Review: Milk-A-Deal.Online

Jul 30, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 6:03 PM

Salam Semua! Nak review skit pasal Milk-A-Deal ni. Ala..iklan yang selalu keluar kat Nuffnang ads tu. Saya adalah masuk dalam website Milk-A-Deal ni dan subscibe untuk Newsletter; jika ada offer atau diskaun-diskaun yang menarik terus masuk ke dalam email anda! Ewah!

Ada pada suatu hari saya ada terpandang offer 70% Off dalam salah satu produk Hotphase dalam newsletter Milk-A-Deal ni, jadi ingin mencuba la macam mana nak nak berurusan dengan Milk-A-Deal ni

milkadeal, nuffnang, homosapiensz.com

1# Pilih salah satu produk yang di dalam Milk-A-Deal Offer.

2# (Ahh~ tak ingat lak menaip secara offline ni) Lepas tu Klik BUY NOW* Kalau tak silap. then terus direct kepada cara pembayaran online banking.

milkadeal, nuffnang, beli online

3# Semasa saya membeli online di Milk-A-Deal ni pada 01 June 2012. Setelah membuat bayaran melalui Online Banking serta mengisi maklumat seperti Nama dan Alamat Pos.

4# Tunggu email pengesahan penghantaran daripada pegedar, dalam pengalaman saya, emel tersebut pada 04 June 2012 (Tarikh produk tersebut telah di poskan).

Nota: Mungkin pengedar tersebut mengalami banyak aduan atau tak pasti apa dia punya masalah, cuma kandungan emel tersebut tak berapa formal, rasmi atau seperti online trader lain. Tapi at least pengedar beritahu pada pembeli.

5# Pada 06 June 2012 saya menerima barangan yang di tempah dari Milk-A-Deal Online untuk kali pertamanya.

Kesimpulan;

❖ Servis agak cepat. Hanya beberapa hari bekerja (Isnin-Jumaat).

❖ Harga agak berbaloi dengan diskaun.

❖ Saya rasa produk tersebut agak lama. Nampak fizikalnya pun memang dah agak lama. Cuma pandai memilih produk-produk yang dapat memberi kualiti yang baik dengan harga berpatutan.

❖ Itulah kelemahan beli Online, tak dapat tengok barang yang hendak di jual, kalau pada gambar mungkin boleh di edit supaya kelihatan agak baru.