Ulasan Makan: Roundabout Cafe , Kangar, Perlis

Sep 10, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 5:30 PM

Motif: Jalan-jalan cari makan di kawasan Kangar, Perlis.

Lokasi; Kedai Makan Roundabout, Kangar, Perlis.

Menu: Pasta Spicy Thai Seafood, French Fries dan Hot Milo.

roundabout cafe, perlis

Sabtu, 08 Sept.2012 – Selepas kena datang kerja pada sabtu hujung minggu ni, tapi tak mengapa kerana kerja overtime hari ini adalah latihan daripada pembekal mengenai Mesin “Fermenter 2 Liter” daripada Ibu Pejabat Bukit Jalil. Kemudian, kawan saya call untuk ajak makan malam bersama.

Sebelum tu kami singgah di Guardian Kangar berhampiran dengan Hotel Miwarna, Kelas Kecemerlangan Insan berhampiran dengan Klinik Faizah dan Bangunan UMNO Kangar. Pada mulanya kami nak pergi makan di Burger Café, Seriab, Perlis tapi mungkin mereka mood raya lagi jadi kawan saya tu cadangkan nak makan di gerai makan pasar tani setiap pagi Sabtu, berhampiran bulatan Kangar, TNB-Putra Palace. Oleh kerana sebelum ini saya pernah makan di situ (dalam post sebelum ini bertajuk “Green Café”. Kemudian saya mencadangkan di ‘Roundabout Café, berhampiran dengan Celcom Center.

Kami mengambil tempat duduk di Roundabout Café sambil menonton Pirate of Caribbean: Death Man Chest; pelayan mula memberikan menu dan secebis kertas untuk kami menulis kod makanan. Waktu ini lebih kurang jam 09:20 Malam.

Sambil melayan filem lakonan Johnny Depp, Orlando Bloom dengan perut kosong dan hampir gastrik (dah telan Tablet Alacid-Ubat gastrik dalam perjalanan tadi yang di beli di Guardian Kangar).

Pelanggan semakin bertambah, hanya order minuman yang tiba di setiap meja pelanggan. Ada pelanggan datang bersama pasangan dan keluarga. Yang ada telefon pintar terus membelek jika di situ dapat WiFi. teruskan scroll apa sahaja di dalam telefon serba canggih sementara menunggu pesanan makanan tiba mengisi perut kosong. Otak dah menerima signal lapar, perut dah merembeskan asid tapi mulut hanya mampu menelan air liur.

makanan, roundabout cafemakanan perlis

Kesian kat anak-anak yang datang bersama keluarga bertanyakan kepada ibu mereka,”Mama, lapar..lambat lagi ke?”. Ada pasangan terus meninggalkan meja dengan rasa kecewa makanan yang tidak tiba-tiba. Dalam Jam 10:01 malam, nasi putih dan ikan masak masam (sour) pesanan kawan saya pun tiba. Oleh kerana tidak tahan lapar, terus menyantap makanan tanpa sempat menikmati hidangan. Asal makanan masuk perut yang kosong ni sahaja. 5 Minit kemudian, French Fries yang di pesan saya pun tiba, tidaklah panas seperti baru masak tapi nampak sudah lama di masak-kemudian di panaskan semula serta dengan potongan kentang yang agak lama terbiar menjadikan kentang tersebut teramat berminyak dan lama. Memang tidak menyelerakan untuk makan. Beberapa minit selepas itu, Pasta Spicy Thai Seafood saya pun tiba dengan berasap, mungkin baru di masak yang mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk sampai ke meja.

“Seafood” ada udang dan sotong jadi okay lah.. Kemudian untuk “Spicy” lebih kepada pedas lada hitam. Walaupun rasa agak masin tapi oleh kerana lapar, terus makan tanpa 100% menikmati hidangan.

Selepas selesai makan, filem Pirate of Caribbean bersambung dengan At World’s End. Memerhati sekeliling kedai makan tersebut, sepanjang berada di situ; turut di temani oleh pelbagai serangga kecil yang turut mencari makanan – Nyamuk. Bagi saya, mungkin ia hanya boleh di kenali sebagai “Kedai Makan” supaya pelanggan tidak mengharapkan daripada perkataan “Café”. Dengan harga yang bertaraf “Café”, mungkin pengusaha boleh cuba menjadikan rutin untuk membersihkan sawang-sawang yang tergantung (dan saya harap ia bukanlah perhiasan kedai). Oleh kerana saya bekerja bahagian Kualiti dalam Industri Makanan dan menerima audit dari beberapa agensi, jadi pemandangan ini membuatkan saya tidak berapa selesa jika sambil menikmati makanan.

Rate: 2/5

Nota: Jika anda membawa kanak-kanak atau pasangan/ kawan yang sedang lapar ke kedai ini, ia bukanlah satu cadangan yang baik kerana ia cuma mungkin menambahkan rasa lapar, tension dan mungkin gastrik.

Ada orang kata,”Kalau tak suka, kenapa pergi?”. Mungkin pernah dengan ungkapan “Pengalaman Kehidupan”. Pengalaman ini boleh di adaptasi daripada pemerhatian dan cuba mencari penyelesaian untuk masa hadapan.