Amalan minum Rasulullah S.A.W

Mar 8, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 4:02 PM

 

SHARING ARTICLE.

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan tersebut ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
2. Mencuci perut.
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati..

Rasullah SAW juga suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Fakta minuman manis dan sejuk.

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa:
” Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”.

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut:

” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk”.

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum.

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
2. Bacalah ” Bismillah”.
3. Minum dengan tiga nafas.
4. Minum dalam keadaan duduk.
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.  [Sumber Blog Rohaizad]