celcom broadband daily, di dalam kereta yang melompat-lompat....huhu

Published with Blogger-droid v2.0.9

Mimpi: Landak, Makanan & Gadis

Nov 3, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 9:21 PM

03.11.2012. Waktu sekitar 5 pagi.
Kadang-kadang ada mimpi manis yang ingin di ingati saatnya. Jadi, aku mencatatnya dalam blog ini sekadar ingin berkongsi...
Waktu pagi yang di buai mimpi.. bermimpikan seekor landak hutan yang warna hitam, duri panjang2 yang warna hitam putih tu... dan ia ada hidung merah dan boleh bercakap!!
(maybe aku terlalu rindu kat landak "hedgehog" albino kat kampung terengganu kot sampai masuk dalam mimpi...hehehe)
Landak  tu baru je lepas dimandikan oleh seorang lelaki (tuan landak) sambil di perhatikan oleh aku, mama aku dan seorang berpakaian wanita yang tidak jelas rupanya..
Mama aku mengusap2 kepala landak yang basah tersebut...
Kemudian landak tersebut berkata,"I love girl who love pet".. sambil dia menjeling pada mama..(YA!! Landak tu cakap bahasa inggeris!!)
Dan aku pun mengangkat tangan nak bertanyakan pada landak,"Saya! Saya pulak??!!"
Landak jawab,"You love girl who love pet"..(amboiii....)
Kemudian mama seronok melayan landak tersebut sambil diperhatikan oleh tuan landak dan bayangan wanita yang tidak jelas.
Aku merasa tidak sedap perut dan berada antara mimpi dan sedar. Dalam mimpi aku pergi ke sinki dan muntah biji2 nasi putih.. Jadi, antara jambatan mimpi dan separa sedar, aku pun bangun akibat tidak selesa perut. Masalah penghadaman nasi goreng ayam yang makan di Bomaq Corner, Kangar,Perlis.
Jam 5 pagi aku tersedar dari mimpi yang jelas dalam minda.. guling2, beberapa kali ke sinki dan tandas sebab tak selesa perut dan akhirnya Aku betul-betul muntah nasi goreng bersama french fries!!! Muntah-muntah macam dalam filem Exocist tu... bwekkkkk!!!

Seharian tak selesa perut, ulang-alik ke tandas dan tak dapat makan 1 hari ni... perut sendat je rasa.... huhu...

Moral : Kunyah makanan betul2 supaya mudah hadam, jangan makan gelojoh, pilih gerai makanan yang bersih, elakkan makan makanan sejuk dan berminyak!!!

"Mimpi bukan lagi mainan tidur, tapi motivasi diri dalam keadaan tidak sedar" - Iqbal Abdullah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunyi Dari Blog

Oct 4, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 2:15 PM

Agak hampir sebulan sunyi daripada blogging.
Maybe menghadapi simptom "Malas-takde-mood-sibuk-untuk-Blogging

Published with Blogger-droid v2.0.9

Segmen “Saya Nak Duit Raya..Rezeki Untuk Di Kongsi”

Sep 30, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 9:26 AM
 ENTRY MELEKAT SAMPAI TERCABUT!
INTRO. Nerd smile
Segmen “Saya Nak Duit Raya..!! Rezeki untuk di kongsi” ini adalah segmen yang ke-berapa-entah dari blogger-ix-yang-tak-berapa-rajin-blogging ni…
Secret telling smileTujuan Segmen ini adalah:-
1. Sempena Ulangtahun yang ke-4 Ix menjadi seorang Blogger Amatur pada bulan Julai 2012 lepas.
2. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang pertama IX bergelar seorang pekerja sepenuh masa. (dan baru mendapat gaji dan aidilfitri pertama bagi Duit Raya!)
3. Sempena Ulangtahun Kelahiran ke-25 Ix (suku abad!) pada Bulan Julai lepas juga (walaupun terlambat.)
4. Sebab mendengar satu quote; “Rezeki adalah untuk di kongsi...” (Rezeki daripada Nuffnang yang cukup kuota)
5. Sebab Merapu : Blogger Ix ni seorang yang pemalas untuk Update-blog dan selalu membiarkan blognya berhabuk!
Left hugTerma dan Syarat.Right hug
1. SEGMEN INI ADALAH KHAS UNTUK FOLLOWERS SAHAJA. Jadi untuk JOIN, sila jadi FOLLOWER Blog IX dan/atau !!
2. Buat satu posting blog yang bertajuk “Saya Nak Duit Raya dari Blog IX”.
3. Letakkan gambar cenderahati/ banner di bawah di dalam posting tersebut.
DSC00102 copy
4. Dalam posting blog; CERITAKAN PENGALAMAN/ KISAH RAYA ANDA YANG MENARIK/ SEDIH/ UNIK/ KREATIF (ATAU APA SAHAJA!).
Sila BACKLINK-kan kepada Blog IX
(Sebab Segmen ini sempena Hari Raya dan Ulangtahun Blogging Ix).
5. Sertakan Gambar Raya anda dalam posting blog  anda (Bagi tambah bonus!)
6. Sila TAG Seorang kawan Blogger dan pastikan mereka tau pasalnya. P/S: Ingat. Rezeki adalah untuk di kongsi… Open-mouthed smile
7. Hantarkan LINIK-posting anda pada ruangan komen Segmen ini DAN/ATAU di sahaja.
8. TARIKH TUTUP : SEHINGGA HABIS BULAN SYAWAL (atau pada tarikh yang di pertimbangkan.)
Gift with a bowHadiah dan SaguhatiRed heart
Hadiah Pertama : 1 x RM50 dan Salah satu Keychain Pilihan dari Terengganu.
Hadiah Kedua : 1 x Topup RM10 dan Salah satu Keychain Pilihan dari Terengganu.
Empat (4) Saguhati : 1 x Keychain setiap penyertaan menarik.
Nota: Segmen ini automatik terbatal jika kurang daripada 25 Penyertaan.
QUOTE: “Kalau mahukan sesuatu, kenalah usahakan sedikit.. bukan semuanya senang..tapi tidaklah begitu sukar..”

Busy With Rejoice!

Sep 17, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 8:03 PM
Been busy lately.
Preparing for Launching Event of the company i worked with.

Thank to viewer that keep visiting my blog.

Your visit, i so much appreciated!

Ulasan: Green Curry KFC

Sep 10, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 10:00 PM

Pada satu hari minggu pada waktu mencari makanan tengahari ahad. Hari ahad di Kangar, Perlis memang agak lengang, kebanyakkan kedai makan, kedai-kedai biasa ditutup. Jadi, pilihan makanan agak terhad. Jadi untuk sedikit kelainan dengan kelaparan tak tertahan, saya singgah la di KFC untuk mencuba menu terbaru iaitu KFC Green Curry.

kfc ads

Seperti mana-mana promosi makanan, ayat mesti POWER! Jika di lihat pada kertas iklan ia sebut.

So Authentic even the Thais want it: The new KFC Green Curry Combo Two pieces of Hot and Spicy chicken and steaming hot rice topped with delicious Thai green curry. Get yours before the Thais do

KFC, food review

Jika di lihat pada ayat dan gambar memang agak “indah khabar dari rupa”. Ia cuma nasi putih biasa agak sejuk dengan kuah kari yang tak seberapa hijau dan berasa kari dan ayam yang kurang ‘hot and spicy’

KFC hanya terkenal dengan masakan ayam daging yang bersaiz besar dengan rempahnya. Jadi, pilihan nasi di KFC memang tidak dinasihatkan kerana dengan harga nasi KFC boleh mendapat pelbagai lauk pauk yang lebih banyak, sedap dan pelbagai!

Nota: I have gave a very deep thought to establish another personal blog which more focus on professional matters such as review on foods, films, places, product etc.

Ulasan Makan: Roundabout Cafe , Kangar, Perlis

♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 5:30 PM

Motif: Jalan-jalan cari makan di kawasan Kangar, Perlis.

Lokasi; Kedai Makan Roundabout, Kangar, Perlis.

Menu: Pasta Spicy Thai Seafood, French Fries dan Hot Milo.

roundabout cafe, perlis

Sabtu, 08 Sept.2012 – Selepas kena datang kerja pada sabtu hujung minggu ni, tapi tak mengapa kerana kerja overtime hari ini adalah latihan daripada pembekal mengenai Mesin “Fermenter 2 Liter” daripada Ibu Pejabat Bukit Jalil. Kemudian, kawan saya call untuk ajak makan malam bersama.

Sebelum tu kami singgah di Guardian Kangar berhampiran dengan Hotel Miwarna, Kelas Kecemerlangan Insan berhampiran dengan Klinik Faizah dan Bangunan UMNO Kangar. Pada mulanya kami nak pergi makan di Burger Café, Seriab, Perlis tapi mungkin mereka mood raya lagi jadi kawan saya tu cadangkan nak makan di gerai makan pasar tani setiap pagi Sabtu, berhampiran bulatan Kangar, TNB-Putra Palace. Oleh kerana sebelum ini saya pernah makan di situ (dalam post sebelum ini bertajuk “Green Café”. Kemudian saya mencadangkan di ‘Roundabout Café, berhampiran dengan Celcom Center.

Kami mengambil tempat duduk di Roundabout Café sambil menonton Pirate of Caribbean: Death Man Chest; pelayan mula memberikan menu dan secebis kertas untuk kami menulis kod makanan. Waktu ini lebih kurang jam 09:20 Malam.

Sambil melayan filem lakonan Johnny Depp, Orlando Bloom dengan perut kosong dan hampir gastrik (dah telan Tablet Alacid-Ubat gastrik dalam perjalanan tadi yang di beli di Guardian Kangar).

Pelanggan semakin bertambah, hanya order minuman yang tiba di setiap meja pelanggan. Ada pelanggan datang bersama pasangan dan keluarga. Yang ada telefon pintar terus membelek jika di situ dapat WiFi. teruskan scroll apa sahaja di dalam telefon serba canggih sementara menunggu pesanan makanan tiba mengisi perut kosong. Otak dah menerima signal lapar, perut dah merembeskan asid tapi mulut hanya mampu menelan air liur.

makanan, roundabout cafemakanan perlis

Kesian kat anak-anak yang datang bersama keluarga bertanyakan kepada ibu mereka,”Mama, lapar..lambat lagi ke?”. Ada pasangan terus meninggalkan meja dengan rasa kecewa makanan yang tidak tiba-tiba. Dalam Jam 10:01 malam, nasi putih dan ikan masak masam (sour) pesanan kawan saya pun tiba. Oleh kerana tidak tahan lapar, terus menyantap makanan tanpa sempat menikmati hidangan. Asal makanan masuk perut yang kosong ni sahaja. 5 Minit kemudian, French Fries yang di pesan saya pun tiba, tidaklah panas seperti baru masak tapi nampak sudah lama di masak-kemudian di panaskan semula serta dengan potongan kentang yang agak lama terbiar menjadikan kentang tersebut teramat berminyak dan lama. Memang tidak menyelerakan untuk makan. Beberapa minit selepas itu, Pasta Spicy Thai Seafood saya pun tiba dengan berasap, mungkin baru di masak yang mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk sampai ke meja.

“Seafood” ada udang dan sotong jadi okay lah.. Kemudian untuk “Spicy” lebih kepada pedas lada hitam. Walaupun rasa agak masin tapi oleh kerana lapar, terus makan tanpa 100% menikmati hidangan.

Selepas selesai makan, filem Pirate of Caribbean bersambung dengan At World’s End. Memerhati sekeliling kedai makan tersebut, sepanjang berada di situ; turut di temani oleh pelbagai serangga kecil yang turut mencari makanan – Nyamuk. Bagi saya, mungkin ia hanya boleh di kenali sebagai “Kedai Makan” supaya pelanggan tidak mengharapkan daripada perkataan “Café”. Dengan harga yang bertaraf “Café”, mungkin pengusaha boleh cuba menjadikan rutin untuk membersihkan sawang-sawang yang tergantung (dan saya harap ia bukanlah perhiasan kedai). Oleh kerana saya bekerja bahagian Kualiti dalam Industri Makanan dan menerima audit dari beberapa agensi, jadi pemandangan ini membuatkan saya tidak berapa selesa jika sambil menikmati makanan.

Rate: 2/5

Nota: Jika anda membawa kanak-kanak atau pasangan/ kawan yang sedang lapar ke kedai ini, ia bukanlah satu cadangan yang baik kerana ia cuma mungkin menambahkan rasa lapar, tension dan mungkin gastrik.

Ada orang kata,”Kalau tak suka, kenapa pergi?”. Mungkin pernah dengan ungkapan “Pengalaman Kehidupan”. Pengalaman ini boleh di adaptasi daripada pemerhatian dan cuba mencari penyelesaian untuk masa hadapan.

Mati Otak & Pendermaan Organ

♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 11:27 AM

Apakah yang di katakan mati otak?

Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu bahagian otak yang mengawal aktiviti-aktiviti penghidupan seperti penafasan dan denyutan jantung) tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh di pulihkan.

Mati otak dan pendermaan organ.

Pemindahan organ hanya dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi melaksanakan pemindahan ini, anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah mendapat kebenaran ahli keluarga pesakit yang mengalami mati otak tersebut.

PERSOALAN MENGENAI MATI OTAK DAN PENDERMAAN ORGAN.

1. Saya diberitahu oleh pakar perubatan bahawa ahli keluarga saya mengalami mati otak. Dengan segala peralatan sokongan diberikan, bagaimana pakar perubatan mengatakan bahawa ahli keluarga saya itu benar-benar telah meniggal dunia.

Jawapan: pakar perubatan akan menjalankan ujian-ujian tertentu untuk menjelaskan bahawa pesakit benar-benar telah meninggal dunia.

Seseorang pesakit itu dikatakan telah meniggal dunia apabila.

· Tidak boleh bernafas tanpa adanya alat bantuan penafasan (ventilator)

· Anak mata tidak memberikan sebarang tindak balas kepada cahaya.

· Tiada tindak balas kepada batan otak (brainstem reflexes)

· Ujian juga akan menunjukkan tiada pengedaran darah ke otak.

2. saya di fahamkan apabila individu itu meninggal dunia, jantungnya berhenti berdenyut. Sekiranya ahli keluarga saya mengalami mati otak, kenapa jantungnya masih berdenyut?

Jawapan: jantung sebenarnya mempunyai pacemaker tersendiri daripada otak. Jantung akan berdenyut selagi mendapat oksigen. Jantung ini boleh dikeluarkan daripada badan dan diletakkan dalam larutan tertentu serta diberikan oksigen untuk terus berdenyut. Sehubungan itu selepas mati otak, jantung boleh berdenyut buat beberapa waktu tetapi akan berhenti tidak lama selepas itu walaupun dengan bantuan maksimum.

3. Adakah dengan menghentikan alat bantuan respiratori boleh menjadi penyebab kepada kematian ahli keluarga saya itu serta tidak memberinya peluang untuk meneruskan kehidupan?

Jawapan: apabila pesakit disahkan mati otak, dia sebenarnya telah meninggal dunia. Otaknya tidak berfungsi lagi. Oleh kerana pesakit telah meniggal dunia, tindakan memberhentikan bantuan respiratori tidak merupakan penyebab kematian. Bantuan respiratori hanya membuatkan jantung pesakit berdenyut untuk seketika tetapi jantung itu tetap juga berhenti walaupun dengan semua bantuan yang diberikan.

4. Adakah rawatan ke atas saya diabaikan sekiranya diketahui saya telah mendaftar sebagai penderma organ?

Jawapan: tidak. Semua pesakit akan diberikan rawatan dan perhatian yang sewajarnya tanpa mengira sama ada anda telah mendaftar sebagai penderma organ atau tidak. Pegawai perubatan akan berusaha sedaya upaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ adan tisu hanya akan dibincangkan dengan waris selepas kematian telah disahkan.

5. Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan?

Jawapan: Organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pancreas. Tisu-tisu pula adalah mata (kornea), tulang, kulit dan injap jantung.

6. Adakah kami akan diberitahu organ mana yang di ambil dan kepada siapa organ tersebut didermakan.

Jawapan: Pusat transplan akan memaklumkan kepada keluarga penderma berkaitan organ yang di ambil dan sedikit maklumat berkaitan penerima. Namun begitu nama akan dirahsiakan dan tidak diberikan kepada keluarga penderma dan penerima.

7. Adakah keluarga penderma perlu membayar kos pembedahan pemindahan organ atau tisu yang di jalankan?

Jawapan: Tidak. Keluarga penderma tidak perlu membayar kos pembedahan. Namun begitu kos rawatan sebelum pembedahan pemindahan organ dijalankan masih di bawah tanggungjawab keluarga penderma.

8. Bagaimanakah pemindahan organ dijalankan?

Jawapan: proses pemindahan organ dan tisu adalah suatu pembedahan yang bersih dan steril. Pembedahan dijalankan oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badan penderma. Selepas organ dan tisu diperolehi, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna dan jenazah penderma tidak akan mengalami sebarang kecacatan fizikal. Proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat, tanggungjawab serta tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa.

PASTIKAN ANDA MEMBERITAHU AHLI KELUARGA TERDEKAT BAHAWA ANDA TELAH MENDAFTAR SEBAGAI PENDERMA ORGAN. INI A\KERANA AHLI KELUARGA ANDA ADALAH PENENTU HASRAT MURNI ANDA TERCAPAI!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur.

Talian Terus: 03-2615 6576 / 03-2694 2705 / 03-2694 2705

Talian Bebas Tol: 1-800-88-9080  

Faks: 03-2615 6269      Emel: ntrc@hkl.gov.my

Pusat Sumber Pendermaan Organ , Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Talian: 05- 5222 324     Faks: 05-2531 541

Pusat Sumber Transplan, Hospital Pulau Pinang

Talian: 04-2225 780     Faks: 04-2292 433

Pusat Sumber Transplan Negeri Johor, Hospital Sultanah Aminah

Talian: 07-2231 666 samb. 2751    Faks: 07-2242 694

 

Sumber: Terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (www.myhealth.gov.my / www.infosihat.gov.my )

Bak Orang Kata "Slumber Kura-Kura"

Sep 7, 2012 - ♛Posted by : Ikmal at 2:50 PM
[Re-Publish Entry 13 Jan. 2009; 2:37 AM]
Welcome to "what-so-ever" posting...Dah lama aku letak pic kura2 ni..nk tunggu posting jer...sejak sofi mintak tolong aku jaga kura2nya..adik aku g ler amik kura2 kat kolam kecik tepi umah aku letak skali ngn kura2 sofi ni..kasi 'happening' gitu.

so, selepas aku pulangkn kura2 sofi...aku lepaskn balik kura2 ni masuk dalam kolam temankan ikan2 dalm tu..(tp sebelum tu aku, 'mangsa' fotografi aku yg dgn muka slumbernya..ahaks!!)

[MEMPERSEMBAHKAN]

so,ni le 'model' yang slumber kali ni...(mcm aku ker?? slow & slumber..boleh lah..)

Gangnam vs Losong, Terengganu

Sep 6, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 10:31 AM

Dalam beberapa minggu ini, sensasi Youtube sekarang agak menjadi sebutan iaitu Klip Video “Gangnam Style” yang di popularkan oleh artis rap Korea Selatan, Psy atau Park Jae-Sang dan di tonton lebih dari 75 Juta penonton!

psy-gangnam-style

Gangnam Style = Yahudi??

Dalam glemer-glemer “Gangnam Style” ni, ada pulak yang ‘mentafsirkan’ nya sebagai “Saya Nak Jadi Yahudi'”…Mentaliti manusia kan..Dalam kehidupan seharian pun banyak adat, gaya hidup berasaskan Yahudi yang mungkin tidak di sedari…

Gannam, Korea Selatan, KPOP dan Parody

Gangnam ialah salah sebuah Daerah di Korea Selatan yang terkenal dengan pusat hiburan, perniagaan dan berli-belah. Walaupun Girl Generation (KPoP) yang jadi duta sejak Mac 2012 lalu untuk mempromosikan Daerah Gangnam, Korea Selatan ni tapi Gangnam menjadi sebutan dan istilah sejak di popularkan oleh PSY.

Biasa la bila yang popular-popular ni, mesti ada ‘Parody’.. Ada ‘Suasana Gangnam Raya’, ‘Orang Sabah  Style’,’KL Style’…Parody untuk ‘Gangam Style – PSY’.. Perkataan ‘Gangnam’ dah menjadi sebutan, tiru gaya. Jadi, secara langsung-tidak langsung ia promo untuk “Gangnam”.

30118-gangnam-style-little-psy-is-actually-a-korea-got-talent-dance-genius

(Budak 7 tahun yang dari Korean-Got-Talent)

Tarian Kuda Gangnam, Kuda Kepang dan Larian Kuda

Tarian PSY dalam video klip ‘Gangnam Style’ lebih kepada tarian-menunggang kuda dan agak berunsur 18SX. Bila di imbas kembali zaman kanak-kanak terutaman masa waktu sekolah rendah subjek Pendidikan Jasmani… ada cikgu jasmani mintak buat larian kuda ni..agak-agak sebijik la macam PSY Gangnam Style ni kan…ha ha.. Jika waktu pendidikan Jasmani cikgu minta buat larian kuda, campur dengan muzik rap, pastu record, edit dan masuk dalam Youtube sure femes sampai ke LA,USA kan…Tak pun buat Tarian Kuda Kepang, letak muzik rap, record, edit dan upload dalam Youtube.. Pengurus Justin Bieber pun mesti berminat punyer…!!

Gangnam, Korea Selatan dan Losong, Terengganu

Tetiba popular dengan Gangnam….apa kaitan dengan Losong, Terengganu lak?? Orang situ sini, pengguna internet dah familiar dengan istilah “Gangnam”…ada tak penduduk Malaysia ni familiar dengan “LOSONG”? Macam Keropok Losong/ Keropok Lekor Terengganu..!! Kalau datang Terengganu Kerepok Losong memang popular dengan rasa ikannya.. Jual di memana tempat di Malaysia pun ia tetap di panggil Kerepokok Losong walaupun di jual di KL, Pahang, Sabah, Sarawak… Jadi kesimpulan di sini, produk tersebut yang mempopularkan sesuatu tempat…Jadi, jika di Gangnam yang menjadi popular ialah PSY dengan Tarian Kudanya..!!

Roselle; Dari Benih ke Bunga.

Sep 3, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 2:14 PM

Roselle (Hibiscus spp.). Bunga Asam Paya. Tak pasti bila kali pertama saya jumpa kudup/kaliks/bunga roselle ni tapi ia amat di kenali di Terengganu pada suatu ketika dulu sejak Pokok Roselle di perkenalkan di Malaysia sekitar 1990-an dan di tanam secara komersial pada 1993 oleh Jabatan Pertanian Terengganu. Negeri Terengganu pada masa ini menjadi sebuah negeri yang pertama dan terbesar menanam Pokok Roselle ini (Bacaan Wikipedia). Minuman Roselle juga menjadi minuman rasmi Negeri Terengganu!

Sekitar 1999, pelbagai kajian dikukan oleh UM, MARDI dan UKM terhadap tumbuhan Roselle ini. Ia di percayai kaya dengan Vitamin C (Lebih berkali-kali ganda dari Ribena!)

Scientific classification

Kingdom:

Plantae

(unranked):

Angiosperms

(unranked):

Eudicots

(unranked):

Rosids

Order:

Malvales

Family:

Malvaceae

Genus:

Hibiscus

Species:

H. sabdariffa

Binomial name

Hibiscus sabdariffa
L.

Okay! Sedikit sebanyak pengenalan tentang tumbuhan Roselle sumber bacaan dari Wikipedia. (Kalau Wikipedia tu tipu. maksudnya apa yang saya tulis ni tak betul la….haha…)

Semasa praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu selama 3 bulan bahagian Teknologi Makanan. Masa tu membuat Kordial Roselle untuk seorang usahawan Ganung Kiter! Nak kena buang bijinya pun secara manual.. jadi oleh kerana taknak membazir (kononnya…), saya ambil beberapa biji benih Roselle untuk cubaan menanam dan pemerhatiannya, korang boleh lihat pada gambar tersebut….Nah! Pemerhatian beberapa bulan untuk entry blog pasal Roselle ni sahaja!..

DSC03613

Dah tak berapa ingat sangat, dalam lebih kurang seminggu (kot) keluar anak Pokok Roselle ni.. (Gambar Bertarikh 07 March 2011).

Nota; Masa ni sebelum merantau mencari ilmu Biotek di Raub, Pahang.

DSCF0438

(Gambar bertarikh 18 Ogos 2011) Dan 5 Bulan selepas itu, Tumbuh la pokok Roselle yang matang (Walaupun tempoh 5 bulan agak lama untuk Pokok Roselle membesar menjadi matang kerana sepanjang pemergian saya, Mama yang tolong jaga pokok ni….dan mungkin kekurangan baja.). Dalam bacaan wikipedia mengatakan ia mengambil masa 6 bulan untuk matang. Tapi sekarang, pelbagai kajian tumbuhan dilakukan oleh MARDI, UKM atau mana-mana agensi, ia mungkin di pendekkan sedikit masa tersebut. (Bergantung kepada jenis Roselle)

DSCF0436

Pada hari yang sama, kudup Bunga Roselle mula menunjukkan serinya…

DSCF0807

Sebulan selepas itu (saya dah habis training Biotech boleh la membuat pemerhatian lanjut tentang Pokok Roselle ni…dan Cukup Bulan Ke-6). Kudup Roselle yang kecil molek semasa Bulan Ke-5 mula mengembangkan bunganya yang sebenar berwarna merah jambu (pink). Bunganya seperti jenis Bunga Raya juga..(dah nama saintifiknya ‘Hibiscus spp. p/s: spp. merujuk kepada ia mempunyai lebih daripada (1) spesis.).

Namun, Bungan Roselle ini hanya berkembang sekejap sahaja. Tak sampai 1 hari 1 malam, ia mula kucup dan tangga daripada kaliksnya. Kaliks Roselle lah yang di gunakan untuk membuat Kordial, Jem, Jus, Jeruk atau halwa…

Nota: Haritu saya ada beli satu anak Pokok Roselle yang tinggi lebih kurang 30-40cm pada Karnival Petani, Peladang dan Nelayan di Kangar, Perlis dengan harga RM1 sahaj!! Tak pindah lagi dari polibag jadi pertumbuhanya terbantut macam tu jer la…..

Nota: Pernah nampak tak Roselle berwarna Putih? Saya pun tak pernah dengar tapi semasa mesyuarat bersama Jabatan Pertanian Perlis ada wakil sebutkan pasal Roselle berwarna Putih ni…. Kalau ada sesiapa ada benih Roselle Putih boleh maklumkan pada saya? Winking smile

Review: Kedai Alat Tulis First Touch Utara

Sep 2, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 5:36 PM

Sentuhan Pertama? First Touch. Kedai Alat Tulis First Touch ni memang agak femes kawasan utara ni. Kat pantai Timur takde la kedai alat tulis camni. Setakat beberapa kedai alat tulis yang pernah saya pergi, First Touch adalah terbaik dari segi harga walaupun kedainya tak berapa besar di Kangar & Arau, Perlis. (Terdapat juga di Kedah)IMAG0820

Kebaikan tawaran harga di Kedai Alat Tulis First Touch adalah untuk ahli sahaja. Bukan susah nak jadi ahli (Member) First Touch ini. Cuma singgah di mana-mana kedai cawangan First Touch, pergi di kaunter dan minta untuk isi borang ahli (Member) hanya dengan bayaran RM10 untuk Setahun! Memang berbaloi jika korang selalu beli-guna alat tulis. Macam saya, selalu beli keperluan alat tulis kegunaan pejabat/ diri sendiri di sini…

First Touch selalu membuat “Members Day” di mana terdapat diskaun untuk sesetengah barangan alat tulis. “Members Day” bukanlah bermaksud untuk 1 hari sahaja, tapi dalam 1 bulan atau ada jangka tarikh mereka. Dan jika bukan pada “Members Day” pun, bagi pemegang Kad Ahli First Touch mendapat diskaun 10% bagi setiap barangan yang di beli!!

Jadi dengan bayaran RM10 Setahun untuk bayaran sebagai Ahli (Member) First Touch dan diskaun pada “Members Day’ serta diskaun 10% bagi setiap barangan adalah sangat-sangat berbaloi!!

Buah Salak Kelat Manis Sedap

Aug 30, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 6:42 PM

As-Salam-Alaik-Ya-Qarii’

Salah satu buah tempatan yang menjadi kegemaran saya! Buah Salak! atau dalam Bahasa Inggerisnya “Snakeskin Fruit”. Kalau bahasa saintifiknya; Salacca sp. Pokok Salak tergolong dalam keluarga Palma (Famili : Aracaceae) dan merupakan tumbuhan pribumi bagi Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Scientific classification Kingdom: Plantae (unranked): Angiosperms (unranked): Monocots (unranked): Commelinids Order: Arecales Family: Arecaceae Genus: Salacca Species: S. zalacca

DSCF2180 copy

Gambar di atas ialah Buah Salak yang ayah Ix petik dari kebun. Buah Salak Madu katanya. Buahnya hampir/ lebih kurang besar telapak tangan Ix! Benih Salak Madu ni ayah Ix dapat daripada MARDI.

DSCF2181 copy

Sekali-dua kali tengok mungkin perasan sebab apa Bahasa Inggeris panggil Buah Salak ni sebagai ‘Snakeskin Fruit’ kan. Sebab kulit buah Salak ni macam Ular..kan..kan…Cuba bayangkan macam mana dialog mereka semasa pertama kali jumpa Buah Salak ni… Rolling on the floor laughing.State the obvious…(Kenapa Rambutan tak di panggil “Hair Fruit” lak… mesti tergelak-gelak omputih jumpa buah Rambutan ni nak panggil apa kan….)

salak6

Sebagai peminat Buah Salak, memang sedap dapat makan buah ni.. Jika makan seulas, dua ulas mungkin rasa agak masam-kelat-manis.. selepas tu lidah akan terbiasa dengan rasa buah ni dan rasa sedikit berasid-kelat-manis…Rasanya rangup macam epal tapi lebih halus, padat.

DSCF2178 copy

Untuk menikmati buah Salak ni, jika mendapat buah segar dari pokok… Ianya di kelilingi oleh duri-duri halus yang bengkok pada satu arah..(jika salah pegang mungkin tertusuk duri halus), Jadi, pegang buah Salak dengan kain agak tebal dan geselkan buah tersebut pada permukaan kasar bagi membuang duri tersebut. (Kalau Buah Salak yang di jual di pasar, kebiasaannya akan siap sedia di buang duri).

Kemudian, cubit sedikit untuk buang kulit pada bucu atas buah dan sedikit demi sedikit kupas kulit buah. Hati-hati supaya tidak tercalar jari. Dalam 1 buah ada 1,2,3 ulas buah. Ada juga 1 ulas yang matang berwarna kuning-krim seperti bawang putih dan berasa sedikit kelat-manis dan 1,2 ulas yang tidak matang berwarna jingga terang; dan berasa lebih kelat-manis-berasid tapi masih boleh di makan. Sebelum makan setiap ulas, buang selaput putih pada setiap ulas Salak… Jika sukar, basuh dan buang selaput putih tersebut. Selaput putih tersebut berasa lebih kelat.

salaksalak3

Sumber gambar adalah dari Blog Teknologi Pertanian. Gambar tandan buah Salak dari pokok. Zaman kanak-kanak Ix dulu semasa 90-an, batang pokok Salak ni di gunakan untuk memancing di sungai/ tali air sawah. Ala..~ kalau yang masih ingat, tali pancing yang guna pelampung cebisan selipar jepun atau gabus atau batang kayu ringan atau batang pokok ubi (coz dalam batang pokok ubi ada gabus)

Semasa Ix praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu  selama 3 bulan, pernah juga buah Kordial Salak, Sos Cili Salak dan Halwa Salak. Dulu Ix suka beli jeruk Salak kat pasar tani..

Sakit GIGI! Bangun 2-3 Pagi…

♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 10:35 AM
Inilah akibat kurang kesedarang tentang oral hygiene masa kecik-kecik dulu.. Gigi ni bukan macam sel-sel badan yang boleh di tukar ganti dengan kerap. Kalau gigi geraham lagi la…
Haaa…. ni nak cite pasal gigi geraham aku yang telah ‘expire’ pada bukan waktunya.. Masa kecik memang kurang kesedaran, pakat makan jer..nak gosok gigi memang malas…dah besar-besar camni…terasa la akibatnya…Kang dah merasa bangun jam 2-3 pagi sebab sakit gigi!! Lepas tu tak dapat tidur sampai matahari timbul…Terpaksa la telan pil tahan sakit….huhu~~
http://whyfiles.org/shorties/147tooth/images/teeth.jpg
Masa kecik-kecik dulu, pernah juga terbangun pagi-pagi camni pastu ketuk pintu bilik Papa-Mama…”Maa…Paa…Maaa…Paa….Sakit gigi…”. Biasanya Papa yang bangun pagi-pagi layan anaknya sakit gigi, letak minyak angin kat gigi…(Kalau tak sakit gigi, mesti sebab sakit perut atau takut nak gi tandas…hehehe).
Jadi, aku memang jeles dengan orang yang gigi cantik, sihat ni…kan comel, ensem bergaya jer bila senyum.. Bila dah besar-besar ni mula la ‘melawat bomoh’ gigi (Doktor Gigi), kena berbelanja beratus-ratus ringgit untuk kembalikan gigi jadi cantik, comel, hensem, bergaya…
Jadi, Jagalah kesihatan Gigi anda sementara masih sihat ni.. Gigi adalah contoh terbaik untuk menunjukkan kesan pemakanan, penjagaan kesihatan yang dapat melihat akibatnya pada jangka masa panjang… Cuba korang bayangkan jika penyakit lain… Bimbang-bimbang nanti jika pada masa panjang bila kita semakin berusia, makin timbul penyakit-penyakit, kemudian berbelanja lagi demi mengurangkan penyakit akibat kita tidak jaganya sekarang!
p/s: Peringatan untuk diri sendiri juga sebab tuan cakap ni agak pasif bersukan membakar lemak, kalori….

Bila Mak Tanya Pasal Kawin.

Aug 27, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 1:33 PM

Raya Aidilfitri 1 Syawal dah lepas. Kebanyakkan perantau kembali ke destinasi untuk mencari rezeki. Ada yang kembali mencari ilmu. Dan perantau macam aku, bermusafir di negeri orang, berusia 25 tahun dan masih bujang!

5342-519-kawin-muda-Optimized-400x400

Al-kisah bila balik kampung untuk menyambut aidilfitri, pada usia suku abad ni, sudah layak menjadi suami orang. Saudara-mara yang datang beraya mulalah bertanya “Bila nak Kawin?”. Nah! Sebelum ni masih belajar, kerja tak seberapa takde lak yang bertanya.. Ni dah merantau bekerja, ada la suara-suara menyebut pasal kawin!

Kalau saudara-mara yang bertanya pasal kawin boleh ler di pertimbangkan… Pada suatu masa di ruang tamu, berseorangan melayan internet, kemudian Mama datang duduk di kerusi bertentangan..

Bermulalah sembang-sembang Mama-Anak Teruna …

Mama : Ixbar dah ada calon ke nak kawin? (jeng-jeng-jeng…..!)

Anak Teruna : Hehe…Mama la tolong carikan calon… hehe…

Mama : (Turut Gelak…) Hahaha…. (Kemudian Papa datang join sembang-sembang dan menjadi “Sembang Edisi Papa-Mama-Anak”)

Mama : Papa… ni Ixbarr mintak awak tolong carikan calon kawin ni…. (Papa cuma tersenyum jer…)

Anak Teruna : Kalau cari calon orang Terengganu, boleh balik Terengganu selalu** (Di terjemahkan dari dialek Ganung Kiter!)

Mama : Kalau nak cari calon, cari yang tak bekerja la, boleh bawak pergi Perlis (Tempat saya kerja). Kalau cari yang bekerja susah skit.

Papa : Kalau cari yang tak bekerja macam awak la duk rumah jer.

Mama : Cari yang bukan orang senang sangat, nanti banyak perkara nak di fikirkan kalau keluarga mentua tu mintak macam-macam…

Begitula lebih-kurang sembang-sembang Papa-Mama-Anak pasal kawin!

Nanti episod seterunya sambung pasa Jodoh Pilihan keluarga lak yer….

Cerita Dalam Bas Balik Kampung

Aug 18, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 1:00 PM
Salam balik kampung!! setelah sekian lama (walaupun lebih kurang 7 bulan) akhirnya aku selamat tiba di kampung halaman untuk menyambut 1 Syawal Aidilfitri setelah hampir 10 jam 'terseksa' duduk di dalam bas.
Sepanjang perjalanan balik kampung dengan bas, banyak benda terlintas dalam fikiran.

1#Merasai pengalaman berbuka puasa di stesen bas sambil menunggu bas jam 8 malam. Berbuka hanya dengan burger oblong daging yang tak berapa sedap dan air carrot susu beli di bazaar ramadhan untuk kali terakhir di stadium Kangar, Perlis.

2# Walaupun pemandu bas macam agak emo semacam je, tapi lantak la...asal bawak elok-elok jer...

3# Sepanjang perjalanan bas memang terasa begitu sejuk sekali walaupun dah pakai jaket. Ni nak balik Raya macam balik cuti Musim sejuk lak sebab aircond bas yang amat kuat! So, apa lah yang boleh memanaskan badan dalam bas ni yer...bawak selimut tebal-tebal pun masih sejuk..

4# Dalam perjalanan, melintasi satu kemalangan yang menyebabkan kematian. Seorang pemboceng motorsikal lelaki yang diseliputi dengan kain batik dan di temani oleh beberapa orang penduduk kampung serta pegawai polis. Al- Fatihah untuk allayarham yang meninggal pada bulan Ramadhan terakhir. 

5# Dan pengalaman bersahur di dalam bas dengan kebab daging, potato chips, 100plus dan kurma.

JADI SEKALI LAGI, 
SELAMAT HARI RAYA 1433H/ 2012M.MAAF ZAHIR BATIN JIKA ADA TERSALAH KATA-PERKATAAN DI DALAM BLOG INI.
SELAMAT ULANGTAHUN BLOGGING YANG KE-EMPAT BAGI BLOG HOMOSAPIENSZ (IX) NANTI ADA SEGMEN DUIT RAYA SEMPENA ULANGTAHUN BLOGGING NI...

Cerita Balik Kampung Raya

Aug 17, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 5:19 PM

Tinggal beberapa jam lagi sebelum driver (bas) menjemput (menunggu) aku di stesen bas Kangar. Dana aku masih di office walaupun HR dah bagi balik awal. Tapi nak buat macam mana dah bas malam nanti, balik awal pun takde apa pun kat rumah sewa tu. Takde banyak barang nak bawak balik. Tiket bas dari Kangar ke Kuala Terengganu sekitar RM58! Mahal jugak. Makin jauh la…10 jam perjalanan kata penjaga kauter tersebut.Confused smile

Suasana di pejabat terasa apabila semua staff berkumpul dan setiap orang mengucapkan ungkapan raya..”selamat hari raya’, ‘maaf zahir batin’,’halalkan makan minum’,’berhati-hati di jalan raya’.Left hugRight hug

Di Kangar, Perlis ni, aku dah beli buah anggur buatan malaysia ni! Nak bawak balik kampung bagi orang terengganu merasa… Nak beli anak pokok anggur dah habis dah…ishk!! Sun

Bila dah bekerjaya ni, suasana hari raya dah kurang meriahnya… Bila di perantauan, berebut-rebut balik ke kampung halaman untuk bersama keluarga. Raya hanya untuk bersama keluarga. Kawan-kawan semestinya sibuk dengan aktiviti mereka juga. Kali terakhir aku pulang beraya semasa di perantauan adalah 6 tahun lepas semasa zaman kolej matrikulasi.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN. FIZIKAL. EMOSI. BIOLOGI. IKATAN KIMIA.