Malam Sempena 25 Tahun Hidup

Jul 8, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 9:42 PM
Hari ini 8 Julai, dan esok ialah 9 Julai 2012. Pada tarikh itu telah genap saya berumur 25 tahun. Sudah 25 tahun lelaki ini hidup di dunia = 1/4 Century. Sudah layak menerima Jubli Perak. Syukur alhamdulillah.
Semakin meningkat usia, semakin peka pada masa depan. Sekitar umur ini baru memulakan kerjaya. Baru mula untuk membuat simpanan masa depan. Baru memikirkan untuk berkeluarga (tuttt!!).
Tapi bagi seorang lelaki yang berumur 25 tahun, sudah layak secara batinnya untuk menjadi seorang ketua keluarga. tapi secara zahirnya, mampu kah untuk menyediakan tempat berlindung bagi bakal keluarganya? Dari masa ini mula memikirkan perancangan masa depan.
Jujurnya, saya bakal 25 tahun ini agak gusar dengan perancangan masa depan. Sistem kewangan secara zahirnya belum mampu untuk hidup beberapa tahun akan datang.
Nota: Setiap orang memerlukan Jaminan Kehidupan (Life Assurance.)
92b7205b494fc63cae3a2f0f73c33a33