Oh! Padang Besar..Memang Besar!

Aug 16, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 9:15 AM

Apabila berkunjung ke negeri Perlis Indera Kayangan, semestinya Padang Besar menjadi sebutan. Bagi saya yang kelahiran negeri Terengganu  Darul Iman apabila pertama kali berkunjung ke Padang Besar, ia tak ubah seperti Pasar Payang (tempat memberi pelbagai barangan terutamanya dari Negeri Terengganu)

padang besar perlis

Untuk pergi ke Padang Besar mengambil masa lebih kurang 45 minit daripada Kangar. Ia akan melalui Beseri. Tak perlu bimbang kerana papan tanda akan memudahkan perjalanan bagi yang pertama kali ingin ke sana.

padang besar perlis

Apabila sampai di Padang Besar, pertama sekali perlu bersabar mencari parking kenderaan terutamannya sekitar  hujung minggu (Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad). Negeri Perlis berhujung minggu pada sabtu dan Ahad; manakala Kedah berhujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.

Kebanyakkan barangan di Padang Besar adalah sama; baik dari segi pakaian, makanan serta barangan lain. Kedai teramatlah banyak jadi pandai-pandai memantau harga yang berpatutan, tawar-menawar dan mencari barangan yang berkualiti kelas A!

backpack deuter

Sempena nak balik beraya di kampung halaman ni, jadi saya bercadang untuk mencari satu backpack supaya mudah di bawa. Hampir seluruh pasar di Padang Besar saya pusing, itupun belum habis kedai lagi.. Kebanyakkan kedai menjual beg backpack yang berjenama ‘deuter’ walaupun tidaklah original sampai beratu-ratus ringgit tapi di sini boleh didapati dengan harga serendah RM50 dan beg dalam gambar tu berharga RM75. Amat berbaloi! (walaupun tak try lagi..)

ukiran kayu katak

Semasa saya pergi bulan puasa minggu lepas sekitar jam 4:00 PTG tak berapa ramai orang sangat. Suasana agak lengang, mungkin ramai balik kampung. Jika kebiasaan memang padat dengan manusia. Kedai pun banyak yang tak buka. Jadi, ini lah masa yang sesuai untuk tawar-menawar harga barangan. Kebiasaan kebanyakkan kedai di Pasar Padang Besar ini tutup sekitar jam 6:00 PTG.

Untuk mencari barangan yang jarang kelihatan seperti pedang samurai. Datang awal sikit la… Semasa perjalanan pergi atau balik dari Padang Besar ada sekatan dari UPP (untuk-per-ntah), jadi, berwaspadalah jika beli Pedang Samurai tu..nanti tak pasal-pasal kena soal siasat sebab membawa senjata!

Untuk barang makanan, di sini banyak menjual Beras siam; Beras Pulut Hitam (buat Bubur Pulut Hitam), Beras Pulut Siam, Beras Wangi, Emping Padi, jeruk-jeruk, kerepek, kekacang. Baru-baru ni saya membeli Beras Pulut Hitam nak bawa balik kampung bagi parent rasa Bubur Pulut Hitam. Pertama kali saya merasa Bubur Pulut HItam apabila da seorang staff datang bagi rasa. Sedap gak! rasa agak lain dari beras biasa.

Nota: Ada nak pesan Barangan dari padang Besar? Boleh pos pastu nanti saya caj pengankutan…hehhehe