Batal Tiket Kerana Meeting

Jul 10, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 7:51 PM
Hari ini, 10-11 Julai sepatutnya saya perlu menghadiri satu latihan kecemasan di Ibu Pejabat KL, tapi pada hari ini, 10 Julai juga ada meeting yang saya aturkan dengan Pihak IPT untuk perbincangan usahasama. Dan juga semalam, 9 Julai merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke-25.


Jadi, Saya dah beli tiket bas dari Perlis ke KL (Hentian Pudu) RM45.50.  Dan semalam juga pihak IPT menelefon bahawan Prof.Dr yang busy-man turut hadir dalam meeting tersebut. Oleh kerana saya sendiri mengaturkan meeting tersebut, dan Prof. Dr. Busy-Man juga turut hadir, Maka Bos saya mengambil keputusan untuk menangguhkan latihan saya di KL.

Tapi, tiket bas dah beli, Bas Transnasional. Jadi, terpaksalah pergi ke kaunter Tiket minta tolong jualkan, agaknya takde siapa yang beli kot, rugi je la tiket bas tu. Nasib le tiket bas je, kalau tiket flight.... mampu?

Harap dapat bina kerjasama dengan IPT ni, since, bidang kerjasama lebih kepada Project Paper yang ada saya publish dalam entry sebelum ini berkaitan Enzim.

Nota: Nasib tak perlu travel beratus-ratus kilometer dengan bas pada hari ulangtahun kelahiran ke 25 ni.