Kategori Anak Mak

Jun 27, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 9:11 AM

Apabila sebut anak emak, akan terbayang seseorang itu ialah seorang yang manja, kuat merengek. Tapi Bagi saya, Anak Emak ini bergantung bagaimana kita mengadaptasikannya.

Emak, Mama, Ibu, Mommy, Mami, Ummi; Seorang wanita yang bertugas kebanyakkan masanya di rumah dan menguruskan seluruh hal ehwal rumah

gambar bayi comel

Nota: Gambar Anak Saudara pertama saya; Ammar Zafran Angel

Kategori Satu (Anak Mak):-

Anak (termasuk lelaki/ perempuan dan lain-lain) yang sentiasa mengharapkan emak. Dari segi makanan, mengemas, mahupun perkara yang remeh-temeh.

Kategori Dua (Anak Mak):-

Anak yang sentiasa membantu emak dalam menguruskan perkara seharian; termasuk memasak, mengemas dan perkara lain.

Kategori Tiga:

Anak yang rapat dengan ayah; lebih selesa mengadu hal pada ayah daripada emak.

Apa-apa pu kategori kita, asalkan dapat menyesuaikan diri sendiri walaupun di mana kita berada. Anak Emak kategori dua mungkin mempunyai pengalaman survival untuk hidup seorang tanpa terlalu bergantung pada orang lain. kalau lapar boleh masak, tak perlu setiap hari keluar makan di kedai.

Walau bagaimanapun, pengqlaman hidup mengajar kita untuk berevolusi. Mengadaptasi dengan kehidupan.