Rumah: Pangsapuri Vs Teres

Jun 17, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 12:40 AM

Sudah beberapa bulan aku menyewa di Pangsapuri ni. Tapi agak tak dinafikan bahawa menyewa di Pangsapuri (walaupun sewanya agak murah berbanding sewa rumah teres), saya rasa agak rimas dan terkurung. Tinggal di rumah yang bawahnya rupa serta berbumbungkan rumah! (Since saya stay di tingkat 3).

Tak lama lagi, bye-bye to rumah sewa pangsapuri dan welcome rumah teres! Nasib perantau berpindah randah macam ‘nomad’ lak… Rainbow

Nanti di rumah teres saya stay bertiga (3 bilik dan 2 bilik air). Yang paling penting! Rumah teres itu atas tanah!! Saya ni jenis biologi skit. Suka berkebun.. Dalam pangsapuri saya, kesian kat anak pokok Roselle dan Pokok Stevia dalam beg polister hitam ni yang saya beli masa Hari Peladang dan Nelayan lepas…

Jadi, saya prefer tinggal di rumah yang ada tanah, walaupun sekadar rumah kampung berbanding rumah berlantaikan rumah, berbumbungkan rumah walaupun ia kondominium~ (Pendapat saya buat masa sekarang.)

Nota: Island with a palm treeOleh kerana saya di besarkan dalam suasana kampung, ia mengajar erti survival. Menggunakan apa yang ada dengan bajet rendah. Jika orang yang biasa hidup di bandar, saya tak dapat beri pandangan. Computer