Kenapa Kucing Makan Rumput

Feb 10, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 10:00 PM

Sedang menglayari laman web yang agak-agak menjadi kebiasaan; www.mudah.my; bukannya mencari apa sangat, sekadar melihat apa yang di jual jer… Kemudian aku pergi ke bahagian pets (antara yang) menjadi kategori feveret..kemudian ada iklan ni lak…

RUMPUT ORGANIK UNTUK KUCING. RM11

kucing, comel

Kucing makan rumput ada la teramat jarang sekali aku melihatnya tapi itulah hakikatnya. Keterangan iklan tersebut adalah seperti di bawah:- (hah! sekali tolong iklan lak…)

Kenapa Kucing makan rumput?
1) Rumput bukanlah makan ruji bagi kucing. Tetapi kucing makan rumput kerana sistem penghadaman. Perut kucing semestinya mempunyai "hairball", tulang ikan atau tikus. Jadi untuk mengeluarkan "hairball" dan sebagainya, kucing memilih rumput sebagai agen untuk memuntahkan semula bahan-bahan yang tidak dikehendaki tersebut.
2) Rumput di halaman rumah semestinya tiada nilai nutrien yang diperlukan. Malahan mungkin mempunyai racun serangga atau kondisi tanah yang mendatangkan isu kepada kesihatan kucing anda.
Juga sesuai untuk haiwan herbivore seperti Arnab, Guniea Pig, Hamster, Kura-Kura, Burung dan sebagainya.
Deluxe Kit - RM11.50
1x Pet Grass Seeds
1x Organic Soil
1x Wet Tissue
1x Reusable container
1x Instruction Manual
Postage : RM5 (Pos Laju)
COD : Melaka Only
Contact : 012-3390745

Notakakitangan: Aku sejak bekerjaya dan mempunyai sedikit simpanan ni, mula berminat untuk membela haiwan eksotik ni sebagai haiwan peliharaan. Mula-mula aku tengok dalam www.mudah.my ialah Anak Ular Sawa (Ball Python),  kemudian pelbagai spesis ular yang TIDAK berbisa dan unik, then, ternampak lak baby hedgehog a.k.a landak mini ni..

haiwan eksotikhaiwan eksotik, ular