Pek Internet Celcom SKMM RM25 Sebulan!

Jan 26, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 10:34 PM
Beberapa hari lepas aku telah beli satu pack celcom internet yang limited edition daripada kawan aku. (menurut dia ini tiada di jual di memana kedai Telco). Aku mendapat tahu pasal pack internet celcom yang murah ni daripada Facebook la. Selepas kawan aku tag promosi pasal pack celcom ni.
Dan aku lak tag kawan aku, dar mereka pun berminat untuk membeli atas nama aku. Jadi aku order pack SIM celcom ni 5 keping. Kawan aku pun jual 20 SIM jer, jadi ia amat limited edition.
Pek Celcom Broadband 1 Malaysia SKMM
Harga dia jual RM60 (free untuk 1 bulan pertama), setelah minta di kurangkan jadi harganya RM55 per SIM. Caj RM25 untuk internet dan maybe selebihnya Untung masing-masing la kot.

pek SKMM celcom, celcom broadband
Sumber gambar Google
Baru jer beberapa hari aku guna pack internet celcom ni. Memang standard broadband la (lebih dikenali sebagai 'Beruk-band'), internet Celcom Broadband agak slow berbanding Maxis Broadband. Tapi di sebabkan harga Pek Celcom ni agak murah, dan menurut pemahaman aku berdasarkan pembacaan internet:-
  • Starter Pack; RM55 (free 1 bulan internet), dan caj untuk bulan seterusnya hanya RM25. 
  • Cara caj macam topup biasa, cuma topup RM25 sebulan untuk menikmati internet. Boleh topup RM30, nanti RM25 akan di tolak dalam baki.
  • Menurut pek tu, ia hanya 800MB data, tapi menurut beberapa testimoni forum internet, ia unlimited.
  • Tiada komitmen, kontrak dengan celcom.Tak perlu pendaftaran
  • Jika tempoh kredit expired, masih ada tempoh 50 hari untuk reload, dan pada hari ke-51, pek celcom itu akan terbatal.
  • Nasihat kawan aku, kalau nak topup, tunggu hari ke -31 atau sehari selepas tempoh kredit expired.
Kalau berminat untuk beli, cuba search dalam internet. Kawan aku pun dia dah order beberapa tapi dipulangkan semula duit coz tiada stok.