Mempelam Harumanis Perlis

May 27, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 1:11 PM

Selamat Berhujung minggu. Bulan May ni dah masuk bulan ke empat aku menetap di Perlis Indera Kayangan ni. Dan Perlis ni terkenal dengan ‘trademark’ buah mempelam yang mahal! tahap diRaja punya! Mempelam Harumanis!

Sekarang dah masuk Bulan May, jadi memang dah bermula musim Harumanis ni, Nak berbuah berbulan-bulan tapi stok buah ni habis dalam berminggu-minggu je!

IMAG2084

Mempelam Harumanis mengikut cerita akak cleaner tempat keje aku, memang satu projek tanaman Perlis. Dan biasa dengan cerita-cerita yang Pokok Mempelam Harumanis ni tidak dapat hidup subur di negeri-negeri lain; hanya di Perlis sahaja.

IMAG2087

Buah Harumanis memang agak besar. Berat setiap biji lebih kurang 500 gram (Jadi 1 kg hanya ada 2 biji). Dan harga untuk 1 kg antara RM12, RM13 sehingga RM18!

IMAG2088IMAG2089IMAG2130IMAG2131

Pokok Harumanis ni adalah kacukan dari Mempelam biasa dan Buah Machang/Bacang/Konen. No wonder la buah nya besar macam Buah Machang/Bacang/Konen. Ada satu Harumanis yang aku beli rasanya macam buah Machang, jadi buat kali pertama aku rasa Harumanis dengan ada sedikit rasa Machang/Bacang. So, the feeling having a bit of Harumanis was not a surprise because of the familiar taste with Machang which I used to had during childhood.