Khasiat Petai & Vlog# Jeruk Petai

Jan 26, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 12:48 AM
Aku agak sentiasa memikirkan untuk membuat vlog ni, cuma ada masa atau tak jer. Since, Petai ni agak Limited Edition (juga mempunyai musim dan sukar di dapati di samping harganya agak mahal), tambahan pula aku beli lebih kurang 100 papan petai dengan harga RM30 jer.. Murah jika di bandingkan harga petai yang di jual di pasar tani Dan bertambah lagi parent aku memang gemar makan petai ni, lagipun cara terbaik untuk simpan petai ialah JERUK.
Petai yang jeruk mempunyai bau yang kurang kuat berbanding petai segar. Tetapi larutan air jeruk memang mempunyai bau yang sangat kuat!

Saksikan Vlog (Video Blog) aku sempena Musim Buahan-Petai.
Tajuk Vlog : Membuat Jeruk Petai.
Vlogger : Ixbarr (The homosapiensz)
Lokasi : Kuarters Pusat Biotek Herba, Raub, Pahang
Baca info lanjut serba sedikit mengenai Petai ni; biji kekacang yang mempunyai bau yang kuat bila di makan tapi mempunyai pelbagai khasiat yang berguna untuk badan manusia! LINK WIKIPEDIA B.MELAYU.

Antara Khasiat Petai (Sumber Blog)

Sumber gizi penting
Penelitian menunjukkan bahwa buah petai memiliki kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga zat ini adalah gula alami yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang memakannya. Bahkan, kandungan protein dalam petai 4x lebih banyak daripada epal. Selain itu, kandungan karbohidrat, fosfor, vitamin A, zat besi dan vitamin serta mineral lain yang terdapat pada petai juga lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.

Berdasarkan kajian, buah petai dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Atasi anemia
Anemia biasanya ditandai dengan gejala-gejala seperti tubuh lemas, letih dan kurang bersemangat. Anemia juga menyebabkan penderitanya mengalami kesulitan konsentrasi dan nyeri pada persendian tulang. Perkara ini terjadi kerana badan kekurangan zat besi. Kandungan zat besi yang tinggi dalam petai sangat bermanfaat untuk mengurangi anemia atau masalah kurang darah ini.

Mampu Mengurangkan Stres dan Depresi
Sekiranya anda mengalami stres dan depresi, itu tandanya anda kekurangan triptofan. Triptofan adalah suatu asid amino penting yang apabila dikonsumsi, maka akan diubah menjadi serotonin, yang mampu mempengaruhi sistem kerja saraf dan berfungsi memperbaiki “mood” kita.
Stres juga berisiko mempercepat metabolisme tubuh dan mengurangi kalium dalam tubuh. Kalium berguna menstabilkan degup jantung dan melancarkan aliran oksigen ke otak. Untuk itu, ketika stres, anda memerlukan lebih banyak kalium untuk tubuh. Petai memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi.

Menyihatkan mata dan meningkatkan konsentrasi
Petai memiliki kandungan vitamin A yang cukup tinggi, iaitu 200 IU per 100 mg. Seperti diketahui, vitamin A bermanfaat untuk menjaga kesihatan kornea mata. Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak seterusnya berfungsi untuk membantu meningkatkan daya ingatan semasa belajar.

Mengurangi tekanan darah tinggi dan mencegah stroke
Kandungan kalium yang tinggi, namun rendah garam dalam petai mampu menstabilkan degupan jantung. Tekanan darah yang terjaga akan menurunkan risiko diserang penyakit jantung dan gejala stroke. Bahkan The New England Journal of Medicine menerbitkan hasil penelitian yang mengatakan bahawa pemakanan petai secara teratur mampu menurunkan risiko kematian akibat stroke hingga 40 peratus.

Melancarkan sistem pencernaan
Serat juga banyak terkandung dalam petai. Serat atau fiber berguna melancarkan pencernaan. Bagi anda yang sering mengalami gangguan pencernaan seperti konstipasi atau sembelit, memakan petai akan dapat membantu mengurangi penderitaan anda. Petai juga memiliki efek antasid pada tubuh. Jika anda merasa mual dan sendat kerana makan terlalu banyak, petai mampu mengurangi rasa sakit tersebut.

Antioksidan 
Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)

 Berhenti Merokok
Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.

 Awas! Jangan Lebih Makan
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.