Pesta Buku Negeri Terengganu 2012

Feb 24, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 12:18 PM

[69999]
Kunjungi Pesta Buku Negeri Terengganu 2012.
Tarikh : 23-24 februari 2012.
Tempat : Pusat Dagangan Terengganu.
Waktu : 9.30 Pagi - 10 Malam
Pelbagai bahan bacaan & acara menarik menanti anda!

Nenek ‘Belasan Tahun’;Manusia Tertua di Malaysia? Dunia?

Feb 18, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 10:27 PM

Walaupun berita mengenai “Nenek Berusia Belasan Tahun” ni sudah tersebar beberapa hari lepas (Rujuk Arkid Utusan Malaysia, 16/02/2012), ramai bloggers dan orang ramai komen pada website menyalahkan serta salah faham mengenai isu ini.

Menurut Akhbar Metro semalam (17/02/2012) yang saya baca di kedai makan, ada ruang petikan kecil menjelaskan bahawa Isu ini BUKAN KESILAPAN. Mungkin orang ramai terlepas pandang dan sesiapa yang menaip artikel berkenaan ini pun terlepas pandang pada gambar Nenek dan Cucunya itu.

nenek belasan tahun salah kad pengenalan

Di dalam gambar yang di siarkan oleh surat khabar, blog, website ini agak jelas menunjukkan bahawa di akhir nombor kad pengenalan nenek itu mempunya simbol [*] berbanding dengan nombor kad pengenalan cucunya. Dan artikel yang di tulis:

Petikan Utusan Malaysia: “Dalam nombor kad pengenalan Puan Ahmad tertulis 960412- 02-0058 yang jelas menunjukkan dia kini berusia 15 tahun dan akan menyambut hari lahir ke-16 pada 12 April ini .”

Nota: Di mana ia perlu ditulis “960412- 02-0058* ” menunjukkan sebagai warga emas yang tak dapat di kenalpasti tahun kelahiran.

Mungkin tidak ramai sedar kepentingan simbol [*] tersebut, saya cuba search dalam laman web Jabatan Pendaftaran tidak menjumpai penerangan mengenai simbol tersebut. Mungkin salah keyword search.

Menurut kenyataan Akhbar Metro semalam mengenai Kenyataan ini bahawa Kad Pengenalan Nenek itu BUKAN KESILAPAN kerana nenek itu mungkin lahir pada tahun 1896. Jika ini adalah benar, mungkin nenek itu menjadi Manusia tertua di Malaysia iaitu berusia 116 Tahun! Jika ini dapat di sahkan benar, Nenek Wan ini boleh di senaraikan sebagai Manusia Tertua di Dunia!! Menurut sumber Wiki ini, manusia yang dapat di sahkan tertua di Dunia ialah Besse Copper dari Amerika, berumur 115 Tahun 176 hari (sehingga tarikh 18 Feb.2012).

Nota :  Kalau nombor kad pengenalan “001212-02-0012” bermaksud seseorang itu lahir tahun 1900 ke?? Bagaimana kalau seseorang itu lahir tahun 1899? “*991212-02-0012”. Mungkin ia lebih mudah di fahami jika ada simbol [*] di depan untuk abad 1800-an. Kalau tahun 3001 pula? 011212-02-0012”; adakah ia lahir tahun 2001? LOL!

Rujukan Blog, Website dan Pengkomen2

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

http://amazingnara.com/nenek-berusia-16-tahun-akibat-kesalahan-mykad

http://ulanweblog.com/2012/02/permohonan-br1m-nenek-muda-diproses/

Otak Adalah Satu Kehidupan

Feb 15, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 9:20 PM

Otak merupakan satu organ yang teramat penting bagi makhluk. Dengan adanya Otak, ada juga akal yang hanya wujud pada Manusia. Kecergasan Otak antara menentukan kecerdasan akal.

OTAK ITU SATU KEHIDUPAN

otak, cerdik pandai

Saya lebih suka ia menggunakan perkataan “Melemahkan” berbanding dengan ayat “Merosakkan”. Tapi ada perkara yang boleh ‘melemahkan’ dan ada perkara boleh ‘merosakkan’.

Rumusan Penulis:

1-otak perlukan tenaga dan udara
2,4- tak perlu terlampau banyak tenaga.
7-tak boleh banyak sangat udara (gas)
3,5-udara kena bersih, jangan kotor.
8,9,10-sel otak kena bersenam
6-tak boleh terlalu pasif.
By www.homosapiensz.com

Sumber Gambar : Facebook Sharing

Help! Need Info Ekstrak Enzim dari Buah

Feb 12, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 8:42 PM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca,

Sekarang ini saya dalam proses untuk membuat kertas kerja mengenai “Pengekstrakkan Enzim Daripada Buahan Tempatan” atau “”. Ini agak benda baru bagi saya. Jadi, saya ingin mendapatkan jasa baik pembaca yang berminat dan baik hati untuk menerangkan kepada saya secara TERPERINCI segala mengenai ‘pengekstrakkan enzim daripada buahan tempatan’ ini.

Mungkin kita boleh bekerjasama secara tidak langsung dan anda mungkin akan di kreditkan sebagai salah seorang penyumbang dalam kertas kerja ini.

Jika anda seorang pelajar yang sedang membuat kajian pasal enzim buah-buahan; adalah amat di alukan. Mungkin anda boleh menjadi salah seorang penyumbang info ini.

Nota: Syarikat saya bekerja sekarang dalam proses untuk memberi kerjasama kepada pelajar tahun akhir khususnya dari segi kemahiran sebagai persediaan ke alam pekerjaan. Mungkin ini salah satu cara anda bekerjasama dengan syarikat yang kukuh dalam memfokuskan kepada Bidang Bioteknologi.

p/s: I cannot make a promose but I’ll try my best since I am one of the team of this project paper.

Kenapa Kucing Makan Rumput

Feb 10, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 10:00 PM

Sedang menglayari laman web yang agak-agak menjadi kebiasaan; www.mudah.my; bukannya mencari apa sangat, sekadar melihat apa yang di jual jer… Kemudian aku pergi ke bahagian pets (antara yang) menjadi kategori feveret..kemudian ada iklan ni lak…

RUMPUT ORGANIK UNTUK KUCING. RM11

kucing, comel

Kucing makan rumput ada la teramat jarang sekali aku melihatnya tapi itulah hakikatnya. Keterangan iklan tersebut adalah seperti di bawah:- (hah! sekali tolong iklan lak…)

Kenapa Kucing makan rumput?
1) Rumput bukanlah makan ruji bagi kucing. Tetapi kucing makan rumput kerana sistem penghadaman. Perut kucing semestinya mempunyai "hairball", tulang ikan atau tikus. Jadi untuk mengeluarkan "hairball" dan sebagainya, kucing memilih rumput sebagai agen untuk memuntahkan semula bahan-bahan yang tidak dikehendaki tersebut.
2) Rumput di halaman rumah semestinya tiada nilai nutrien yang diperlukan. Malahan mungkin mempunyai racun serangga atau kondisi tanah yang mendatangkan isu kepada kesihatan kucing anda.
Juga sesuai untuk haiwan herbivore seperti Arnab, Guniea Pig, Hamster, Kura-Kura, Burung dan sebagainya.
Deluxe Kit - RM11.50
1x Pet Grass Seeds
1x Organic Soil
1x Wet Tissue
1x Reusable container
1x Instruction Manual
Postage : RM5 (Pos Laju)
COD : Melaka Only
Contact : 012-3390745

Notakakitangan: Aku sejak bekerjaya dan mempunyai sedikit simpanan ni, mula berminat untuk membela haiwan eksotik ni sebagai haiwan peliharaan. Mula-mula aku tengok dalam www.mudah.my ialah Anak Ular Sawa (Ball Python),  kemudian pelbagai spesis ular yang TIDAK berbisa dan unik, then, ternampak lak baby hedgehog a.k.a landak mini ni..

haiwan eksotikhaiwan eksotik, ular

Sponsorlah Domain Blog Homosapiensz.com

♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 8:52 PM

Cepat-tak-cepat, masa tetap berlalu, domain www.homosapiensz.com akhirnya menemui tarikh tamatnya iaitu pada 11/02/2012.

Dear Muhammad Iqbal Abdullah,

The domain name listed below will expire in xx days.

homosapiensz.com - 11/02/2012

Dah setahun dah Domain blog www.homosapiensz.com di taja oleh Blogger GelakJe setelah Aku menjadi salah seorang pemenang Contest ‘Blog Aku Nak Domain’ pada 17 Jan.2011, tahun lepas.

Tahun 2012 ni dah takde sesiapa nak menaja Domain Blog www.homosapiensz.com ker?

RM35/setahun jer…Nanti saya bagi hadiah limited edition! nak? hehe.

Review Mai Café, Western Food di Kangar

Feb 5, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 9:34 PM

Jalan-jalan cari makan versi homosapiensz.com kali ni di Mai Café, Kangar, Perlis. Since dah bermastautin di sini, mencari tempat makan memang perlu coz nanti bila ada tetamu nak datang Perlis ni, tempat tujuan yang universal adalah MAKAN!

IMAG0621

Chicken Chop Black Pepper Sauce

Mai Café ni terletak dekat je dengan bilik sewa aku, tak sampai 5 minit jika naik kereta. Ia terletak di tepi bangunan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, area Repoh, atau Jalan Santan. Dia punya tagline ialah “The Best Western Food in Town”. Jadi, review sedikit apa yang di katakan '”the best western food in town” ni.

Aku order Chicken Chop with Black Pepper Sauce sama dengan seorang roomate aku dengan Minuman Tembikai, manakala housemate aku sorang lagi order, Mushroom Soup with Garlic Bread dan Nasi Goreng Cina.

Dari segi persekitarannya agak kurang sesuai terutama bila hujan atau lembab kerana ia dapat menimbulkan bau yang kurang menyenangkan untuk pelanggan menikmati makanan di “The Best Western Food in Town” ni disebabkan kedai berhampiran dengan longkang. Tapi itu mungkin hanya masa-masa tertentu sahaja. Jadi ia bukan masalah besar since Mai CAFÉ kelihatan sudah mendapat cover dalam majalah, surat khabar dan Jalan-Jalan Cari Makan TV3.

Berbalik kepada makanan Chicken Chop yang di hidang dengan Sos Lada Hitam yang agak cair, coleslaw dan french fries yang tebal. Dengan  harga yang kurang RM10, chicken chop ni agak berbaloi dengan kuantiti, seperti kebanyakkan chicken chop; masakannya macam ’standard’ iaitu disalut dengan tepung ala-tempura (aku tak pasti ia di sebut apa) dan di goreng beserta dengan kulit ayam. Minuman tembikai tidaklah pure tapi masih ada serat tembikai.

Jadi, rate aku bagi persekitaran : 3.5/5 dan Makanan (3/5)

Sejarah Maulidur Rasul & Hukumnya

♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 3:27 PM

 

Salam Maulidur Rasul 1433H. The ‘Z’ of ‘homo sapiens’. There is NO ‘Alphabet’ after that.

Sumber Petikan Artikel daripada PakarHowTo

  • Siapakah orang yang pertama menymbut maulid Nabi???

Sambutan peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh Raja Irbil (wilayah Iraq sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri.

  • Sejak bilakah sambutan maulidur rasul ini diadakan?

Ia dimulakan oleh Sultan Muzhaffaruddin pada awal abad ke 7 hijriyah.

Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:

“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.

Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa, dalam peringatan tersebut, Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya untuk meraikannya.

Selama tiga hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi, beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut.

Segenap para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua menganggap baik perayaan maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya itu.

Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.

Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik.

Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti ;

  • al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H)
  • al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H)
  • Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H)
  • al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H)
  • al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H)
  • SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H)
  • al-Imam al-Nawawi (W. 676 H)
  • al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H)
  • mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H)
  • Mantan Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H)

dan terdapat banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya.

Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.

  • Apakah hukum menyambut Maulid Nabi?

Peringatan Maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang dirayakan dengan membaca sebagian ayat-ayat al-Qur’an dan menyebutkan sebagian sifat-sifat nabi SAW yang mulia, ini adalah perkara yang penuh dengan berkah dan kebaikan kebaikan yang agung. Tentunya perayaan tersebut terhindar dari bid`ah-bid`ah sayyi-ah yang dicela oleh syara’.

Sebagaimana dijelaskan di atas, perayaan Maulid Nabi mulai dilakukan pada permulaan abad ke 7 Hijrah. Ini bererti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat dan generasi Salaf.

Namun demikian, ini tidak bererti hukum perayaan Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram. Kerana segala sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan dengan ajaran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri.

Para ulama’ menyatakan bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sebahagian daripada bid`ah hasanah (yang baik). Ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini merupakan perkara baru tetapi ia selari dengan al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi dan sama sekali tidak bertentangan dengan keduanya.

Sumber rujukan : Pondok Habib

Baca Biodata Nabi Muhammad S.A.W di SINI

Musafir Separuh Semenanjung

Feb 4, 2012 - ♛Posted by : ♕ Mr.IX ♂ at 7:46 PM

Bermula pada 20hb jan sehinggalah 28hb jan 2012, bermulalah perjalanan aku sebagai musafir untuk kali dan waku seterusnya, dan kali ini untuk destinasi yang lebih lama ialah KANGAR, PERLIS! Memang sejak usia 13 tahun lagi aku mula bermusafir ni, jadi ia bukanlah perkara biasa. Sebenarnya agak menarik untuk bermusafir kerana dapat menikmati pelbagai permandangan yang berbeza. Kali ini, bukan musafir sebagai Pelajar, tapi sebagai Seorang Pekerja PERINTIS di cawangan baru, kilang baru, tempat baru, semuanya baru! Kamilah PERINTIS!

Kali ini adalah untuk menceritakan pasal musafir. Bagaimana dengan tempat baru? Sudut semenanjung tu! jauhnya! Ia tidak menjadi masalah untuk aku. NO PRESSURE! Its Exciting ! Itu dalam episod hidup aku seterusnya. Kadang-kadang aku ada update Foursquare, Facebook. Mostly pasal Makan!

peta malaysia, jarak perjalanan,

Sumber Peta dan Jarak di edit daripada Google Earth

Jika boleh tengok dalam gambar yang aku screenshot daripada Google Earth** mengenai jarak, masa dan laluan yang aku telah tempuhi daripada Raub, Pahang sehinggalah ke  Kangar, Perlis ini.

**Nota: Google Earth; download sahaja daripada Google dan Install dalam Desktop, asalkan ada internet tandakah tempat yang ingin di cari. Ia berguna untuk mengetahui secara kasar tempat baru.

20 Jan. 12 - Raub ke Gombak/KL : ±117KM (±2 Jam 3 Minit)

20-21 Jan. 12 - KL ke Kuala Terengganu : ±424KM (±6 Jam 16 Minit)

28 Jan. 12 - Kuala Terengganu ke Kota Bharu : ±169KM (±2 Jam 43 Minit)

28 Jan. 12 - Kota Bharu ke Kangar, Perlis : ±410KM (±6 Jam 53 Minit)

Jumlah : ±1120KM! ±18 Jam!

p/s :  Aku telah ambil cuti kerja 4 hari! semata-mata untuk travel ni. Cuti tahunan tinggal beberapa hari la sangat. Tapi “Something needs to sacrifice in order to achieve something, that could be Anything!

Nota : Sini ada la beberapa kerja kosong, tapi proses pengambilan tu di ambil berperingkat. Tapi bukan dalam jangka masa pendek. Berminat sila hantarka Resume di Pos Polis Bantuan atau hantar ke Ibu Pejabat kami. Personal emel aku : homosapiensz@yahoo.com.