Ramadhan Berlalu, Syawal Menjelang

Aug 15, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 9:20 AM

Hari ini sudah masuk 26 Ramadhan 1433H bersamaan 15 Ogos 2012 M. Bulan Ramadhan semestinya amat cepat berlalu. Cepatkah? Ia sama seperti hari sebelum-sebelum ini, masih 24Jam sehari, 7 Hari Seminggu dan dalam 365/366 hari setahun.Ramadhan berlalu syawal menjelma

Tapi kenapa Ramadhan terasa begitu cepat berlalu?

Bulan Ramadhan Berlalu, di sambut pula bulan Syawal. Pada 1 Ramadhan, umat islam yang berkemampuan akan menahan nafsu, lapar dan dahaga di siang hari; manakala pada 1 Syawal di sambut memberi nikmat kepada yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan merasai makan di siang hari.

Jadi erti “Raya pada 1 syawal” sebenar adalah untuk umat islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan.

Tapi Istilah ‘Raya’ juga di gunakan untuk menarik minat umat manusia untuk meraih keuntungan. Memberi diskaun hebat! Berpusu-pusu mencari. menukar semuanya serba baru bagaikan ingin menjadikan teratak rumah kepada sebuah istana!

Mercun yang berharga berpuluh-puluh ringgit yang mampu mengisi perut manusia yang kelaparan dengan makanan beberapa hari dibakar dengan bangganya! Bersorak gembira terhadap api yang membakar, bunyi yang menggema seluruh alam seperti meneriak ke gedendang telinga. Ahh! lantak aku lah! duit aku cari! Raya setahun sekali jer!

Ya! Raya hanya setahun sekali. Tapi, hidup dan umur adalah sekali sepanjang hayat. Kehidupan hari ini adalah untuk hari esok dan seterusnya.

Lagu,festival raya pelbagai nada, lirik dan gaya bergema, menghiasi seluruh media. Menyelinap seluruh jiwa manusia mengatakan bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang paling gembira seluruh hari, lupakan masalah, kawan, sahabat handai saudara mara ramai tak terkira sehingga terlupa nama… Kehidupan untuk esok masih ada, bagaimana persiapan untuk hari kita berduka? Masihkah ada mereka?

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN MENIKMATI BULAN SYAWAL DARIPADA PENULIS BLOG iX.

Berpada-pada berbelanja.

Berhati-hati di Jalan raya dan di mana sahaja berada.

Jangan asyik main mercun sehingga memudaratkan orang lain. Bunyi mercun adalah PENCEMARAN BUNYI! Jangan buat orang lain sakit hati.