Aku, Makmal-Makmal dan Angan-Angan

Jun 2, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 6:37 PM

Salam semua. Semakin hari semakin kurang masa untuk blogging ni. Sejak berpindah kerja dengan sukarela dan ‘excited’ nya, semuanya bermula dari kosong. Mula mengira hari-hari untuk dipenuhi dengan pengalaman kerja sebagai salah seorang dalam Team perintis cawangan syarikat baru ni.

Macam aku lebih tertumpu kepada bahagian Makmal buat masa sekarang ni. Pembantu makmal pun takde, Chemist pun takde. Kalau berminat tu leh la mohon sini temankan aku dalam makmal...hehe…

IMAG2165

Ada tiga makmal sini; Mikrobiology, Kawalan Kualiti dan Analitikal. Semua peralatan masih berbungkus lagi. Nasib agak baik ada akak cleaner tolong aku untuk unwrapped semua peralatan makmal yang masih berbungkus ni…Pheww~~

IMAG2166

Aku bukanlah major bahagian peralatan makmal ni, tapi adalah sesetengah peralatan makmal tu agak simple dan familiar…

IMAG2163

Sampel product yang bakal kami di sini proses..penuh meja aku buatkan aku terliur jer…Produk yang di hasilkan untuk para usahawan yang berminat! Oleh kerana syarikat kami ni tak boleh keluarkan product sendiri, products usahawan pun boleh lah… Bestnye..kalau wat ujian sensori rasa-merasa produk buah-buahan ni!! Bertambah saiz la aku pasni yer….

Nota: Ada quote yang sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala ni,”Love your job and you don’t need to work another day”

Kepuasan bila segala Ilmu semasa Praktikal di MARDI dulu boleh di praktikkan di sini! DUlu selepas habis praktikal MARDI, aku merancang nak bukak bisnes yang sama macam ni tapi secara usahawan tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH; tak berpeluang lagi untuk diri sendiri tapi bantu usahawan lain pun boleh timba pengalaman lagi.