Buah Salak Kelat Manis Sedap

Aug 30, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 6:42 PM

As-Salam-Alaik-Ya-Qarii’

Salah satu buah tempatan yang menjadi kegemaran saya! Buah Salak! atau dalam Bahasa Inggerisnya “Snakeskin Fruit”. Kalau bahasa saintifiknya; Salacca sp. Pokok Salak tergolong dalam keluarga Palma (Famili : Aracaceae) dan merupakan tumbuhan pribumi bagi Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Scientific classification Kingdom: Plantae (unranked): Angiosperms (unranked): Monocots (unranked): Commelinids Order: Arecales Family: Arecaceae Genus: Salacca Species: S. zalacca

DSCF2180 copy

Gambar di atas ialah Buah Salak yang ayah Ix petik dari kebun. Buah Salak Madu katanya. Buahnya hampir/ lebih kurang besar telapak tangan Ix! Benih Salak Madu ni ayah Ix dapat daripada MARDI.

DSCF2181 copy

Sekali-dua kali tengok mungkin perasan sebab apa Bahasa Inggeris panggil Buah Salak ni sebagai ‘Snakeskin Fruit’ kan. Sebab kulit buah Salak ni macam Ular..kan..kan…Cuba bayangkan macam mana dialog mereka semasa pertama kali jumpa Buah Salak ni… Rolling on the floor laughing.State the obvious…(Kenapa Rambutan tak di panggil “Hair Fruit” lak… mesti tergelak-gelak omputih jumpa buah Rambutan ni nak panggil apa kan….)

salak6

Sebagai peminat Buah Salak, memang sedap dapat makan buah ni.. Jika makan seulas, dua ulas mungkin rasa agak masam-kelat-manis.. selepas tu lidah akan terbiasa dengan rasa buah ni dan rasa sedikit berasid-kelat-manis…Rasanya rangup macam epal tapi lebih halus, padat.

DSCF2178 copy

Untuk menikmati buah Salak ni, jika mendapat buah segar dari pokok… Ianya di kelilingi oleh duri-duri halus yang bengkok pada satu arah..(jika salah pegang mungkin tertusuk duri halus), Jadi, pegang buah Salak dengan kain agak tebal dan geselkan buah tersebut pada permukaan kasar bagi membuang duri tersebut. (Kalau Buah Salak yang di jual di pasar, kebiasaannya akan siap sedia di buang duri).

Kemudian, cubit sedikit untuk buang kulit pada bucu atas buah dan sedikit demi sedikit kupas kulit buah. Hati-hati supaya tidak tercalar jari. Dalam 1 buah ada 1,2,3 ulas buah. Ada juga 1 ulas yang matang berwarna kuning-krim seperti bawang putih dan berasa sedikit kelat-manis dan 1,2 ulas yang tidak matang berwarna jingga terang; dan berasa lebih kelat-manis-berasid tapi masih boleh di makan. Sebelum makan setiap ulas, buang selaput putih pada setiap ulas Salak… Jika sukar, basuh dan buang selaput putih tersebut. Selaput putih tersebut berasa lebih kelat.

salaksalak3

Sumber gambar adalah dari Blog Teknologi Pertanian. Gambar tandan buah Salak dari pokok. Zaman kanak-kanak Ix dulu semasa 90-an, batang pokok Salak ni di gunakan untuk memancing di sungai/ tali air sawah. Ala..~ kalau yang masih ingat, tali pancing yang guna pelampung cebisan selipar jepun atau gabus atau batang kayu ringan atau batang pokok ubi (coz dalam batang pokok ubi ada gabus)

Semasa Ix praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu  selama 3 bulan, pernah juga buah Kordial Salak, Sos Cili Salak dan Halwa Salak. Dulu Ix suka beli jeruk Salak kat pasar tani..

Sakit GIGI! Bangun 2-3 Pagi…

♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 10:35 AM
Inilah akibat kurang kesedarang tentang oral hygiene masa kecik-kecik dulu.. Gigi ni bukan macam sel-sel badan yang boleh di tukar ganti dengan kerap. Kalau gigi geraham lagi la…
Haaa…. ni nak cite pasal gigi geraham aku yang telah ‘expire’ pada bukan waktunya.. Masa kecik memang kurang kesedaran, pakat makan jer..nak gosok gigi memang malas…dah besar-besar camni…terasa la akibatnya…Kang dah merasa bangun jam 2-3 pagi sebab sakit gigi!! Lepas tu tak dapat tidur sampai matahari timbul…Terpaksa la telan pil tahan sakit….huhu~~
http://whyfiles.org/shorties/147tooth/images/teeth.jpg
Masa kecik-kecik dulu, pernah juga terbangun pagi-pagi camni pastu ketuk pintu bilik Papa-Mama…”Maa…Paa…Maaa…Paa….Sakit gigi…”. Biasanya Papa yang bangun pagi-pagi layan anaknya sakit gigi, letak minyak angin kat gigi…(Kalau tak sakit gigi, mesti sebab sakit perut atau takut nak gi tandas…hehehe).
Jadi, aku memang jeles dengan orang yang gigi cantik, sihat ni…kan comel, ensem bergaya jer bila senyum.. Bila dah besar-besar ni mula la ‘melawat bomoh’ gigi (Doktor Gigi), kena berbelanja beratus-ratus ringgit untuk kembalikan gigi jadi cantik, comel, hensem, bergaya…
Jadi, Jagalah kesihatan Gigi anda sementara masih sihat ni.. Gigi adalah contoh terbaik untuk menunjukkan kesan pemakanan, penjagaan kesihatan yang dapat melihat akibatnya pada jangka masa panjang… Cuba korang bayangkan jika penyakit lain… Bimbang-bimbang nanti jika pada masa panjang bila kita semakin berusia, makin timbul penyakit-penyakit, kemudian berbelanja lagi demi mengurangkan penyakit akibat kita tidak jaganya sekarang!
p/s: Peringatan untuk diri sendiri juga sebab tuan cakap ni agak pasif bersukan membakar lemak, kalori….

Bila Mak Tanya Pasal Kawin.

Aug 27, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 1:33 PM

Raya Aidilfitri 1 Syawal dah lepas. Kebanyakkan perantau kembali ke destinasi untuk mencari rezeki. Ada yang kembali mencari ilmu. Dan perantau macam aku, bermusafir di negeri orang, berusia 25 tahun dan masih bujang!

5342-519-kawin-muda-Optimized-400x400

Al-kisah bila balik kampung untuk menyambut aidilfitri, pada usia suku abad ni, sudah layak menjadi suami orang. Saudara-mara yang datang beraya mulalah bertanya “Bila nak Kawin?”. Nah! Sebelum ni masih belajar, kerja tak seberapa takde lak yang bertanya.. Ni dah merantau bekerja, ada la suara-suara menyebut pasal kawin!

Kalau saudara-mara yang bertanya pasal kawin boleh ler di pertimbangkan… Pada suatu masa di ruang tamu, berseorangan melayan internet, kemudian Mama datang duduk di kerusi bertentangan..

Bermulalah sembang-sembang Mama-Anak Teruna …

Mama : Ixbar dah ada calon ke nak kawin? (jeng-jeng-jeng…..!)

Anak Teruna : Hehe…Mama la tolong carikan calon… hehe…

Mama : (Turut Gelak…) Hahaha…. (Kemudian Papa datang join sembang-sembang dan menjadi “Sembang Edisi Papa-Mama-Anak”)

Mama : Papa… ni Ixbarr mintak awak tolong carikan calon kawin ni…. (Papa cuma tersenyum jer…)

Anak Teruna : Kalau cari calon orang Terengganu, boleh balik Terengganu selalu** (Di terjemahkan dari dialek Ganung Kiter!)

Mama : Kalau nak cari calon, cari yang tak bekerja la, boleh bawak pergi Perlis (Tempat saya kerja). Kalau cari yang bekerja susah skit.

Papa : Kalau cari yang tak bekerja macam awak la duk rumah jer.

Mama : Cari yang bukan orang senang sangat, nanti banyak perkara nak di fikirkan kalau keluarga mentua tu mintak macam-macam…

Begitula lebih-kurang sembang-sembang Papa-Mama-Anak pasal kawin!

Nanti episod seterunya sambung pasa Jodoh Pilihan keluarga lak yer….

Cerita Dalam Bas Balik Kampung

Aug 18, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 1:00 PM
Salam balik kampung!! setelah sekian lama (walaupun lebih kurang 7 bulan) akhirnya aku selamat tiba di kampung halaman untuk menyambut 1 Syawal Aidilfitri setelah hampir 10 jam 'terseksa' duduk di dalam bas.
Sepanjang perjalanan balik kampung dengan bas, banyak benda terlintas dalam fikiran.

1#Merasai pengalaman berbuka puasa di stesen bas sambil menunggu bas jam 8 malam. Berbuka hanya dengan burger oblong daging yang tak berapa sedap dan air carrot susu beli di bazaar ramadhan untuk kali terakhir di stadium Kangar, Perlis.

2# Walaupun pemandu bas macam agak emo semacam je, tapi lantak la...asal bawak elok-elok jer...

3# Sepanjang perjalanan bas memang terasa begitu sejuk sekali walaupun dah pakai jaket. Ni nak balik Raya macam balik cuti Musim sejuk lak sebab aircond bas yang amat kuat! So, apa lah yang boleh memanaskan badan dalam bas ni yer...bawak selimut tebal-tebal pun masih sejuk..

4# Dalam perjalanan, melintasi satu kemalangan yang menyebabkan kematian. Seorang pemboceng motorsikal lelaki yang diseliputi dengan kain batik dan di temani oleh beberapa orang penduduk kampung serta pegawai polis. Al- Fatihah untuk allayarham yang meninggal pada bulan Ramadhan terakhir. 

5# Dan pengalaman bersahur di dalam bas dengan kebab daging, potato chips, 100plus dan kurma.

JADI SEKALI LAGI, 
SELAMAT HARI RAYA 1433H/ 2012M.MAAF ZAHIR BATIN JIKA ADA TERSALAH KATA-PERKATAAN DI DALAM BLOG INI.
SELAMAT ULANGTAHUN BLOGGING YANG KE-EMPAT BAGI BLOG HOMOSAPIENSZ (IX) NANTI ADA SEGMEN DUIT RAYA SEMPENA ULANGTAHUN BLOGGING NI...

Cerita Balik Kampung Raya

Aug 17, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 5:19 PM

Tinggal beberapa jam lagi sebelum driver (bas) menjemput (menunggu) aku di stesen bas Kangar. Dana aku masih di office walaupun HR dah bagi balik awal. Tapi nak buat macam mana dah bas malam nanti, balik awal pun takde apa pun kat rumah sewa tu. Takde banyak barang nak bawak balik. Tiket bas dari Kangar ke Kuala Terengganu sekitar RM58! Mahal jugak. Makin jauh la…10 jam perjalanan kata penjaga kauter tersebut.Confused smile

Suasana di pejabat terasa apabila semua staff berkumpul dan setiap orang mengucapkan ungkapan raya..”selamat hari raya’, ‘maaf zahir batin’,’halalkan makan minum’,’berhati-hati di jalan raya’.Left hugRight hug

Di Kangar, Perlis ni, aku dah beli buah anggur buatan malaysia ni! Nak bawak balik kampung bagi orang terengganu merasa… Nak beli anak pokok anggur dah habis dah…ishk!! Sun

Bila dah bekerjaya ni, suasana hari raya dah kurang meriahnya… Bila di perantauan, berebut-rebut balik ke kampung halaman untuk bersama keluarga. Raya hanya untuk bersama keluarga. Kawan-kawan semestinya sibuk dengan aktiviti mereka juga. Kali terakhir aku pulang beraya semasa di perantauan adalah 6 tahun lepas semasa zaman kolej matrikulasi.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN. FIZIKAL. EMOSI. BIOLOGI. IKATAN KIMIA.

Handphone HTC sebagai Modem WiFi!

Aug 16, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 4:15 PM

Bercerita tentang telefon HTC Wildfire. HTC saya telah rosak! arghhh… tak sampai setahun guna.. lagipun rosak sebab kecuaian diri sendiri..Dalam review HTC lepas saya ada sebut tentang HTC ini tahan lasak (setelah saya mengetahui dengan cara yang sukar!). Tapi kali ini HTC saya terrrr-jatuh lagi semasa charging..aihhh!! cuai..cuai…. selepas terjatuh semasa charging (mengecas) bateri.. kemudian bila bateri tersebut dah habis dan nak cas skali lagi tak masuk lak!! jadi saya mengesyakki akibat kecuaian pada masa tu ler…Nampaknya kena balik kampung amik waranti kad dan hantar ke kedai Shah Alam kot untuk tebus waranti ni.. Selepas saya  beli HTC ni, kemudia saya register lagi untuk extend waranti 2 tahun.. tak pasti la valid atau tak..tengok apa kata kedai nanti…

Tapi review kali ini bukan nak bercerita tentang HTC-saya-yang-jatuh-tak-dapat-cas! Cuma nak share sedikit tentang salah satu feature HTC iaitu ‘USB-TETHERING’. Since ada 2nd handphone yang hanya di gunakan untuk SMS dan Call, maka HTC yang mempunyai applikasi Android ni saya gunakan SIM Broadband SKMM yang subscribe RM25 sebulan. Telefon canggih, banyak applikasi tapi tak dapat nak menggunakan internet, jadi agak ‘not-fully-optimize’. Jadi dengan adanya broadband SKMM yang murah (walaupun lembab), masih boleh menggunakan applikasi internet.

htc usb-tether

Applikasi internet bukan sahaja pada telefon HTC, tapi dapat juga menggunakan HTC ini sebagai ‘modem WiFi’! Ia sama seperti mode WiFi biasa, boleh tetapkan password dan berapa pengguna yang boleh akses. Jadi, tak perlu nak off handphone, gantikan SIM. Ia mudah jer….

Oh! Padang Besar..Memang Besar!

♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 9:15 AM

Apabila berkunjung ke negeri Perlis Indera Kayangan, semestinya Padang Besar menjadi sebutan. Bagi saya yang kelahiran negeri Terengganu  Darul Iman apabila pertama kali berkunjung ke Padang Besar, ia tak ubah seperti Pasar Payang (tempat memberi pelbagai barangan terutamanya dari Negeri Terengganu)

padang besar perlis

Untuk pergi ke Padang Besar mengambil masa lebih kurang 45 minit daripada Kangar. Ia akan melalui Beseri. Tak perlu bimbang kerana papan tanda akan memudahkan perjalanan bagi yang pertama kali ingin ke sana.

padang besar perlis

Apabila sampai di Padang Besar, pertama sekali perlu bersabar mencari parking kenderaan terutamannya sekitar  hujung minggu (Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad). Negeri Perlis berhujung minggu pada sabtu dan Ahad; manakala Kedah berhujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.

Kebanyakkan barangan di Padang Besar adalah sama; baik dari segi pakaian, makanan serta barangan lain. Kedai teramatlah banyak jadi pandai-pandai memantau harga yang berpatutan, tawar-menawar dan mencari barangan yang berkualiti kelas A!

backpack deuter

Sempena nak balik beraya di kampung halaman ni, jadi saya bercadang untuk mencari satu backpack supaya mudah di bawa. Hampir seluruh pasar di Padang Besar saya pusing, itupun belum habis kedai lagi.. Kebanyakkan kedai menjual beg backpack yang berjenama ‘deuter’ walaupun tidaklah original sampai beratu-ratus ringgit tapi di sini boleh didapati dengan harga serendah RM50 dan beg dalam gambar tu berharga RM75. Amat berbaloi! (walaupun tak try lagi..)

ukiran kayu katak

Semasa saya pergi bulan puasa minggu lepas sekitar jam 4:00 PTG tak berapa ramai orang sangat. Suasana agak lengang, mungkin ramai balik kampung. Jika kebiasaan memang padat dengan manusia. Kedai pun banyak yang tak buka. Jadi, ini lah masa yang sesuai untuk tawar-menawar harga barangan. Kebiasaan kebanyakkan kedai di Pasar Padang Besar ini tutup sekitar jam 6:00 PTG.

Untuk mencari barangan yang jarang kelihatan seperti pedang samurai. Datang awal sikit la… Semasa perjalanan pergi atau balik dari Padang Besar ada sekatan dari UPP (untuk-per-ntah), jadi, berwaspadalah jika beli Pedang Samurai tu..nanti tak pasal-pasal kena soal siasat sebab membawa senjata!

Untuk barang makanan, di sini banyak menjual Beras siam; Beras Pulut Hitam (buat Bubur Pulut Hitam), Beras Pulut Siam, Beras Wangi, Emping Padi, jeruk-jeruk, kerepek, kekacang. Baru-baru ni saya membeli Beras Pulut Hitam nak bawa balik kampung bagi parent rasa Bubur Pulut Hitam. Pertama kali saya merasa Bubur Pulut HItam apabila da seorang staff datang bagi rasa. Sedap gak! rasa agak lain dari beras biasa.

Nota: Ada nak pesan Barangan dari padang Besar? Boleh pos pastu nanti saya caj pengankutan…hehhehe

Segmen Pantas! Kad-Sampul Raya Edisi Terhad

Aug 15, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 3:33 PM

Sekarang (semasa menaip) adalah jam 3:24 PTG, 15 Ogos 2012 bersamaan 26 Ramadhan 1433H. Dengan ini saya ingin menjemput pembaca bertuah untuk menyertai Segmen Pantas dan menerima Kad serta Sampul Raya Edisi Terhad daripada sebuah syarikat terkemuka di Malaysia! (agak-agaknya la…)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Terma dan Syarat:-

1) Terbuka kepada pembaca bertuah.

2) Penyertaan bermula jam 3:30 PTG – 4:30 PTG (1 Jam Sahaja!). Nota: Nanti tak sempat nak pergi pejabat pos nak pos Kad Raya ni!

3) Tinggalkan komen ucapan yang mengandungi perkataan ‘Ramadhan’ dan ‘Syawal’ pada ruangan komen. Komen yang kreatif akan di pilih sebagai penerima kad/ sampul raya edisi terhad!

4) Tinggalkan Nama, Alamat dan Nombor telefon untuk tujuan pengeposan pada ruangan komen ini. Nota: Komen adalah di ‘moderate’ dan tidak akan di’publish’

5) Dengan sukarelanya, sila klik iklan SAYS ini juga yer!  http://homosapiensz.says.com/recommendations/gold-card-signup

PENYERTAAN BERTUAH AKAN DI MAKLUM MENERUSI SMS!

SEKIAN!

Ramadhan Berlalu, Syawal Menjelang

♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 9:20 AM

Hari ini sudah masuk 26 Ramadhan 1433H bersamaan 15 Ogos 2012 M. Bulan Ramadhan semestinya amat cepat berlalu. Cepatkah? Ia sama seperti hari sebelum-sebelum ini, masih 24Jam sehari, 7 Hari Seminggu dan dalam 365/366 hari setahun.Ramadhan berlalu syawal menjelma

Tapi kenapa Ramadhan terasa begitu cepat berlalu?

Bulan Ramadhan Berlalu, di sambut pula bulan Syawal. Pada 1 Ramadhan, umat islam yang berkemampuan akan menahan nafsu, lapar dan dahaga di siang hari; manakala pada 1 Syawal di sambut memberi nikmat kepada yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan merasai makan di siang hari.

Jadi erti “Raya pada 1 syawal” sebenar adalah untuk umat islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan.

Tapi Istilah ‘Raya’ juga di gunakan untuk menarik minat umat manusia untuk meraih keuntungan. Memberi diskaun hebat! Berpusu-pusu mencari. menukar semuanya serba baru bagaikan ingin menjadikan teratak rumah kepada sebuah istana!

Mercun yang berharga berpuluh-puluh ringgit yang mampu mengisi perut manusia yang kelaparan dengan makanan beberapa hari dibakar dengan bangganya! Bersorak gembira terhadap api yang membakar, bunyi yang menggema seluruh alam seperti meneriak ke gedendang telinga. Ahh! lantak aku lah! duit aku cari! Raya setahun sekali jer!

Ya! Raya hanya setahun sekali. Tapi, hidup dan umur adalah sekali sepanjang hayat. Kehidupan hari ini adalah untuk hari esok dan seterusnya.

Lagu,festival raya pelbagai nada, lirik dan gaya bergema, menghiasi seluruh media. Menyelinap seluruh jiwa manusia mengatakan bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang paling gembira seluruh hari, lupakan masalah, kawan, sahabat handai saudara mara ramai tak terkira sehingga terlupa nama… Kehidupan untuk esok masih ada, bagaimana persiapan untuk hari kita berduka? Masihkah ada mereka?

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN MENIKMATI BULAN SYAWAL DARIPADA PENULIS BLOG iX.

Berpada-pada berbelanja.

Berhati-hati di Jalan raya dan di mana sahaja berada.

Jangan asyik main mercun sehingga memudaratkan orang lain. Bunyi mercun adalah PENCEMARAN BUNYI! Jangan buat orang lain sakit hati.

Majlis Berbuka Puasa Masjid Ar-Raudhah, Perlis

Aug 13, 2012 - ♛Posted by : Ixbarr Abdullah at 5:21 PM

Pada 10 Ogos 2012 (Jumaat) yang lalu, satu Majlis Berbuka Puasa bertempat di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis dengan anjuran bersama daripada TPM Biotech Sdn. Bhd., Perlis Bikers, KRT (Rukun Tetangga) serta kerjasama daripada Biro Wanita dan penduduk kampung sekitar Mukim Sungai Batu Pahat. Majlis yang di hadiri lebih kurang 100 orang ini di meriahkan lagi dengan deruman motorsikal-motorsikal berkuasa tinggi daripada Perlis Bikers. Majlis berbuka puasa ini adalah julung kali diadakan anjuran TPM Biotech (Pusat Biotek Herba Perlis) bertujuan untuk memperkenalkan tempat kerja baru dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat.

ATURCARA MAJLIS

Jam 03:30 - 04:30 PTG : Mengemas dan menyediakan tempat serta barangan majlis.
Jam 06:00 – 07:00 PTG : Menyediakan makanan untuk berbuka puasa dan ketibaan jemputan, penduduk kampung.
Jam 06:20 PTG – 07:00 PTG : Ketibaan Perlis Biker dan aktiviti bersama kanak-kanak.
Jam 07:00 – 07:30 PTG : Majlis sumbangan anak yatim dan tazkirah ramadhan.
Jam 07:35 – 08:00 MLM : Jamuan ringan berbuka puasa dan Solat maghrib berjemaah.
Jam 08:00 – 08:40 MLM : Jamuan berbuka puasa.
Jam 08:55 – 09: 30 MLM : Solat Isyak dan Tarawih berjemaah dan jamuan moreh.
Jam 09:30 MLM : Majlis beransur bersurai.

View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album

p/s: saya beli baju melayu bewarna purple semata-mata untuk majlis berbuka puasa ni! alang-alang beli biar untuk raya terus…

**nota: sungguh lama tak update blog ini…