Kisah Si Langit Dan Si Bumi

Sep 26, 2016 - ♛Posted by : Ismiqbal Abdullah at 2:57 AM
#Sastera #Ismiqbal Kisah Si Langit dan Si Bumi.

Bumi: Wahai Langit, kenapa menangisi aku?
Langit: Aku sedih lihat kau terluka, berparut seluruh badan. Aku harap air mataku dapat menyembuhmu.
Bumi: Akan ku hadiahkan kuntuman pokok menghijau, laut membiru supaya kau gembira. Dapat mengubati lukamu jua di lapisan ozon itu.
Langit: Oh. Aku juga terluka? Terima kasih.
Bumi: Kenapa sembunyi kesakitanmu di sebalik air mata kesedihan? Aku di sini.
Langit: Aku hadiahkan mentari terang supaya pokokmu sentiasa segar.

posted from Bloggeroid